Monday, June 23, 2008

umpama layang-layang


Sedang aku mengorak langkah meninggalkan masjid hidayah yang terletak selontaran-batu dari rumah aku, aku terpandang satu artikel, yang ditempel pada papan kenyataan masjid

artikel yang ringkas tetapi amat cukup untuk membuat aku terfikir. memberi aku ilham untuk aku nukilkan satu sajak yang tak seberapa untuk renungan kita bersama




kita
umpama layang-layang

terbang bebas di angkasa
menerjah langit bagai kita yang punya
sukanya kita,
jika bebas sebegitu rupa


dan kesukaan itu kian bergelora
jika terbangnya kita tidak bertali
ke sana ke mari tiada henti

bebas memilih halatuju dan kemana pergi
tanpa ada apa-apa yang mengawal kehendak hati
tetapi sayang bagi layang-layang
keseronokan
kebebasan

hanyalah sementara

layang-layang yang tidak bertali

nasibnya jatuh jua
ke hutan sungai dan jua rimba
terbakar dipanah petir
atau hilang tanpa jejak

maka jadilah yang bertali
mungkin tidak sebebas yang tidak betali
tetapi tegar terbang berdiri

tidak hanyut diterbangkan angin
dari tuan kita, kita pergi
kepada tuan kita juga kita kembali




apakah tali yang mengikat hidup kita?
itulah TAQWA

semoga dikekalkan kita dalam iman dan islam
sehingga akhir waktu di saat kita menemui tuan kita yang sebenar..


Tariq_ziad
1038 a.m
Kota Bharu

Wednesday, June 18, 2008

tiada kata...

MAKLUMAN TAWARAN KEMASUKAN LEPASAN SPM SETARAF
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2008/2009

No. Daftar: 1080210

Tahniah atas kejayaan saudara/i, ANAS BIN ROSEDI (890813915011).

Saudara/i berjaya ditawarkan tempat di Universiti Sains Islam Malaysia untuk mengikuti program SARJANA MUDA PERUBATAN DAN SARJANA MUDA SURGERI (QM00 ) .


2. Sila hadir untuk mendaftar sebagaimana maklumat berikut:

Tarikh
Masa
Tempat

:
:
:
26 JUN 2008
8.30 PAGI- 5.00 PETANG
KOLEJ KEDIAMAN SUTERA INDAH
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA, BANDAR BARU NILAI,NEG.SEMBILAN

3. Pembayaran yuran adalah seperti yang dinyatakan di dalam surat tawaran dan pembayaran boleh dibuat dimana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama Bendahari USIM dengan menggunakan slip pembayaran bil (Bill Presentment Slip)sebelum hari pendaftaran.

4.Maklumat jumlah yuran adalah seperti di dalam surat tawaran asal.

Sekian. Terima kasih

Bahagian Akademik
No Tel: 06-798 8144/06-798 8328 (8.15 pagi-4.45 petang waktu pejabat)

Faks:06-798 8334

Email:akademik@usim.edu.my

Perhatian : Ini hanyalah notis makluman tawaran kemasukan. Surat rasmi tawaran akan menyusul ke alamat saudara/i.



apa lagi yang aku boleh katakan

alhamdulillah..syukur padamu ya ALLAH
kerana limpah kurnia mu
aku semakin dekat dengan cita2 ku
berkatilah cita-citaku ini
agar ia menjadi wasilah terbaik untuk ku menegakkan agamaMU
istaqim nafsi ya rabb

tariq_ziad
3.09 p.m
18/6/2008
kota bahru

Tuesday, June 17, 2008

60 medical and 30 dental student USIM 08/09

Assalamualaikum

Please invite the following to join this e-group

http://groups.yahoo.com/group/Glenview_Villa_USIM/

Thank you

Dr. Burhan

below are the name list for student of tamhidi session 07/08 that are selected to pursue in medicine and dentistry at pandan indah

MEDICINE :-

LOKEMANUL HAKIM BIN MOHAMED SHAARANI
MOHD AFIF BIN ZULKIFLY
AIMAN BIN AB ADZIM
MUHAMMAD HARITH BIN SUKERI
SALMAN BIN MORHALIM
SYARIFAH MUNAWWIRAH AL-SYAHAB BINTI WAN MD NASIR
NURSHIFAA BT MOHD YUSOF
FATIN NAHDIYA BT MOHAMED SUHAMI
NOOR HIDAYAH BINTI SHAIDI
SITI KHADIJAH BT MOHD FUAD
MUHAMMAD FAHMI BIN MOHD FADZIL
A'ISYAH BINTI CHE RAHIMI
NAJDAH BINTI OTHMAN
UMAIRAH BINTI ESA
ATIKAH BINTI JUSOF
WAN HUSNA BARAKAH BT MEOR JAMALUDIN
FARAH BINTI ABDUL RAHMAN
SITI SYAZWANI BINTI MOHD
SYAFIQAH BINTI BAHAROM
WAN NURUL SYATIRAH BINTI WAN RAMDZAN
NOR SAHAILA BTE NOR HASSAN
NURUL BAKHIYAH BT ZAINUDIN
NUR LAZIMA BINTI MUHAMAD LAZIM
MUHAMMAD AIZAT B MUHAMMAD ALI
SITI AISYAH BINTI MOHD ANUAR MUSARDAR
WAN MOHD HAFIZUDDIN BIN WAN ABU BAKAR
MASYHUMA BT CHE LAH @ ABDUL AZIZ
NABIHAH BINTI NORDIN
AHMAD KAMALUDDIN BIN RUSLI
RIZQ MUHAMMAD SYAZWAN B MOHD ROSMIN
ABDUL ROFIQ BIN RAGIMI
AHMAD NABEIL BIN ALIAS
ANAS BIN ROSEDI
NURFADHILAH AISYAH BINTI MURAD
MOHD HAZIM BIN HUSHIM
SITI RUWAIDA BINTI CHE SOH @ SHAARI
MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN CHE MANSOR
RAIHANA BINTI RAZLEE
MOHAMAD MUSLIM BIN JAMIAN
AHMAD FARHAN BIN FUZAI
MUHAMAD HAFIZAN BIN SANURI
SASAFIDA BINTI MD SALLEH
ENGKU UMAR AL-IDRUS B ENGKU ABDULLAH TOHAFAH
SYAFIQAH BINTI ABD RAHIM
NURHANIS BINTI AHMRAN
SITI NABIHAH BINTI ZAMRI
SHARIFAH NUR FARHANA BINTI SYED AHMAD NIZAR
NUR LIYANA BT DAMANHURI
SAFIYYAH BINTI ISMAIL
MUHAMMAD FAIZ BIN YAHYA
NORASLAMIAH BINTI CHE NOZID
MOHAMAD NASIR BIN MOHD RUBI
ABDUL RAZAK BIN HUSAIN
NURQYSTINA BINTI AHMAD SENUSI
NOR SHAFIQAH BINTI MOKHTAR
HUDA MUNIRAH BINTI AHMAD AINUDDIN
MOHD SHAIZNATUL YUZRIN BIN SHAIPUL BAHAR
MUHAMMAD SYAFIQ BIN MAT ALI
AKMAL MUZAMIR BIN MOHAMAD MUHIT
NUR SYARAH ZULAIKHA BT MOHD RAZAK

DENTISTRY :-

Diyana O
Safura G
Sulaiman T
Nur Ain R
Siti Najwa H
Hanisah H
Zahrah MD Y
KU Nur Farhah K
Mohd Shafiq S
Siti Nadia R

Siti Sarah S
Munirah MR
Mohamad Hafizi MI
Hazimah MK
Nur Farhana MY
Abdullah Zubair A
Ahmad Nadzirin AF
Nusaibah KZ
Mohd. Faezuddeen MD
Nusaibah Sakinah N

Abdul Azim Asy AA
Noor Farishah Banu A
Nurin Syahidah MN
Wan Zahidah WZ
Norzakiah Adilah Z
Sarah Sofhia CK
Syifak Mawaddah AJ
Siti Nur Farhanah MD
Sharifah Nor 'Aishah SY
Amelia Farhana MH


so pakat2 la invite ek
congratulation to u all!!
always igt utk bersyukur pd ALLAH
kerana kita mndapat tmpat ni
bukan kerana kita hebat
bukan kerana kita bijak
bukan kerana kita unggul
bukan kerana kita genius

dan yang tidak mndapat tempat
bukan kerana anda kurang bijak
bukan kerana anda dihina ALLAH
bukan kerana anda lemah

tp semata2 rezeki dari ALLAH untuk kita
dan juga ujian yang smestinye shj kita tempuhi dalam siri2 ujian dalam hidup ini

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

2] Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)(almulk - ayat 2)

congratulation skali lg

alfun mabruk!!

tariq_ziad
1022
18/6/2008
kota bharu

Thursday, June 5, 2008

token to tamhidi

macam biasa
....
bila cuti menjelang tiba,macam-macam plan yang dirancang, kononnye untuk mengisi masa lapang di kala kebosanan pada waktu cuti, setelah hampir setengah tahun berhempas pulas di semester dua, sememangnya cuti final semester ini dinanti-nantikan oleh kami selaku pelajar tamhidi sesi 07/08...

dan kini
...cuti dinikmati sepenuhnya,alhamdulillah,walaupun tidak semua plan yang dirancang menjadi,tetapi diri ini lega dapat berehat..
Namun, dalam kegembiraan yang bersarang, ditambah dengan kelegaan kerana perjuangan yang diusahakan selama di peringkat tamhidi sudah menemui penamatnya, debaran juga kian terasa mengenangkan result final year yang akan kami terima tidak lama lagi(dengar katanya minggu kedua June). berjayakah kami meneruskan pengajian ke medan perubatan dan pergigian? berjayakah kami ke jurusan yang ingin kami ambil? berjayakah kami untuk meneruskan cabaran di peringkat fakulti? berjuta persoalan yang akan terjawab pada minggu kedua jun ini..

sementara itu segala yang berjaya dikutip sepanjang kisah hidup di tamhidi,

--guru-guru
atas segala nasihat dan tunjuk ajar
cikgu rahim, cikgu juliana, cikgu shamsiah, cikgu fatimah, ustazah maryam, Ms Afzan, ustaz sanusi, ustaz nur sofwan, ustaz din
sungguh tiada kata yang dapat diungkapkan rasa terhutang budi yang saya rasa
hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas jasa budi yang kalian curahkan
doakanlah anak didikmu ini agar berjaya dalam perjuangan
di dunia dan akhirat

--kawan-kawan
TTM 1...Tamhidi Medic...Budak2 bilik b-4-6(tmasuk la pelawat2nye..hehe)
dan yang lain-lain..
yang sentiasa di sisi semasa berjuang
berkongsi suka dan duka..dalam sedih dan ketawa..dan sendu dan sendawa
semoga kita dapat sama-sama lagi berjuang..
seiring dan sejalan..
di pandan indah



sungguhpun begitu..
andaikata tiada takdir untuk kita bersama..atau tiba masa untuk kita berpisah
teruskanlah perjuangan..dalam apa jua bidang sekalipun..di mana-mana pun di atas bumi ALLAH ini..kerana persahabatan yand dijalinkan atas nama ukhuwwah fillah..tidak akan putus dek jarak bahkan kekal hingga ke akhir masa..kerana tujuan kita tetap sama..mencapai keredhaan ALLAH di akhirat kelak..dan tujuan ini jugalah yang akan menyatukan kita lagi..mempertemukan lagi kita di hari dimana kekasih-NYA berkumpul

bersama-samalah kita










tariq_ziad
0746
6/6/2008
Kota Bharu

Wednesday, June 4, 2008

minyak oh minyak


June 05 2008

petang,
setibanya aku di rumah, selepas menemani seorang sahabat (Aiman ab Adzim) ke YIK untuk mengambil pasportnya yang ditinggalkan hampir setahun di sana, aku terdengar berita

harga minyak petrol dan diesel naik lagi
kali ini bukan lagi 10sen..20 sen..mahupun 50sen
tetapi


petrol - +78 sen seliter
diesel - +RM1 seliter

menjadikan harga bagi seliter petrol sebermulanya 5 jun 2008 sebagai RM2.70 bagi petrol dan RM2.00 bagi diesel

s
ungguh terkejut aku mendengar khabar berita camtuh, aku mula memikirkan relevan aku ke sekolah pada malam tersebut kerana dijemput oleh pak lah(Abdullah Long..bukan PM) untuk join sekali liqa' bersama Ust Wan Nuh di Maahad tercinta..
mujur sekali mak aku dengan bijaknya(hehehe..) sudah mengisi tangki minyak iswara WHU 5067 yang sentiasa menjadi teman bersiarku kemana-mana..fuhh(lega)

tetapi(apsal plak)..setibanya aku di cabang tiga untuk ke jalan hospital, sekali lagi aku dikejutkan dengan deruan dan deretan kereta di sepanjang jalan hospital, kusangka ada accident didepan tanpa teringat akan stesen minyak shell yang terletak sejauh lontaran batu(direct transalation) jauhnya dari cabang tiga tersebut..

melihatkan impak yang sebegitu rupa rupanya berlaku hampir di seluruh negara..orang berpusu-pusu ke stesen minyak kerana mahu mengisi tangki minyak yang sepastinya sentiasa kehausan minyak dengan rate RM1.92/liter sebelum kadar bertambah setibanya waktu 0000(12 tgh mlm ar)..terbayang-bayang di benak pertambahan harga barangan runcit seperti beras,tepung etc....apakah kita hidup di zaman darurat ? ?

aku termenung memikirkan pihak berkuasa yang ibarat menanam tebu di tepi bibir, menjanjikan bahawasanya kadar minyak tidak akan naik lagi selepas pilihan raya umum lalu yang menyaksikan 'tsunami' politik terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah tanah melayu ini..sekali lagi menjanjikan bahawa barangan runcit tidak akan dinaikkan harga dan subsidi bahan api ini akan ditukarkan ke subsidi2 lain

petikan dari bharian.com.my

Penjimatan subsidi diagih semula
Oleh Wan Hazmir Bakar, Saufi Hamzah dan Abdul Razak Raaff

PUTRAJAYA: Kerajaan menganggarkan memperoleh penjimatan RM13.7 bilion menerusi penstrukturan semula subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan levi yang dikenakan terhadap syarikat penjana tenaga bebas (IPP) dan pengeluar minyak kelapa sawit (POP).

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, penjimatan itu akan dibelanjakan semula bagi kepentingan rakyat dengan RM4 bilion diagihkan untuk dasar jaminan bekalan makanan negara, subsidi minyak masak (RM1.5 bilion), subsidi pembelian beras import (RM400 juta), subsidi tepung (RM200 juta), subsidi roti (RM100 juta) dan subsidi petrol, diesel dan gas (RM7.5 bilion).

“Bukan kita tak beri subsidi lagi, kita masih terus beri subsidi,” kata Perdana Menteri ketika mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam.


berikut pula petikan dari thestar.com.my


Petrol to cost RM2.70 from midnight (updated)

KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi on Wednesday announced price hikes for petrol, diesel and electricity.

He said the new price for petrol is RM2.70 a litre, effective midnight tonight. The price goes up by 78sen from the current RM1.92, a hike of 40%.

Abdullah also announced that the price of diesel would be increased by RM1 from RM1.58 to RM2.58.

He also said that Tenaga Nasional Bhd would be raising electricity rates by 18% for homes and 26% for business users.

The announcements are part of the new fuel subsidy plan.

Abdullah also announced a RM625 annual cash rebate per vehicle, for owners of private vehicles with engine capacities of up to 2,000cc, as well as pickup trucks and jeeps with engine capacities of up to 2,500cc.

Owners of private motorcycles with engine capacities of up to 250cc will receive RM150.

Payment will be made via Money Order upon renewal of road tax, from July 1.

For owners of private vehicles with engine capacities exceeding 2000cc, road tax will be reduced by RM200.

Owners of private motorcycles with engine capacities above 250 cc will get RM50 reduction in road tax.



bagaimana aku melihat isu kenaikan minyak ini dari sudut apa pun, aku rasa tidak lepas dari hasil yang kerajaan telah sediakan kepada rakyat ialah masyarakat yang akan hidup dalam suasana di mana mereka yang kaya bertambah kaya dan miskin bertambah miskin

aku menantikan apa lagi cebisan 'gula-gula' yang diberikan kerajaan kepada rakyat yang laparkan nasi

apalah yang mampu kita lakukan
rintihan?
rayuan?
begitulah masyarakat malaysia..terlalu menjaga adat ketimuran bak kata seorang sahabat

renunglah..
betapa undang-undang manusia tidak akan pernah dapat melawan undang-undang tuhan.begitu juga manusia yang mempraktikkannya

kerana manusia tetap manusia..dan tuhan SELAMANYA adalah tuhan.. dan satu-satunya tuhan sudah pasti adalah ALLAH subhanahu wataala..

tariq_ziad
5/6/2008
koa bharu