Tuesday, December 2, 2008

Seri Bulan (2)

Jimon, Sima dan Bima masih tidak berpuas hati,

setelah lama berbincang,
maka berkatalah Sima pula
" Kami akan tetap dengan pendirian kami iaitu membina tembok, tidak sanggup bagi kami untuk keluar mengotorkan tangan untuk membunuh babi-babi tersebut"

keluhan terhembus dari Paska
" Hmm, jika demikianlah keputusan kamu semua, maka kita serahkan kepada sekalian orang kampung..."
" Wahai orang kampung sekalian, kiranya bagi kamu diberi pilihan, samada untuk mengikutku yang tetap dengan cadanganku ini, yang mana yang kamu rasa benar, maka turutilah.."

maka berpecah-pecahlah mereka, sebahagian masih tetap dengan Paska, dan sebahagian besar yang lain menuruti Jimon, Sima dan Bima.

....

Maka bermulalah pelaksanaan cadangan-cadangan mereka,
Kumpulan Paska dibahagikan kepada dua kumpulan,
satu, mereka yang ikut sekali, memburu babi-babi hutan tersebut di sekitar hutan kampung mereka
dua, mereka yang diarahkan agar bertahan di kampung demi keselamatan wanita, anak-anak, orang tua. mereka juga diarahkan agar membantu kumpulan Jimon, Sima dan Bima membina pagar-pagar buluh, selaras dengan pendirian Paska, bahawa dia tidak membangkang pembinaan pagar-pagar itu.

Tetapi Jimon tetap tidak berpuas hati, sangkanya Paska mahukan nama dengan menghantar orang-orangnya menolong pembinaan pagar-pagar, sangkanya Paska mahu menumpang nama!!

" Lihatlah, sudahlah tidak mahu bersama membina pagar, tapi mahu menumpang nama pula dengan menghantar anak buahnya ke sini" bisik Sima kepada Jimon

Jimon mengangguk, bangga kerana Sima sekepala dengannya.

siap sahaja pembinaan pagar itu, semakin banggalah Jimon, melihat anak-anak buah Paska juga berlindung bersama.
Pagar yang di bina itu juga agak berhasil bagi menghalang kumpulan babi tersebut dari membuat kacau lagi di kampung, namun begitu, pagar-pagar tersebut sentiasa perlu dibaiki dan dibaikpulih akibat kerosakan daripada tandukan babi-babi yang datang.

Selepas berminggu lamanya,
babi-babi itu masih menyerang.
Paska dan anak-anak buahnya masih belum pulang,
orang kampung kian terasa bagaimana kehidupan mereka semakin sempit, kerana kebebasan dahulu sudah hilang, hilang kerana amukan babi-babi itu, hilang juga kerana pagar yang menembok di sekeliling mereka.
kebanyakan mereka juga tertanya-tanya, apa sudah jadi kepada Paska dan anak buahnya
yang masih belum pulang?

dipendekkan cerita..( sebab takut lepas ni takde masa lagi nk update)

sehinggalah tiba di satu hari,
kumpulan babi itu tidak lagi menyerang mereka, namun jimon dan masyarakat kampung masih mengambil masa berjaga-jaga, tetapi setelah beberapa hari tiada lagi serangan berlaku, mulalah terbayang di minda Jimon, betapa rancangannya memberi kesan positif, mula timbul perasaan riak dan takabbbur dalam diri, memikirkan dirinya kali ini berjaya mengatasi Paska yang masih tidak lagi pulang.. Sima dan Bima pula asyik memuji-muji Jimon, yang sudah tentu menambahkan lagi riaknya Jimon. namun tembok pagar itu masih dikekalkan untuk mengelak sebarang kemungkinan.

di anjung rumah Jimon, ketika Jimon berkira-kira hendak menyambut 'kejayaan'nya itu, Paska dan anak-anak buahnya pulang, kepulangan mereka disambut dengan penuh kelegaan oleh masyarakat kampung. setelah diberitahu bahawa mereka berjaya memusnahkan sarang babi perosak berkenaan dan segelintir babi yang lari diburu sehinggalah tiada satu pun dibiarkan bernyawa, bersorak gembiralah masyarakat kampung, semakin pasti kehidupan mereka yang dahulu akan kembali seperti biasa. berkerumunlah mereka untuk memberi penghargaan kepada Paska. Jimon yang melihat berasa iri hati melihat orang kampung begitu menghargai usaha Paska sedangkan rancangannya juga turut membantu dalam menyelamatkan kampung itu dari serangan babi perosak.

kisah itu dibawa sehinggalah ke hari ini..
namun kisah ini dibiarkan tergantung sebegitu tanpa ada timbangtara yang jelas tentang
rancangan siapakah sebenarnya yang paling efektif dalam menyelesaikan masalah kampung Seri Bulan..
anda mampu mengulasnya sendiri....

-the end-

2 comments:

tum tum said...

salam.
dak2 medic mmg power bsastera ek?
hehe. -menaip mengikut pemerhatianku-

tariq ziad said...

owh..ni bukan sastera nih
nih mengarut namenye..huhu

anyway..
trimas