Friday, December 7, 2007

Mukadimah

BismillahirRahmaniRahim

Assalamualaikum wbt,

pembuka bicara, bagi aku di blogku ini. hadirnya blog ini di dunia tanpa sempadan mungkin agak janggal kerana ia bermula di pengakhiran (yakni bulan disember). Entah kenapa, muncul niat untuk mempunyai blog sendiri, melakarkan setiap detik kehidupan yang boleh diambil pengajaran dan iktibar untuk sekalian basyar yang lain, berkongsi artikel-artikel, kisah-kisah menarik

mungkin kesibukan dan kemalasan(hehe) bakal menjadi penghalang utama untuk meng'update' blog ini, tapi aku harap apa yang baik dicedok dan apa yang buruk di'tohok'. aku bukanlah seorang ahli fikir mahupun ahli akademik yang petah berkata-kata, lancar penulisan,dan bernas buah fikiran. aku hanya penuntut ilmu biasa, kurang ilmu dan masih mencari dan menadah hujan ilmu yang tidak pernah surut lebatnya.

walaubagaimanapun, insyaALLAH aku harap dengan adanya blog ini, ada sesuatu untuk dikongsi untuk kebaikan bersama dan setiap yang baik itu jika didirikan ikhlas kerana ALLAH, insyaALLAH ada pahalanya.

apa yang baik itu semuanya datang dari ALLAH
apa yang buruk itu adalah khilaf aku sendiri


tariq_ziad
11.30 am
8 DEC 2007

No comments: