Saturday, December 22, 2007

Mentibang laut dan kita

"raob, ko pernah tak dengar mentibang laut?"

raob a.k.a Mohd Firdaus bin Esa, sahabat semaahad aku yang sekarang menuntuk kat intec, under foundation engineering ke USA, perbualan nih masa aku jemput$ dia di pasir pekan masa dia datang kelantan atas sebagai fasilitator untuk program lawatan pelajar lepasan spm 2007 kuala lipis ke kelantan.

"pernah, selalu dengar orang guna untuk cakap mengarot, haha.."

"ko pernah tak tengok?"

"tak pulak"

"wujud betul ke benda allah tuh? aku search dalam internet pun tak jumpe"

"memang ada la, tapi kita tak di'exposed'kan dengan kewujudan dia, macam belangkas la, selalu kita dengar orang sebut tapi bukan diorang tahu bentuk macam mana belangkas tu, dulu ayah aku ada jugak tunjuk kat aku masa aku kecik, tapi dah lupa la macam mana bentuk dia.."

"owh memang ada la ye...?"

Mentibang laut dan kita

setelah firdaus pulang ke kampung halaman, aku terlintas balik perbualan aku dengan dia masa aku jemput dia di pasir pekan, aku tak tahu la mungkin disebabkan aku ni jahil, mentibang laut pun taktau camne rupa, tapi selalu jugak gune untuk bergurau, cakap mengarut etc..mungkin orang lain tahu..tapi

tapi aku terfikirkan, apalah nasib mentibang laut, kewujudan yang hilang bagi aku, hanya tinggal perkataannya sahaja dalam masyarakat, tetapi hakikat sebenarnya, bentuk, rupa, seekor mentibang laut sudah semakin pudar dimamah zaman, zaman teknologi serba canggih yang penuh dengan alat-alat moden, masyarakat bandar yang terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga tidak ada masa untuk ambil kisah tentang apa sebenarnya seekor makhluk ALLAH bernama mentibang laut?

apakah nasib mentibang laut ini juga akan dialami oleh agama kita di zaman sekarang?

dalam keadaan kebanyakan pejuang agama, sendiri tak paham akan agama, jumud dengan fikrah sendiri, tiada itqan dalam diri, berjuang mahu seorang diri, semuanya akibat tidak mengenal hakikat sebenar agama ALLAH bernama ISLAM ini.

apa lagi yang kita mahu harapkan dari

generasi muda yang kian hanyut dengan budaya kuning, sosial tanpa batas, dan hiburan yang mengelilingi putaran hari seosrang remaja

pemimpin yang gila kuasa, rasuah berleluasa, tipu daya menjadi biasa, khianat sudah tidak dilaknat

masyarakat semakin jahil, semakin tidak cakna dengan hal sekeliling, selfish dengan hidup nafsi-nafsi, sensitiviti terhadap perkara sekeliling kian pupus..masing-masing dengan hal sendiri, hingga tiada lagi perasaan silaturahim, tiada lagi ambil berat, tiada lagi tolong menolong....

apalah nasib agama ISLAM yang kita sanjung

yang wujudnya kini dalam kalangan masyarakat hanya pada nama
tetapi hakikat sebenarnya tiada yang kisah...atau peduli?

sama kah kini agama yang kita cintai dengan nasib seekor mentibang laut?


semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk oleh ALLAH
agar sentiasa dikekalkan di jalan yang benar
ameenn..


tariq_ziad
0900
23 DEC 2007


Friday, December 7, 2007

Mukadimah

BismillahirRahmaniRahim

Assalamualaikum wbt,

pembuka bicara, bagi aku di blogku ini. hadirnya blog ini di dunia tanpa sempadan mungkin agak janggal kerana ia bermula di pengakhiran (yakni bulan disember). Entah kenapa, muncul niat untuk mempunyai blog sendiri, melakarkan setiap detik kehidupan yang boleh diambil pengajaran dan iktibar untuk sekalian basyar yang lain, berkongsi artikel-artikel, kisah-kisah menarik

mungkin kesibukan dan kemalasan(hehe) bakal menjadi penghalang utama untuk meng'update' blog ini, tapi aku harap apa yang baik dicedok dan apa yang buruk di'tohok'. aku bukanlah seorang ahli fikir mahupun ahli akademik yang petah berkata-kata, lancar penulisan,dan bernas buah fikiran. aku hanya penuntut ilmu biasa, kurang ilmu dan masih mencari dan menadah hujan ilmu yang tidak pernah surut lebatnya.

walaubagaimanapun, insyaALLAH aku harap dengan adanya blog ini, ada sesuatu untuk dikongsi untuk kebaikan bersama dan setiap yang baik itu jika didirikan ikhlas kerana ALLAH, insyaALLAH ada pahalanya.

apa yang baik itu semuanya datang dari ALLAH
apa yang buruk itu adalah khilaf aku sendiri


tariq_ziad
11.30 am
8 DEC 2007