Monday, June 23, 2008

umpama layang-layang


Sedang aku mengorak langkah meninggalkan masjid hidayah yang terletak selontaran-batu dari rumah aku, aku terpandang satu artikel, yang ditempel pada papan kenyataan masjid

artikel yang ringkas tetapi amat cukup untuk membuat aku terfikir. memberi aku ilham untuk aku nukilkan satu sajak yang tak seberapa untuk renungan kita bersama




kita
umpama layang-layang

terbang bebas di angkasa
menerjah langit bagai kita yang punya
sukanya kita,
jika bebas sebegitu rupa


dan kesukaan itu kian bergelora
jika terbangnya kita tidak bertali
ke sana ke mari tiada henti

bebas memilih halatuju dan kemana pergi
tanpa ada apa-apa yang mengawal kehendak hati
tetapi sayang bagi layang-layang
keseronokan
kebebasan

hanyalah sementara

layang-layang yang tidak bertali

nasibnya jatuh jua
ke hutan sungai dan jua rimba
terbakar dipanah petir
atau hilang tanpa jejak

maka jadilah yang bertali
mungkin tidak sebebas yang tidak betali
tetapi tegar terbang berdiri

tidak hanyut diterbangkan angin
dari tuan kita, kita pergi
kepada tuan kita juga kita kembali




apakah tali yang mengikat hidup kita?
itulah TAQWA

semoga dikekalkan kita dalam iman dan islam
sehingga akhir waktu di saat kita menemui tuan kita yang sebenar..


Tariq_ziad
1038 a.m
Kota Bharu

No comments: