Monday, July 23, 2012

Ramadhan ke-4, dan Tafsir Surah Yaasin 1-9

Alhamdulillah, Ramadhan sudah menjengah ke malam ke-4, sepatutnya bagi pemburu pahala dari Allah s.w.t, Ramadhan dijadikan pesta ibadah bukan sahaja yang wajib tetapi juga yang sunat, semuanya direbut moga diaanugerahkan degree taqwa dari universiti Ramadhan, untuk dirayakan dalam majlis konvokesyen Aidilfitri kelak.

Tilawah alhamdulillah hari ni dah masuk juzuk ke-6, mungkin tak selaju sahabat-sahabat lain, moga allah anugerahkan istiqamah buat diri yang lemah ni. setamatnya tilawah tiba tiba terdetik untuk membaca Tafsir Fizilalil quran, karya assyahid Syed Qutb

Tafsir yang dipilih adalah surah yaasin, selepas buku tafsir surah yaasin karya Tuan guru Haji Abd Hadi Awang tertinggal di rumah sewa di Pandan Indah, karya TGHH sangat informatif, seperti karya Ibn Katsir, setiap butiran disertakan juga huraian dari hadith atau ayat quran yang lain, tafsir bil matsur, itulah nama yang kita kenal jenis tafsir sebegini, dalil menafsirkan dalil.

Adapun Tafsir Fi Zilal bukanlah Tafsir BilMatsur, tetapi ia termasuk dari Tafsir BirRa'yi, kalau korang tanya kenapa, aku sarankan korang tanya je sheikh google, memudahkan kerja aku untuk menaip, hehe..Kenapa Yaasin?

Sebab surah ni dipilih untuk dibincangkan dalam usrah aku, tak minat la panggil dengan nama lain, bulatan gembira? smart circle? liqa'? setelah aku agak pessimis pada usrah di zaman maahad dulu, berilah aku nikmat untuk berkata aku juga dah masuk usrah, menggolongkan diri bersama mereka yang berjuang juga di atas manhaj nubuwwah ini, horeyyy, alhamdulilah semuanya dari Allah jua.

Surah Yaasin juga adalah surah yang agak rapat dengan orang Melayu (bak kata seorang naqib), selalu dibaca di malam Jumaat, namun sayangnya penghayatan surah Yaasin dalam kalangan masyarakat melayu tak kemana.

Syed Qutb berkata dalam muqaddimah tafsir surah ini, ayat dalam surah Yaasin sengaja disusun dgn begitu indah, bait-bait kata yang ringkas dan cepat nada bacaannya adalah seperti mengetuk pintu hati untuk dibuka menerima mesej seterusnya..(tok..tok..tok..hatiii...ooo..hati...)

Surah Yaasin ni awal-awal lagi dah menegaskan tentang hakikat al-quran dan kebijaksanaannya, Syed Qutb berkata, kebijaksanaan al-Quran dapat dirasai bilamana kita membacanya dan menghayati rasa setiap ayat yang dibacakan, seolah-olah kita mendengar alquran sedang berhujah, sedang bercerita, sedang mengeluh, sedang marah bahkan juga sedang melontar pujian dan pujukan buat orang beriman.

Lihatlah awal surah Yaasin ini juga, selepas penegasan Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang rasul dari banyaknya rasul yang telah diutuskan sebelum ini, Allah menceritakan fungsi Nabi adalah untuk mengingatkan kaumnya akan azab Allah yang menanti andai mereka ingkar, dalam Surah yaasin ini, dikatakan perutusan nabi s.a.w untuk kaum Arab yang sudah lama tidak menerima perutusan rasul selepas Nabi Ismail a.s (ada dibahaskan, perutusan Nabi Muhammad s.a.w tetap untuk sekalian alam dan penutup nabi-nabi, silalah baca perbahasannya yee), lamanya mereka tidak mendapat peringatan sehingga hati mereka lalai dari meletakkan ubudiyyah mereka kepada Allah yang maha Esa, maha kuasa..

Begitulah hati kata Syed Qutb, bilamana ia lalai, ia akan menjadi anti-kebenaran, susah menerima haq, sukar memberi yang haq. maka bagi mereka yang mengaku daie, jauhilah hati yang lalai, kerana seorang daie bukan saja perlu menerima kebenaran kalimah rabb, tetapi juga perlu menyampaikan, andai hati yang kotor itu, masakan boleh memberi sesuatu sesucinya kalimah kalimah agama?(ni ulasan aku, hehe)

Syed Qutb juga ceritakan tentang sunnah manusia ada yang beriman dan ada yang Allah takdirkan mereka tergolong dari mereka yang dihijab dari petunjuk dan kebenaran itu. Hijab yang dikatakan itu, kalau ikut tulisan TGHH dalam tafsirnya adalah kecintaan pada dunia, yang menghalang mereka dari menerima islam, yang seolah-olah diceritakan dalam ayat 8 berpintal-pintal di leher manusia itu sehingga terdongak mereka, tidak lagi mampu melihat kebenaran dihadapan mereka, bahkan Allah pula menjadikan dihadapan, di belakang, kiri dan kanan mereka dinding yang menghalang mereka dari melihat kebenaran, maka jadilah mereka orang yang sama saja, andai diberi peringatan mahupun tidak..


mereka tetap tidak beriman (rujuk ayat 10)....
ada lagi lepas tu, tapi nak kongsi banyak la pulak, sebaiknya korang try baca, mungkin boleh membantu tadabbur Al-Quran Insyaallah, bak kata Prof Tariq Ramadhan, Sesiapa yang membaca Al-Quran tetapi tidak menghayati maknanya, dia sebenarnya telah menzalimi Al-Quran itu sendiri

Jom Imarahkan Ramadhan :)


Saturday, July 14, 2012

GP Posting ends and ...

Setelah 2 minggu tamat ber'posting' GP di Klinik Murni milik Dr Hasyim, maka tamatlah sudah posting GP ini. Posting yang memberi sedikit pengalaman dan pendedahan tentang bagaimana satu-satu klinik swasta beroperasi. Doktor Hasyim sangat ramah dan tidak pernah meninggikan suara, as i can see, eventhough the clinik was just a simple traditional -style GP (General Practicioner) clinic, but the customer are willing to wait even for 3 hours just to meet this friendly doctor and have a 10 minute chat with him. Its quite interesting to see customer waiting eagely just to meet this doctor, and when i asked him, then i know the secret behind it was, communication skill, your honesty, and the warmth smile that you give may eventually conquered many heart to come to you. GP

there are a lot of advantages of considering GP in your carier, such as

1. You are not tied to anyone, you are the boss of your own clinic and you can choose whether to work or not without worrying that anyone would scold you for not coming to work (but the disadvantage is of course that you will not get your income on that day, which you can counter by taking any lokem doctor to replace you when you're absent.)

2. You can give the best medication to your patient (unlike in goverment where the good meds need authorization from the specialist).

3. Businiess opportunity where you can expand your clinic such as providing extra services than simple consulation,diagnosis and meds giving only. my wife's place of GP (Klinik Nur) offer wide range of service including x-ray, surgery, occupation health, medical surveillance, medical checkup with fomema, etc.

4. Oppotunity to be active in NGOs, Political Parties(errkkk!!), Associations, because your time is yours to manage and you dont have to be worried of being burdened with politics in government sector (yeah right...bosan gila dengan politik ampu yang sudah jadi satu kecanduan sekarang dalam sektor apa-apa pun di Malaysia.. Dakwah and Harakah! here i come!)

so, maybe being a GP can be put on my list of choice after graduating, tambahan lagi dengar katanya in 2015, GP clinic can only be run by FMS (Family Medicine Specialist). A field i intend to pursue formy speciality insyaallah.

the last pieces of advise Dr Hasyim gave to me (which i construct it into my own words)

1. Jadilah seorang yang ikhlas dalam bekerja, pekerjaan seorang doktor itu sangat sibuk, kamu mungkin kekurangan masa untuk beribadat seperti orang lain (pergi masjid selalu, dengar kuliah agama, join aktiviti-aktiviti) Maka, jadikanlah pekerjaan ni satu ibadah untuk kamu, sebab menjadi doktor itu pekerjaan yang mulia dan hanya kita yang ada ilmu ni saja yang mampu menjalankan tanggungjawab ni.

2. Bergaullah dengan semua orang, tak kira latarbelakang, bangsa, agama, pangkat dan apa-apa saja, treat them as you should as a doctor.

3. Be polite, buat apa marah-marah, kita tak gembira, orang tak suka, make your life miserable by getting angry.

my gratitude to Dr Hasyim
as for now, its holiday for me, how holyyy :)


p/s : Tetibe rojak pulak jadinya post kali ni..huhu
pp/s : i am currently in Kota Bharu Bandaraya Islam..Allahuakbar!


Thursday, June 21, 2012

Waah!

It has been quite sometimes since the last post i wrote for this blog, facebook has quite an influence (an excuse per say) for me to simplify my idea into a post to be easily accessible for comment (or 'like's maybe)

I even had forgotten that i have a blog, which are always there if i want to babble all the way i want, eventhough as times passed by (hey, i'm finishing my 4th year already) you may use your time to think rather than talking, as you will always rethink on how to make you idea a reality well-placed to be practised

Another thing (for me to babble about)

I'm married, with a wonderful woman i would say, and you can always refer to my status in my facebook. about her, it will took a whole special post (which i will write about it when i'm ready, this post is just for me to start warming up my fingerbed with keyboard button)

I was thinking (never sinking) why is it always a problem to write? as the ideas are always lingering around the head, but when the hand was placed firmly on my tx2000 HP, eagerly and enthusiastically to start my writing, and the idea flies without any notice (at least a simple goodbye and mention that you will come back for me to write about you)

There you go

A post to be read

I hope its a good start for a more beneficial (ceh, beneficial la sangat) post to come

Allahu Musta'an

p/s: did this post really reflect me?

Tuesday, November 29, 2011

Simple Opinion about Criticising and Being Criticised

Kritikan itu sesuatu yang hampir sinonim dalam kehidupan manusia, setiap apa yang diusahakan manusia pasti mengundang kepada kritikan baik positif mahupun negatif. kerana kritikan itu jugalah manusia mampu bergerak ke hadapan, namun tak dinafikan ramai juga manusia yang berputus asa kerana tidak tahan atau menerima bulat-bulat kritikan yang dilontarkan.


Kritikan itu secara ringkas bolehlah dibahagikan kepada dua. 


Kritikan yang datang dari seorang kawan, atau kritikan yang datang dari seorang musuh. 


kritikan dari seorang kawan adalah selalunya kritikan yang membina, yang mengharapkan perubahan yang lebih baik untuk siapa yang dikritik. ia kritikan yang secara tersurat sudah boleh diambil kira kerana mesejnya sudah sampai yang mereka mahukan yang terbaik dari diri kita, dan mereka sentiasa memberi sokongan untuk kita maju ke hadapan. Jika tidak, masakan mereka mahu membazir masa memerhatikan kita dan menganalisa tindakan kita untuk kita kekalkan apa yang baik dan bergerak untuk memperbaiki kekurangan yang ada.


Kritikan dari lawan pula, selalunya berniat untuk menjatuhkan kita. kritikannya selalu berbaur negatif dan bersifat memburukkan kita seburuk-buruknya. kritikannya mahu memberi persepsi negatif. kritikannya hanya berniat mahu melemahkan kita dan memberi kelebihan kepada mereka. lantas, kritikan yang seperti inipun hakikatnya ada kebaikannya jika dilihat secara tersirat. kerana musuh akan sentiasa mencari kelemahan kita untuk diserang, dan dari situlah kita mengenalpasti kelemahan yang masih perlu kita tambahbaik. 


Caknanya musuh pada kelemahan kita, kita manfaatkan untuk menguatkan lagi kita bila berhadapan dengan mereka. 


Kritikan itu perlu dianalisa dengan sihat. Baik bagaimana pun cara ia dilontarkan, secara sopan mahupun biadap. Penerima kritikan yang baik pasti akan menukarkan setiap kritikan itu kepada satu peluang untuk mereka memperbaiki diri dan menambahbaik yang sedia ada. Budaya face-saving seharusnya dibuang jauh ketepi untuk seseorang individu itu memanfaatkan dan mengekstrak intipati suatu kritikan, baik secara tersurat mahupun tersirat. 


Yang baik diambil, yang buruk dibuang ketepi. 


Bahkan yang buruk itupun boleh diubahsuai untuk membawa kebaikan,  andai kita semakin proaktif dalam menggerakkan kemajuan dalam diri dan apa yang kita usahakan. Ibarat kata-kata Masyhur Saidina Ali " lihatlah apa yang dikata, bukan siapa yang berkata." Ini akhlak yang sepatutnya ada bagi seorang yang menerima kritikan. Ia menuntut jatidiri yang kental dan tidak lemah mentalnya bila mendapat kritikan.Marilah kita membina diri kita untuk menjadi manusia yang seperti itu. 


Pengkritik pula bagaimana? 


Anda ada dua pilihan, samada anda mahu berakhlak seperti kawan, atau mahu berakhlak seperti musuh. anda boleh memilih yang mana satu anda mahukan. Cuma, jangan salahkan orang yang dikritik bila melayan anda seperti musuh, kerana anda yang mencerminkan diri anda sebagai musuh di hadapan orang yang anda kritik. Jika mahu dilayan seperti seorang kawan, berakhlaklah sebagai seorang kawan, kritiklah dengan nada seorang teman.


p/s: Malas nak letak cerita banyak, rujuklah cerita-cerita contoh dalam buku how to win friends and influence people karya dale carnegie dan the art of thinking karya vincent ryan ruggiero, lebih cantik, bukalah kitab sirah, bagaimana perjanjian hudaybiyyah menyumbang kepada fathu makkah

Sunday, August 14, 2011

Allah nak kita masuk syurga..tapi kita?


"Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (hadith Qudsi Riwayat Al-Bukhari & Muslim) 


Alhamdulillah, kita bersyukur kerana masih dipertemukan dengan Ramadhan, dan sudah di penggal kedua kita kini berada, entah bagaimana agaknya prestasi kita sepanjang Ramadhan ini, jom muhasabah sat..


Manusia sememanngnya diciptakan dengan dua unsur di dalam dirinya, unsur fitrah yang membawa kepada agama dan kebaikan dan unsur nafsu yang membawa kepada kehancuran, menjauhi perintah Allah dan sebagainya.dua sifat yang sering bertelagah, siapakah yang lebih mampu menguasai diri ini, yang lebih kuat pastilah akan berkuasa. Nafsu sepertimana yang kita tahu, akan kuat bila tidak dididik, bila diri ini terpesona melakukan dosa dan kurang melakukan amal. Namun begitu, kita melihat, betapa pemurahnya Allah yang senantiasa bersedia mengampunkan dosa kita, agar kita sentiasa akan kembali pada fitrah kita..sifat pemaaf dan pemurah yang tidak mungkin ada pada makhluk, bayangkan, jika seorang ayah dan seorang anak, tatkala si anak senantiasa berbuat salah kepada ayahnya, mungkin ayahnya boleh memaafkan jika sekali dua, tetapi jika berulang-ulang kesalahan yang sama dibuat, terus menerus, mampukah si ayah memberi maaf lagi pada anaknya? 


Tetapi Allah begitu pemurah memberi kita peluang untuk bertaubat dan memohon ampun, bagi membersihkan najis dosa yang terpalit pada diri kita. Lantas mungkin terbit persoalan, mengapakah Allah begitu pemurah mengampunkan hambanya? itulah menandakan Allah mahukan kita masuk kedalam syurga.


Syurga Allah itu mahal harganya, bak kata Sheikh Ustaz Zainol Asri, antara syarat masuk syurga ialah kita ada pahala yang banyak dan kosong dosa. kita sebagai muslim, insyaallah, syurga itu mampu kita masuk, cuma persoalannya, adakah transit kita untuk ke neraka sebentar sebelum ke syurga? untuk membersihkan dosa-dosa kita? begitulah bagi orang mukmin yang faasiq, neraka menjadi tempat sterilization dari kuman-kuman dosa, agar kita suci bersih tatkala masuk ke syurga.

Namun, mungkin juga kita masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya selama-lamanya, kerana gugur syahadah, bila di dunia, kita mempersenda hukum Allah, mensyirikkan Allah, bahkan menidakkan yang halal dan mengiyakan yang haram. Iyadzubillah...

Benarlah lisan nabi s.a.w,
"Semua ummatku layak masuk syurga kecuali mereka yang sengaja enggan masuk syurga." Sahabat bertanya : "Siapakah yang enggan masuk syurga itu ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah saw : "Sesiapa yang taat kepadaku layak masuk syurga dan sesiapa yang menderhakaiku maka sesungguhnya ia lah orang yang enggan masuk syurga."(HR Bukhari)

Maha pengasih Allah..masih tetap menyayangi hambanya, sayangnya Allah kalau boleh tidak mahu kita masuk ke dalam neraka, maka di dunia, Allah mempermudahkan segala cara kita untuk menghapuskan dosa-dosa kita. sedeqah kita, zakat kita, senyum kita, solat sunat kita, solat berjamaah, langkah-langkah ke masjid, bacaan quran, wudhuk, jihad perjuangan kita, segalanya menjadi kaffarah bagi kita. agar kita bersih dan layak menjadi tetamu syurga Allah s.w.t.

makanya, Ramadhan, sewajarnya dijadikan medan untuk menyucikan diri kita sesuci-sucinya, kerana ia bukan sahaja bulan tarbiyyah kita memperoleh kawalan diri, tetapi bulan hadiah, untuk kita berlumba -lumba memperoleh segala kebaikan bulan Ramadhan,

Pahalanya yang berlipat kali ganda,

"Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda...(HR Bukhari dan Muslim) 

dan Penyucian diri dan jiwa,

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala daripada ALLAH, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR Bukhari & Muslim) 
Begitulah bukti betapa sayangnya Allah pada hambanya, diberikan kita Ramadhan untuk kita setiap tahun, membersihkan diri kita untuk layak memasuki syurga Allah, cuma persoalannya tinggal kita
adakah kita inginkan syurga? ataupun enggan untuk ke syurga?

"..Sesiapa yang menderhakaiku(Rasulullah s.a.w) maka sesungguhnya ia lah orang yang enggan masuk syurga."(HR Bukhari)"

Jom buat pecutan di penggal kedua dan ketiga ini! Allahul Musta'an

p/s: diinspirasikan oleh tazkirah tarawikh, Al-Fadhil  sheikh Ustaz Zainol Asri b. Hj Romli.
 

Tuesday, July 19, 2011

Perkongsian bicara siswa : Dilema Kebanjiran Housemen

Salam, sekadar nak berkongsi sedikit sebanyak apa yang kami dapat dari program bicara siswa bersama timb. dekan UKM (Prof Zaleha Abdullah Mahdy), dan wakil bekas pelajar Dr Muhd Afiq (bekas YDP persiap), moderatornya Capt. Dr. Wan Nuruddin, bekas mpp UKM 08/09. bertempat di Auditorium HUKM Cheras, 19hb Julai 2011.

1. Masalah kebanjiran HO ni sebenarnya bukan masalah sebenar, sebab kalau kita lihat, dia dipengaruhi dua faktor, contohnya kalau hospital yang dihadkan bilangan katil(eg:- HUKM, Putrajaya, Serdang), dan yang tak dihadkan (eg:- HSTAR)
masalah HO ramai sangat lebih prevail dalam hospital yang dihadkan bilangan katil, sebab patient jadi terhad.

2. antara sebab ramainya HO, ialah tumbuhnya institusi perubatan bagaikan cendawan, dan ramainya agent-agent yang menghantar pelajar untuk belajar perubatan di luar negara, masalahnya bila ramai HO dari institusi sebegini, HO yang dilahirkan tak boleh perform dalam klinikal and patient management. eg:- pelajar dari russia, sebab negara tu ada polisi, pelajar luar negara tak boleh buat clinical round kecuali bersama consultant(so bayangkan berapa round je mereka buat dalam seminggu?). dan institusi pengajian dalam negara juga, menghadapi masalah kekurangan lecturer, sehingga ada satu fakulti medic di satu IPTA (bukan lembah klang, so insyaallah bukan kita:) ) hampir ditutup sebab kurang lecturer, dan ramai yang tak mahu kerja di luar klang valley. akhirnya, jadilah banjirnya HO-HO yang kita lihat.

3.  negara kita sekarang kurang specialist dan tenaga pakar yang boleh mengajar dan melatih doktor-doktor,bak kata Prof Za, we dont need general doctors, we need specialist! UKM pernah usulkan untuk kurangkan pengambilan student medic, untuk fokus pada post-graduate, supaya tenaga pakar yang ada boleh dimaksimakan keberadaan mereka, tetapi cadangan itu diambil mudah kerajaan.

4. ada sedikit keraguan bagaimana ipts-ipts, ajen-ajen pendidikan(yang hantar student ke russia, mesir,etc) ini masih boleh bergerak aktif, sedangkan sudah terbukti, student yang pergi ke tempat mereka ini akhirnya tidak melalui sistem latihan untuk menjadi doktor yang terbaik (Prof Za dan Dr.Afiq juga mengatakan kita patut bersyukur kerana belajar di IPTA-IPTA yang ada di Malaysia, even student UK sendiri pun ada masalah dari segi patient management (not to say it generally), sebab IPTA sangat menekankan perkara-perkara yang perlu seperti patient management, aseptic technique etc), policy maker di Malaysia ni banyak buat symptomatic management, tengok HO ramai, kurang praktikal, solutionnya panjangkan tempoh HO, sedangkan the aetiology is not handled(or purposely not handled properly to 'cover up').

Kesimpulan yang saya dapat :-

1. kita patut bersyukur belajar di IPTA apatah lagi USIM, walaupun masih baru, tetapi kita berada di Klang valley, dan masih boleh mendapat bimbingan dari tenaga pakar yang kebanyakkannya berada di kawasan ini, yang mengajar di UM, UKM dan sebagainya, NAMUN, jika kita sekadar bersyukur dan hidup dalam kepompong keselesaan kita, kita akan masih menjadi seperti HO-HO bermasalah yang dinyatakan sebentar tadi. kita perlu keluar dari zon selesa, janganlah kita menjadi seperti katak di bawah balang kaca, kita melihat tetapi kita buat tak tahu saja.

2. Kita perlu berusaha lebih keras dan bijak, mantapkan ilmu-ilmu klinikal dan theory, kerana antara faktor yang membezakan graduan IPTA dan graduan-graduan yang lain ialah, kemantapan ilmu klinikal, sehinggakan pengurusan hospital lebih percayakan patient kepada graduan IPTa (mengikut yang Dr.Afiq ceritakan, walaupun dia 1st poster, dia dah dapat masuk wad paediatric jadi HO, sedangkan polisi asal hospital, tak benarkan 1st poster masuk paediatric). manfaatkan segala peluang yang ada. Be serious in your study, because sooner you will deal with people life, so, always do the best in your study.

3. saya kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar UKM dan UM, tidak kisahlah cina ataupun melayu, masih-masing berlumba untuk bertanya soalan, dan bila tamat forum pun, mereka masih bertemu dengan ahli panel dan bertanya soalan, bila ditanya apa yang memberi mereka semangat, mereka membalas, mereka mahu merancang yang terbaik untuk masa depan mereka. saya berasa semangat ini mesti dicontohi oleh pelajar USIM khususnya, bukankah agama mengajar umatnya berbuat kerja bersungguh-sungguh, maka janganlah mengambil mudah dalam belajar perubatan, bukan tidak boleh buat kerja lain, ada masa untuk kerja lain (terlibat dengan persatuan, NGO, berniaga, baca non-medical book, mendalami ilmu agama ..err..main game?..hehe),ada masa untuk belajar medic. optimize your time management, never forget, you will be asked for the time you spent during your lifetime, what have you done to contribute to Islam?
4. about the policy maker, saya quote apa yang Prof Shahrir katakan, if you want to change the system, you must be someone in the system. kita perlu berusaha dan belajar sehingga ke peringkat tertinggi, dapatkan post-post penting yang sehinggalah kita boleh terlibat menjadi dalam policy making, saya quote juga apa yang Prof Abu Hasan Hasbullah dari Zentrum Studies kata, negara kita ni ramai ahli akademik, cuma masalahnya mereka tidak dirujuk dalam policy making, kerajaan yang sebegini, kalau boleh kita bersihkan, kita bersihkan. (tiada kaitan dengan isu BERSIH baru-baru ni). Mungkin dengan cara, ada antara kita yang boleh jadi menteri kesihatan, terlibat dengan politik, etc. kita mungkin tidak boleh involve dalam politik kerana kita masih pelajar, tetapi jangan sekali-kali membodohkan diri kita dari politik, tak kiralah di peringkat negara, mahupun universiti.

Kebanjiran Housemen atau tidak bukanlah isunya tetapi KEBANJIRAN ILMU PERUBATAN dalam diri kita adalah kuncinya.Jom pakat jadi Pelajar Perubatan yang proaktif dan dinamik.  (Idrul Daud, PMUKM, 11/12)
 Jangan lupa juga, kita doktor yang dilahirkan USIM, antara ruang dakwah yg kita boleh manfaatkan ialah, perkasakan ilmu fiqh perubatan dalam diri, jika HUSM sudah diwar-warkan sebagai hospital mesra ibadah, kita nak jadikan HUSIM hospital dakwah dan tarbiyah,Insyaallah - (Anas Rosedi, MPP USIM 11/12) 



Jutaan terima kasih diucapkan kepada Sdr Ridzuan dari PERSIAP, dan Sdr Idrul Daud, kerana sudi menjemput kami hadir ke wacana ilmiah sebegini, moga-moga, kita boleh perkasakan hubungan antara universiti ini dan berkongsi pengalaman untuk melahirkan doktor yang mampu menyumbang dengan efektif untuk semua.



Wallahualam


p/s: mungkin ada yang kita boleh bincangkan sahabat-sahabat?



Sunday, July 17, 2011

Sayang Allah Pada Hambanya

Umar Alfarouq r.a menceritakan 

Ketika Rasulullah s.a.w. sampai ke tempat tawanan perang. Tiba-tiba ada seorang wanita tawanan itu berjalan dan menemukan seorang anak yang juga termasuk dalam kelompok tawanan tadi. 

Lantas, si Wanita itu terus mengambil anak tersebut lalu diletakkannya pada perutnya dan disusuinya. 

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: 

"Adakah engkau semua dapat mengira-ngirakan
bahawa wanita ini akan sampai hati meletakkan anaknya dalam api?" 

Kita - yakni para sahabat - menjawab: 

"Tidak, demi Allah - maksudnya wanita yang begitu sayang pada anaknya, tidak mungkin akan sampai meletakkan anaknya dalam api." 

Selanjutnya baginda s.a.w. bersabda: 

"Niscayalah Allah itu lebih kasih sayang akan sekalian hamba-hambaNya
daripada kasih sayangnya wanita ini kepada anaknya." 


Sayangnya Allah pada kita, sejauh mana sudah kita membalasnya? atau kita masih senang leka mendustakan perintahnya. Naudzubillah.

Subhanallah wa bihamdih Subhanallahil 'Azim.


(Muttafaqun Alaih, dipetik dari hadith Riyadus Solihin, diolah sedikit ayat agar mudah disampaikan mesejnya.)