Wednesday, June 4, 2008

minyak oh minyak


June 05 2008

petang,
setibanya aku di rumah, selepas menemani seorang sahabat (Aiman ab Adzim) ke YIK untuk mengambil pasportnya yang ditinggalkan hampir setahun di sana, aku terdengar berita

harga minyak petrol dan diesel naik lagi
kali ini bukan lagi 10sen..20 sen..mahupun 50sen
tetapi


petrol - +78 sen seliter
diesel - +RM1 seliter

menjadikan harga bagi seliter petrol sebermulanya 5 jun 2008 sebagai RM2.70 bagi petrol dan RM2.00 bagi diesel

s
ungguh terkejut aku mendengar khabar berita camtuh, aku mula memikirkan relevan aku ke sekolah pada malam tersebut kerana dijemput oleh pak lah(Abdullah Long..bukan PM) untuk join sekali liqa' bersama Ust Wan Nuh di Maahad tercinta..
mujur sekali mak aku dengan bijaknya(hehehe..) sudah mengisi tangki minyak iswara WHU 5067 yang sentiasa menjadi teman bersiarku kemana-mana..fuhh(lega)

tetapi(apsal plak)..setibanya aku di cabang tiga untuk ke jalan hospital, sekali lagi aku dikejutkan dengan deruan dan deretan kereta di sepanjang jalan hospital, kusangka ada accident didepan tanpa teringat akan stesen minyak shell yang terletak sejauh lontaran batu(direct transalation) jauhnya dari cabang tiga tersebut..

melihatkan impak yang sebegitu rupa rupanya berlaku hampir di seluruh negara..orang berpusu-pusu ke stesen minyak kerana mahu mengisi tangki minyak yang sepastinya sentiasa kehausan minyak dengan rate RM1.92/liter sebelum kadar bertambah setibanya waktu 0000(12 tgh mlm ar)..terbayang-bayang di benak pertambahan harga barangan runcit seperti beras,tepung etc....apakah kita hidup di zaman darurat ? ?

aku termenung memikirkan pihak berkuasa yang ibarat menanam tebu di tepi bibir, menjanjikan bahawasanya kadar minyak tidak akan naik lagi selepas pilihan raya umum lalu yang menyaksikan 'tsunami' politik terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah tanah melayu ini..sekali lagi menjanjikan bahawa barangan runcit tidak akan dinaikkan harga dan subsidi bahan api ini akan ditukarkan ke subsidi2 lain

petikan dari bharian.com.my

Penjimatan subsidi diagih semula
Oleh Wan Hazmir Bakar, Saufi Hamzah dan Abdul Razak Raaff

PUTRAJAYA: Kerajaan menganggarkan memperoleh penjimatan RM13.7 bilion menerusi penstrukturan semula subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan levi yang dikenakan terhadap syarikat penjana tenaga bebas (IPP) dan pengeluar minyak kelapa sawit (POP).

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, penjimatan itu akan dibelanjakan semula bagi kepentingan rakyat dengan RM4 bilion diagihkan untuk dasar jaminan bekalan makanan negara, subsidi minyak masak (RM1.5 bilion), subsidi pembelian beras import (RM400 juta), subsidi tepung (RM200 juta), subsidi roti (RM100 juta) dan subsidi petrol, diesel dan gas (RM7.5 bilion).

“Bukan kita tak beri subsidi lagi, kita masih terus beri subsidi,” kata Perdana Menteri ketika mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam.


berikut pula petikan dari thestar.com.my


Petrol to cost RM2.70 from midnight (updated)

KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi on Wednesday announced price hikes for petrol, diesel and electricity.

He said the new price for petrol is RM2.70 a litre, effective midnight tonight. The price goes up by 78sen from the current RM1.92, a hike of 40%.

Abdullah also announced that the price of diesel would be increased by RM1 from RM1.58 to RM2.58.

He also said that Tenaga Nasional Bhd would be raising electricity rates by 18% for homes and 26% for business users.

The announcements are part of the new fuel subsidy plan.

Abdullah also announced a RM625 annual cash rebate per vehicle, for owners of private vehicles with engine capacities of up to 2,000cc, as well as pickup trucks and jeeps with engine capacities of up to 2,500cc.

Owners of private motorcycles with engine capacities of up to 250cc will receive RM150.

Payment will be made via Money Order upon renewal of road tax, from July 1.

For owners of private vehicles with engine capacities exceeding 2000cc, road tax will be reduced by RM200.

Owners of private motorcycles with engine capacities above 250 cc will get RM50 reduction in road tax.



bagaimana aku melihat isu kenaikan minyak ini dari sudut apa pun, aku rasa tidak lepas dari hasil yang kerajaan telah sediakan kepada rakyat ialah masyarakat yang akan hidup dalam suasana di mana mereka yang kaya bertambah kaya dan miskin bertambah miskin

aku menantikan apa lagi cebisan 'gula-gula' yang diberikan kerajaan kepada rakyat yang laparkan nasi

apalah yang mampu kita lakukan
rintihan?
rayuan?
begitulah masyarakat malaysia..terlalu menjaga adat ketimuran bak kata seorang sahabat

renunglah..
betapa undang-undang manusia tidak akan pernah dapat melawan undang-undang tuhan.begitu juga manusia yang mempraktikkannya

kerana manusia tetap manusia..dan tuhan SELAMANYA adalah tuhan.. dan satu-satunya tuhan sudah pasti adalah ALLAH subhanahu wataala..

tariq_ziad
5/6/2008
koa bharu

No comments: