Friday, November 21, 2008

Seri Bulan

Pada suatu ketika dahulu, tersebutlah kisah 4 puak, yang setiapnya dipimpin oleh 4 orang ketua yang berpengaruh dalam kalangan mereka iaitu Paska (ketua yang paling tua), Jimon, Sima dan Bima.

Anak-anak buah mereka hidup dengan aman damai di sebuah perkampungan di pendalaman nusantara, bernama kampung Seri bulan. kerana ketua-ketua ini sentiasa bekerjasama dalam menyelesaikan hal-hal dan masalah-masalah yang berkaitan dengan puak masing. masakan tidak, bak kata pepatah bersatu kita teguh berpecah kita roboh. bahkan jika ada keraian apa-apa, mereka sama-sama juga tumpang seronok dan berkongsi gembira dan jika ada tragedi yang berlaku, masing-masing juga sama-sama menyampaikan takziah dan berkongsi duka.

Pada suatu hari, kampung yang didiami oleh mereka diserang sekumpulan babi hutan, entah dari mana datang binatang binasa ini, habis tanaman mereka dirosakkan kumpulan azab tersebut, sehinggakan nyawa kanak-kanak dan orang dewasa juga menjadi sasaran kumpulan babi yang dibenci. amukan kumpulan babi hutan ini berlanjutan sehingga berbulan-bulan, dan azabnya amat dideritai oleh penduduk kampung

Berkumpullah sekalian orang kampung, 4 ketua puak tadi juga turut sama berada di dewan dan bermusyawarahlah sekalian mereka, tentang cara yang efektif dan berkesan bagi mengekang amukan kumpulan babi hutan tersebut.

Bangunlah Jimon dengan cadangan beliau
" Marilah sama-sama kita pasangkan pagar buluh di keliling kampung kita, moga-moga dengan cara itu kita dapat menyekat kemaraan babi-babi laknat itu kembali ke kampung kita"
pendapat beliau disokong oleh Sima dan Bima.

Akan tetapi Paska, berkerut sedikit mukanya " Saudaraku Jimon, cadangan kamu bagus sekali, akan tetapi, bukankah dengan adanya pagar-pagar itu, akan mengekang sahabat-sahabat kita yang lain untuk meluaskan kawasan tanaman mereka, anak-anak kita tidak dapat lagi bermandi manda di sungai , hubungan kita dengan di perkampungan jiran kita juga akan terbatas"

Sekalian dewan sunyi seketika, sehinggakan ubat sumpit yang jatuh pun boleh didengar.
Paska meneruskan bicara " bahkan ada kemungkinan jika kita keluar dari pagar lindungan itu, kita akan terdedah lagi kepada bahaya babi-babi laknat itu, justeru saya mencadangkan agar kita beramai-ramai, siapkan parang, tombak sumpit dan apa-apa juga senjata yang boleh digunapakai, kita buru babi-babi itu hingga tiadalah lagi babi-babi itu berani untuk mengganggu hidup kita lagi, pagar-pagar itu boleh dibina, saya tidak menafikannya, tetapi, tiada gunanya jika ia membataskan hidup kita sendiri. kita berhak untuk merdeka dari ancaman babi-babi itu!"

Gemuruhlah dewan musyawarah, tanda setuju dengan cadangan tersebut, namun begitu, Jimon tidak berpuas hati, sangkanya, penduduk kampung mengetepikan cadangannya.
maka dia pun berdiri

" Akan tetapi bukankah haram untuk kita menyentuh babi-babi itu, dan bahayalah untuk memburu babi-babi itu, lebih baik kita bertahan sahaja di kampung, di belakang pagar-pagar yang akan kita bina, lebih selamat dan kurang risiko, biarlah kurang kebebasan sedikit pun.."

Sima dan Bima menangguk, terasa perkara yang sama seperti Jimon

Tersenyum Paska, menampakkan raut senyumannya di sebalik janggut putih yang membaluti mukanya. " saudaraku Jimon sampai bila kamu mahu hidup dalam ketakutan diserang babi-babi itu? sedangkan kita boleh mencapai kehidupan yang sejahtera seperti dahulu, biarlah tangan-tangan kita kotor sebentar, tetapi Seri Bulan yang lebih sejahteralah yang menjadi impian kita, kalau tidak untuk kita pun untuk anak cucu kita nanti"

terpaku lagi Jimon, Sima dan Bima..

apakah natijah mesyuarat kali ini?


to be continue...

No comments: