Saturday, January 5, 2008

"Jaga" lah ALLAH..

" terima kasih mak ngah"

setelah aku menghabiskan makan tengah hariku (mee rojak dan cendol) di gerai mak ngah yang terletak di dalam masjid, aku pun mengorak langkah untuk pergi mengambil wudhuk

dan aku pun terserempak dengan seorang kawan dari tamhidi syariah

aku hanya tersenyum dan setelah senyuman dibalas sahabatku ini bertanyakan satu soalan

"Anas, selalu aku tengok ko tolong makcik tuh, bile ko study? bila selalu waktu tido kat kolej?"

sebab aku pun baru nak mula untuk tolong-tolong mak ngah mengemas gerai dia setiap lepas waktu isyak di masjid nilai

" Selalu pukul 11, 12 dan jarang-jarang pukul 1"

"awal ye, ana slalu tido dlm pkol 12, 1, sempat ke anta belajar?"

aku tersenyum

"belajar ni sejam dua dah la, ana amik sebagai syarat je..huhu.."

"tidur awal n bangun awal kan bagus, at least kalau bangun awal boleh jugak buat qiamullail, aku bukan nak cakap aku buat selalu qiamullail, tapi klu dah bangun tuh perform je la"

sahabatku ini mengangguk

"kita sebagai penuntut ilmu ni bukan akal je kene mantap, hati pun kene mantap jugak kan?"

sahabatku ini tersenyum dan mengangguk sekali lagi..

setelah meminta izin aku bergegas ke tempat wudhuk

sudah banyak kali soalan sebegini diutarakan kepada aku, mungkin kali ini aku dapat menjawabnya,

setelah mendapat pointer yang agak memuaskan dalam semester 1 dalam tamhidi perubatan di USIM sesi 07/08, mungkin membuatkan sahabatku ini tertanya-tanya, bila masa aku gunakan untuk study, sedangkan pointer yang aku dapat seolah-olah aku menghabis kan waktu aku sepenuhnya untuk study.

aku tidak nafikan yang aku memang telah berusaha sebaik yang aku boleh, tapi tidak juga aku nafikan, banyak masa yang terluang habis untuk benda-benda lain (tambahan lagi untuk aku yang kuat tidur ni..)

tapi yang pasti,

masjid aku jarang tinggal
quran pun jarang tak baca
hubungan dengan kawan-kawan aku jaga dari sebarang pertelingkahan
dan boleh juga aku katakan sepanjang semester lepas aku kurang menonton tv kecuali perlawanan bola(mana ada tv di kolej)

alhamdulillah, hasilnya adalah pointer yang agak memuaskan untuk semester 1

sedangkan aku bukan seorang pelajar yang umumnya maklum bukan seorang yang bijak sangat, selalu terlelap dalam kuliah, kurang pikap, tidak observant,etc

tapi aku amat bersyukur ALLAH tetap menganugerahkan aku kejayaan yang kalau aku ukur dengan usaha aku...tak layak aku sebenarnya untuk menggenggam keputusan sebegitu

bagi aku,

usaha tetap penting untuk mendapat kejayaan

tapi yang paling tidak boleh diabaikan oleh seorang pelajar macam kita

hubungan kita dengan ALLAH
pergantungan hidup kita dengan ALLAH

sebab aku dapat lihat, terlalu ramai pelajar yang mudah putus asa dengan rahmat ALLAH, sedangkan mereka tidak pernah berusaha berdoa dan mendekatkan diri kepada ALLAH

sedangkan kita sudah maklum, tuhan kita adalah ALLAH, dan yang mengawal takdir hidup kita juga adalah ALLAH

mudah sangat ALLAH nak bagi kita kejayaan kalau kita sentiasa mohon dan dekatkan diri kepada ALLAH

azam+usaha+tawakal = kejayaan

kalau azam adalah sebelum
usaha adalah semasa
tawakal adalah selepas

doa adalah sebelum, semasa dan selepas

selalulah berdoa kepada ALLAH tidak kira masa, tempat dan suasana

aku berpegang pada prinsip ini, aku sentiasa berdoa, sehinggalah waktu membuka sampul keputusan pun, aku masih berdoa agar diberikan anugerah result yang cemerlang, kerana aku yakin...

ALLAH mampu buat apa yang di luar jangkauan kita..beyond our expectation

dan aku juga sentiasa berharap agar keputusan aku tidak menjadi istidraj untuk diri aku..iaitu kelebihan yang ALLAH bagi betujuan untuk menyesatkan lagi aku..

sempena tahun baru ini marilah sama-sama..

ihfazillah yahfazka

jagalah ALLAH nescaya ALLAH akan menjaga kamu


tariq_ziad
1013
6 JAN 2008

No comments: