Thursday, June 5, 2008

token to tamhidi

macam biasa
....
bila cuti menjelang tiba,macam-macam plan yang dirancang, kononnye untuk mengisi masa lapang di kala kebosanan pada waktu cuti, setelah hampir setengah tahun berhempas pulas di semester dua, sememangnya cuti final semester ini dinanti-nantikan oleh kami selaku pelajar tamhidi sesi 07/08...

dan kini
...cuti dinikmati sepenuhnya,alhamdulillah,walaupun tidak semua plan yang dirancang menjadi,tetapi diri ini lega dapat berehat..
Namun, dalam kegembiraan yang bersarang, ditambah dengan kelegaan kerana perjuangan yang diusahakan selama di peringkat tamhidi sudah menemui penamatnya, debaran juga kian terasa mengenangkan result final year yang akan kami terima tidak lama lagi(dengar katanya minggu kedua June). berjayakah kami meneruskan pengajian ke medan perubatan dan pergigian? berjayakah kami ke jurusan yang ingin kami ambil? berjayakah kami untuk meneruskan cabaran di peringkat fakulti? berjuta persoalan yang akan terjawab pada minggu kedua jun ini..

sementara itu segala yang berjaya dikutip sepanjang kisah hidup di tamhidi,

--guru-guru
atas segala nasihat dan tunjuk ajar
cikgu rahim, cikgu juliana, cikgu shamsiah, cikgu fatimah, ustazah maryam, Ms Afzan, ustaz sanusi, ustaz nur sofwan, ustaz din
sungguh tiada kata yang dapat diungkapkan rasa terhutang budi yang saya rasa
hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas jasa budi yang kalian curahkan
doakanlah anak didikmu ini agar berjaya dalam perjuangan
di dunia dan akhirat

--kawan-kawan
TTM 1...Tamhidi Medic...Budak2 bilik b-4-6(tmasuk la pelawat2nye..hehe)
dan yang lain-lain..
yang sentiasa di sisi semasa berjuang
berkongsi suka dan duka..dalam sedih dan ketawa..dan sendu dan sendawa
semoga kita dapat sama-sama lagi berjuang..
seiring dan sejalan..
di pandan indah



sungguhpun begitu..
andaikata tiada takdir untuk kita bersama..atau tiba masa untuk kita berpisah
teruskanlah perjuangan..dalam apa jua bidang sekalipun..di mana-mana pun di atas bumi ALLAH ini..kerana persahabatan yand dijalinkan atas nama ukhuwwah fillah..tidak akan putus dek jarak bahkan kekal hingga ke akhir masa..kerana tujuan kita tetap sama..mencapai keredhaan ALLAH di akhirat kelak..dan tujuan ini jugalah yang akan menyatukan kita lagi..mempertemukan lagi kita di hari dimana kekasih-NYA berkumpul

bersama-samalah kita










tariq_ziad
0746
6/6/2008
Kota Bharu

No comments: