Sunday, November 29, 2009

Mehnah itu Sunnah : Kisah Saad bin Abi Waqqas yang difitnah!

Aku menjenguk buku Bidayah Wan Nihayah karangan Ibn Katsir yang dibeli semasa di pameran buku bulan 4 lepas, sedang aku membelek lembaran buku setebal 558 muka surat itu, aku terjumpa kisah Saad bin Abi Waqqas r.a, salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang dijanjikan syurga semasa beliau masih hidup lagi, bahkan digelar oleh Rasulullah juga sebagai salah satu dari Panah Allah.

Kisah kali ini berkisar ketika Saad bin Abi Waqqas r.a menjadi gabenor di bumi Kufah, beliau dan para tentera muslimin sedang bersiap siaga untuk menggempur bumi Nahrawand pada tahun 20H.

Ketika itu, timbul sekelompok golongan dari penduduk Kufah yang mengadakan demostrasi(Dalam Kita bidayah Wan Nihayah, perkataan 'demonstrasi' digunakan) untuk memprotes Saad bin Abi Waqqas r.a. Mereka mendakwa bahawa Saad seorang yang solat tidak betul dan melapor-laporkan tindak tanduk Saad kepada Khalifah Amirul Mukminin ketika itu iaitu Umar ibn Al-Khattab r.a. Wakil yang dihantar ialah Al-Jirah bin Sinan dan penyokong-penyokongnya.

Tatkala berita itu disampaikan kepada Umar, beliau seakan-akan meragui kebenarannya namun tetap menghantarkan Muhammad bin Maslamah untuk memastikan berita yang sampai kepadanya tersebut. laporan Muhammad adalah bercanggah dengan aduan Al-jirah yang mengatakan penduduk Kufah memprotes Saad sebagai Gabenor mereka. Ternyata sebahagian besar dari Penduduk Kufah memuji Saad bin Abi Waqqas sebagai gabenor mereka. Mereka yang tidak senang dengan Saad itu hanyalah penyokong-penyokong Al-Jirah sahaja. Bila mereka ditanya tentang Saad, mereka hanya diam tanpa butir kata yang terbit dari mulut mereka.

Sehinggalah Muhammad bin Maslamah tiba di sebuah perkmapungan Bani 'Abs. Seorang lelaki bernama Abu Sa'adah Usamah bin Qatadah berbicara

" Jika engkau inginkan berita mengenai Saad, ketahuilah, Saad tidak pernah membahagikan dengan rata, tidak adil terhadap rakyatnya dan tidak pernah berperang bersama pasukannya"

Sa'ad yang mendapat tahu apa yang diucapkan oleh Abu Sa'adah tadi pun berdoa ke hadrat Allah

"Ya Allah, jika apa yang dikatakannya(Abu Sa'adah) adalah dusta, riya, dan kerana ingin dipuji, maka butakanlah matanya, banyakkan anaknya dan jatuhkan dia ke dalam fitnah dan jerat hawa nafsu yang menyesatkan"

Allah memperkenankan doa Saad. Tak lama kemudian, mata Abu Sa'adah menjadi buta, dia memiliki 10 orang anak perempuan, dan jika mendengar tentang wanita sahaja, dia akan berusaha untuk mendatangi wanita tersebut, dan menggodanya. jika dia tergelincir jatuh dia akan selalu berkata

"Aku terkena doa Sa'ad, Si lelaki yang penuh berkah"

Sa'ad juga mendoakan Al-Jirah dan sahabatnya yang juga telah memfitnah Sa'ad, maka seluruh mereka diserang penyakit di seluruh tubuh mereka dan mendapat bencana kehancuran pada harta mereka(tidak dicerita lebih lanjut dalam Bidayah Wan Nihayah bagaimana kisah mereka)

Apabila Sa'ad menemui Amirul mukminin, Umar al-Khattab, Amirul mukminin telah bertanya kepadanya tentang perihal solatnya, untuk memastikan kesahihan berita yang beliau terima. Sa'ad memberitahu Umar, bahwa Beliau memanjangkan dua rakaat yang awal dan memendekkan dua rakaat yang akhir, kemudian Sa'ad berkata

"Tidak sedikit pun aku berpaling dari tatacara solat yang diajar oleh Rasulullah s.a.w"

Umar menjawab

" Begitulah prasangkaku terhadapmu wahai Abu Ishaq(gelaran bagi Sa'ad)"

Sa'ad menyambung bicara

" Aku adalah orang kelima yang memeluk Islam, Kami pernah makan daun kayu ketika tidak menemukan lagi makanan sehingga mulut kami luka-luka, aku juga orang yang pertama memanah di jalan Allah, dan Rasulullah pernah mengumpulkan nama kedua ibubapaku untukku padahal baginda tidak pernah sebelumnya melakukan sebegitu kepada seorang pun. tapi kini Bani Sa'ad menganggap diriku tidak pandai solat dengan betul,(dalam riwayat lain, mencurigai keislaman Sa'ad). Jika benarlah apa yang diperkatakan mereka, binasalah aku dan sia-sialah amalanku."

Kemudian Umar bertanya siapa yang beliau cadangkan untuk mengganti beliau, Sa'ad memilih Abdullah bin Abdullah bin Itban, salah seorang tokoh sahabat yang sudah berumur. Umar lalu membenarkan pelantikan Abdullah sebagai pengganti Sa'ad menjadi Gabenor di Kufah.

Selepas itu, Hampir sahaja Sa'ad menuntut orang yang memfitnahnya agar dikenakan hukuman berat, namun beliau tidak berbuat begitu, kerana khuatir tindakanya itu akan mempengaruhi orang lain, dan menyebabkan kelak, orang akan menjadi takut untuk melaporkan tingkah laku para pemimpin mereka.

Umar pernah berkata dalam wasiatnya yang Sa'ad termasuk dalam tokoh penting dalam mesyuarat memilih khalifah

" Jika Jabatan khalifah ternyata jatuh kepada Sa'ad, maka ia berhak untuk itu, tetapi jika tidak maka siapa sahaja yang menjadi khalifah hendaklah selalu meminta tunjuk ajar dan nasihat dari Sa'ad, sesungguhnya aku memecatnya bukan kerana dia tidak sanggup memikul amanah, apatah lagi, kerana dirinya berlaku khianat"

.....
....
...
..

Sahabat-sahabat pembaca, sejarah islam itu akan berulang seperti mana Sunnatullah itu akan berulang,

فَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّهِ تَبْدِيلًا وَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّهِ تَحْوِيلًا

sunnah (Allah yang telah berlaku) kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunah Allah itu (35:43)

siapa sahaja yang memperjuangkan Islam sebagai satu Deen atau sistem hidup yang Haq, pasti akan menemui pelbagai fitnah dan mehnah di hadapannya oleh musuh-musuh Islam, bahkan dari muslim yang dengki terhadap pejuang Islam yang tulen dan kebangkitan Islam.

Namun, jika perjuangan Islam yang kita lalui itu, adalah laluan yang senang dan selesa, muhasabahlah kembali, apakah benar jalan yang kita pilih itu? atau sebenarnya ia hanyalah kaca dari timbunan kaca yang bersembunyi di dalamnya permata yang berharga.

Bagi mereka yang memusuhi agama Allah atau cuba-cuba memfitnah para pejuangnya,nantikanlah akibatnya!
Mungkin akibat itu tidak dizahirkan di dunia seperti apa yang berlaku kepada Abu Sa'adah dan Al-Jirah dalam kisah di atas. Namun, jangan lupa, hidup kita tidak sekadar di dunia. Akhirat nanti akan terzahir segalanya.

Janji Allah itu pastikan tiba!


p/s: Bagaimana ya cerita Tuan Guru Nik Abdul Aziz?...hmm...lu pikirlah sendiri!

Saturday, November 28, 2009

Sharing about my usrah life.


Cuti ni aku mencari-cari idea untuk menulis, walaupun sememangnya aku sasarkan cuti ni masa untuk membaca buku non-medic, dan cuba menghuraikannya sedikit sebanyak dalam blog. selalu sahaja artikel itu berhenti sekerat jalan..hmm..idea tiada yang kunjung tiba..

Apa-apa pun di kala kebosanan search nama sendiri dalam Google, terjumpa lah pulak artikel yang ditulis oleh seorang sahabat masa sekolah rendah dahulu kala..Abdul Rahman Paiman, rupanya aku di tag berzaman sudah, huhu, maafkan aku sahabat. terima kasih juga kerana menimbulkan satu idea untuk mengisi ruang blog yang semakin bersawang.

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?
Sejak lahir mungkin.
Sejarah usrah bermula dalam family, arwah ayah sentiasa sahaja dulu buat usrah secara tak formal, kami adik beradik duduk bersama dan mendengar menadah telinga. tak tahu pula duduk-duduk begitu adalah usrah
Sekolah rendah, di Sekolah Rendah Islam Hira', kelas hafazan dan usrah semasa program mingguan Persatuan Syabab dan Fatayat. Naqib masih dari Muallim dan Muallimah (in arabic, referring to male and female teacher)
Sekolah Menengah, di Maahad Muhammadi Lilbanin, bermulanya hidup di sana agak lewat dek kerana daftar lambat, masuk dalam bulan 3 (kalau tak silap), mula-mula di peringkat menengah rendah, giat juga pergi ke usrah yang dibimbing oleh abang-abang senior, namun di awal keterlibatan dalam badan dakwah (kami kenalinya sebagai BALKIS) ketika itu, timbul macam-macam konflik dalaman (atau aku sahaja yang berasa begitu, wallahualam), yang aku rasa tak perlulah diceritakan.. Aku mula mual dengan institusi dakwah.. Agak lama juga tak kembali ke dunia usrah..sehinggalah ketika di tingkatan 5, aku mula kembali ke dunia yang sudah ditinggalkan sekian lama. Atas ajakan seorang sahabat, Mohd Fathi Auni b. Tirmizi, aku kembali, subhanallah, betapa bersyukurnya aku, kagum dengan ajakan Fathi yang tak pernah jemu mengajak kami (Aku, Usamah(Sam),Farhan(Fuzai),Rasydan(sede),Asyraf(matwoh)).
Kini, aku masih dalam institusi dakwah dan usrah. Jazakumullah khair, kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam memasukkan aku dalam dunia ini.

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah??
Oppss..dah jawab di atas..huhu..

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?
Mulanya, sebab merasakan usrah adalah medan tazkirah sahaja. tetapi selepas sekian yang agak lama, baru merasakan nilai usrah sebenar.
sebab menyertai usrah, kerana merasakan diri tidak mampu bergerak berseorangan dalam dunia kejahilan bersistem yang sentiasa wujud untuk menekan dan merosakkan Islam, jika mahukan Islam tertegak sebagai sistem yang mengawal atur kehidupan di dunia, lantas untuk memecahbelahkan sistem jahiliyyah, tidak dapat tidak mesti dimulakan dengan sistem tarbiyyah bertanzim dalam membentuk diri agar menjadi seorang muslim yang wala' pada Allah dan Rasul-NYA dan bergerak sebagai satu saff yang tersusun. Ini perjuangan kita. Perjuangan menegakkan semula kekuasaan dan Undang-undang Allah adalah wajib kerana itu merupakan salah satu aspek dari Tauhid Uluhiyyah. tak sempurna Islam seseorang itu jika tidak beriman yang Kekuasaan dan Kepatuhan pada undang-undang hanyalah hak milik Allah.(rujuk Maalim Fi Thoriq - AsSyahid Syed Qutb)

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
tiga perasaan?..tak terungkap..pahit perit cabaran dan mehnah diiringi manisnya ukhuwwah. rindu pun ada juga kadang-kadang bila sudah lama tidak berusrah..hmm...tak percaya kan?

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
Banyak la pulak..
1. Banyak membantu untuk membentuk diri yang tidaklah seberapa ini.
2. Medan perkongsian, penyampaian ilmu, pencarian ilmu(selepas usrah). Usrah sewajarnya initiate ahlinya untuk membaca dan mencari ilmu pengetahuan, bukan sekadar menerima sahaja (kata-kata seorang naqib)
3. Semakin bertanggungjawab dan peka dengan masalah-masalah umat.
4. Medan untuk melatih dinamik diri dari brainstorming dan perbincangan.
5. Memupuk semangat memperjuangkan Islam dalam diri
6. Futsal dan makan..(hehehe)


Sesungguhnya diri ini tidaklah sehebat manapun(jauhhh sekali..!!), bahkan mungkin lebih banyak kekurangan dari sekalian yang membaca. Cuma tidak terpamer kerana masih dihijab Allah dari pengetahuan manusia, Subhanallah, kerdil sungguh diri ini. Ku bersyukur padamu Ya Allah yang membuka ruang untukku berada di Jalan juang yang dipelopori para Anbiya', Sahabat-sahabat dan pejuang mujahid islam sekalian. Terlalu banyak nikmat untuk disyukuri. terlalu banyak...

p/s: kata Abdul Rahman, Sesiapa yang ditag mesti mem'post'kan jawapan pada soalan yang sama...dengan ini secara rasminya..aku tag, Ahmad Firdaus Fuzai dan Kak Siti Aisyah Salahuddin...Tafaddhol(Tafaddholi) Masykuro(Masykurotan)

Tuesday, October 13, 2009

Goodies~

some goodies special to those who visit my blog
i'm sorry for not updating this humble blog of mine, too much things to do in the reality world..huhu..enjoy


Music Video Code by Www.Munshid.co.uk

Thursday, September 17, 2009

Bacalah...

"Bagaimana konsep negara bangsa itu hendak dipraktikkan dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia?" soal tariq
" lalu apa cadangan anda tuan Tariq" si muslimah mula mencebik muka
" Negara Islam lah" tersenyum Tariq, berniat untuk menenangkan hati si pembentang konsep negara bangsa di hadapan. Namun, wajah ketidakpuasan hati kerana diserang soalan masih terpamer.
........
Setamatnya kelas hubungan etnik, Tariq dan Lokman masih di dalam bilik kuliah.
.........
Lokman mengajak Tariq berbual.
" Aku tertanya-tanya, kenapa kita tak boleh berpadu menjadi satu bangsa? tak salah kalau kita nak capai perpaduan dengan erti kata menjadi bangsa malaysia?"
" Matlamat perpaduan itu benar dan betul, tapi cara mekanisma yang hendak digunakan tidak berapa tepat dengan masalah kita. Macam mana kau nak bentuk bangsa malaysia, dalam pada masa yang sama taknak lupakan susur galur keturunan diri sendiri? orang Cina takkan berganjak untuk dikenali sebagai orang Cina, orang India juga begitu" jawab Tariq
" Hmmm...betul, macam kau cakap tadi, kita mesti kembali pada islam, cuma aku tertanya-tanya juga, bagaimana islam mengajar kita tentang perpaduan? bagaimana Rasulullah s.a.w dulu boleh bertolak ansur dengan kaum yang pelbagai dan menyatupadukan pula mereka?" Lokman menimbulkan persoalan
" Adakah kau meragui kebenaran islam lokman?" Tariq menduga Lokman
"Ish, bukan macam tu, tapi aku cuma tertanya-tanya, kita sering dengar laungan slogan
'Back to Islam'
' Islam adalah solusi terbaik '
' Islam adalah cara hidup'....
dan memang itu yang kita perjuangkan..." terang Lokman, menyangkal dugaan Tariq.
" Cuma bagaimana caranya? bagaimana caranya Islam itu boleh dijadikan cara hidup? sebagai solusi? itu perlu diperjelaskan lagi, barulah kita boleh mencari penyelesaian yang jelas."
" Hmm, ko benar lokman, tapi sekurang-kurangnya kita tahu yang sepanjang sejarah dunia, tiada satu sistem pun yang berjaya menyatupadukan bangsa manusia yang pelbagai di bawah satu pemerintahan" tariq berpandangan.
"Cukupkah begitu? cukupkah untuk menyelesaikan kemelut perpaduan yang kronik dalam negara kita? cukupkah sekadar yakin untuk selesaikan masalah? di mana tindakannya? sesuatu itu tidak betul sekadar benar tapi tak jelas, penyelesaian sebenar mestilah benar dan jelas!"
bertalu-talu soalan diutarakan Lokman, bak mesingan pula.

Suasana tenang sebentar, di dalam kesejukan aircond bilik kuliah.

" Dari sini lokman, kita memang tak mampu untuk mengutarakan mekanisma penyelesaian yang tepat dengan Islam, Islam itu kan sesuatu yang luas bak kata Sa'id Hawwa, peraturan yang syumul bak kata Hasan Al-Banna, sedangkan kita ni, yang malas membaca ni, yang cetek pengetahuan Islam, tak layak bagi kita untuk mengemukakan solusi yang paling islamik. "
"Namun, di sini kita dapat lihat peri penting untuk kita sentiasa rujuk dan bersama ulamak-ulamak yang betul-betul perjuangkan Islam yang syumul, agar kita sentiasa berjuang pada landasan yang sohih dan tepat berlandaskan Islam. di samping mengelakkan diri dari memperjuangkan Islam dengan mekanisma yang salah atau tidak tepat." Tariq mengemukakan idea.
" Penting juga untuk kita sebagai mahasiswa Islam, memperbanyakkan bacaan ilmiah, kaji agama kita sendiri agar kita juga jelas dengan apa yang kita bawa dalam perjuangan, dan agar kita mempunyai hujah yang mantap bila berdepan musuh Islam."sambung Lokman, tidak ketinggalan untuk sekadar bertanya.
" Hmm, itulah yang sepatutnya, agama kita bukan retorik semata-mata, agama kita cantik kerana praktikalnya, bukan retoriknya" sambung Lokman
" Jadi kata putusnya sudah jelas rasanya"senyum Tariq, lega ada benda baru yang dia dapat."benar kata Lokman, aku sendiri mesti memperbanyakkan bacaan" getus hatinya.
"hmm..jomlah solat zohor" Lokman mengajak
"jom"


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan
96:1


p/s: bersawang habis blog ni tak diupdate, huhu..maafkan kelemahanku..salam itqun minan nar...


Monday, July 13, 2009

Perkongsian dalam kesibukan..

Dari Abu Musa, yakni Abdullah bin Qais al-Asy'ari r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w.

Ditanya perihal seseorang yang berperang dengan tujuan menunjukkan keberanian, ada lagi yang berperang dengan tujuan kesombongan - ada yang artinya kebencian - ada pula yang berperang dengan tujuan pameran - menunjukkan pada orang-orang lain kerana ingin berpamer. Manakah di antara semua itu yang termasuk dalam jihad fi-sabilillah?Rasulullah s.a.w. menjawab:

"Barangsiapa yang berperang dengan tujuan agar kalimat Allah - Agama Islam- itulah yang luhur, maka ia disebut jihad fi-sabilillah. " (Muttafaq 'alaih)



Subhanallah Wa Alhamdulillah Wa La Ilaha Illa Allah Wa Allahu Akbar

p/s: Susah betul nak luangkan masa update blog sekarang ni, semoga dipermudahkan Allah dalam melakukan yang terbaik..Ya Allah ini sahaja yang aku termampu, berilah kekuatan agar aku sentiasa istiqamah.

Monday, June 22, 2009

Suka duka hari bapa


Masih ingat ketika mula-mula masuk ke fakulti perubatan USIM, kami dibawakan melawat ke hospital Kajang, masyaALLAH, sibuknya bukan kepalang. dalam kesempitan masa, ada satu cerita hendak dikongsi...

"Anas, tadi ko ada masuk tak wad yang ada budak anak tahanan ISA tu?"
"owh?, tak sempat lah, group kami pergi melawat bilik forensik tadi, kenapa dengan dia?"
"Kesian dia, dah lah dah sakit tenat, dok mengharap sangat boleh jumpa ayah dia yang kena tahan tu"
"hmm..kesian...dia tak dapat jumpa lagi ke ayah dia?keadaan dia kritikal sangat ke?"
"kritikal jugak, tapi masih berharap sangat agar ditemukan dengan ayah dia"
"apasal tak buat surat? mintaklah pihak penjara bebaskan kejap ayah dia"
"dah hantar surat dah, tapi bila contact dengan pihak penjara, diorang amik mudah je, suruh tunggu entah sampai bila, geram aku dengar"
"hmm..harap-harap ditemukan dia dengan ayah dia.."

...

kami pulang ke kampus, mendoakan agar harapan anak itu dimakbulkan oleh pihak berkuasa
...
tapi harapan tinggal harapan..
anak itu meninggal dunia 2 hari selepas lawatan kami. dan bapanya pula hanya dibenarkan untuk menghadiri pengebumian anaknya sahaja. hadir si bapa dengan kecewa, bukan kerana kematian anaknya, tetapi kerana kegagalan pihak berkuasa yang kurang cakna dan ambil mudah.



siapa masih ingat?
kisah anak tahanan ISA, Allahyarhamha Aina Mardhiah, 17 tahun anak kepada tahanan akta kejam ISA, Shahrial Sirin...
boleh ke tekan sini untuk baca kisah yang menyayat hati ini


Tanggal 22 jun

Hari dimana para insan bergelar bapa, ayah, papa, abi, walid dan macam-macam lagi gelaran, bakal dibanggakan dengan satu hari khusus bagi memperingati setiap keringat dan jasa yang ditumpahkan oleh insan lelaki yang dianugerahkan gelaran ini (mana ada perempuan orang panggil papa..bapok tu len kire lah)

Bermacam-macam sambutan diadakan bagi meraikan hari tersebut,
kek ditempah
hadiah dibeli
jamuan khas dirancang
bahkan bagi yang mempunyai sumber kewangan yang lebih kukuh, mungkin melancong ke mana-mana
segalanya bagi menggembirakan hati seorang bapa

Saya tak berminat untuk menyentuh tentang relevan kita sebagai muslim menyambut hari bapa, kerana semua sudah sedia maklum, insan bergelar bapa ini wajib untuk dhormati dan ditaati. bukan pada hari-hari tertentu sahaja.

Cumanya, saya mahu menghadirkan renungan agar dapat difikirkan bersama.

Ketika bapa yang bergelar pejuang dizalimi di atas muka bumi ini, tak usahlah kita terlalu jauh pergi ke Palestin mengambil contoh, di bumi Malaysia tercinta ini sahaja, berapa ramai bapa-bapa yang dizalimi, dinodai hak kemanusiaannya, dinafikan peranannya sebagai ketua keluarga, dihalang dari berkhidmat kepada kedua orang tuanya.
apakah kita masih mampu bersorak ria tika saat masih ada keluarga yang merindukan kasih sayang insan bernama bapa?

maka buatmu insan berkuasa
lepaskan kebebasan yang kau kurung
kibarkan slogan keadilan yang kau canang
jangan sekadar beromong kosong
atau nantikan masa ketikanya, keadilan islam berkuasa semula
di bawah retak runtuh mahligai kezalimanmu
sedarlah..

buatmu pejuang mimpi
kalian lantang sekali bila melibatkan dengan saudara kita di palestin,
tetapi kalian tinggalkan sepi saudara kita yang merana disini
marilah
bersama dalam satu saff, kita perjuangkan keadilan ilahi
agar mekar mewangi di bumi bertuah ini.

say no to ISA!



(ISA is referred to Internal Security Act 1960.)

p/s: tribute to ayah, bapa berjiwa pejuang...akan ku susuli perjalananmu, walauku tahu ku tak sekuat setabahmu..tapi..tetap ku cuba..

Sunday, June 21, 2009

Pohon hijau itu....




" wahh, banyaknya durian tok wan! " kata Aman, kagum melihatkan longgokan durian yang baru sahaja dikutip dari Dusun datuknya. minggu ini cuti sekolah, Abdul Rahman mengambil peluang cuti ini untuk balik ke kampung datuknya di Johor.

"Hehe, sekarang ni musim durian kampung, bukan selalu musim ni, kalau kat kelantan tu, durian siam je banyak, takde umphh!" ujar Tok Ayah, sambil mengajuk iklan teh BOH yang dahulu agak popular di kaca tv. .

" Sedap ni, boleh bukak sekarang tak Tok ?" kata Aman lagi, tidak sabar untuk merasai keenakan durian kampung yang asli.

" Sabar lah Aman, kita bawak balik dulu, nanti kat rumah nanti barulah kita makan, lagi sedap kalau makan dengan pulut dan santan" jawab Tok Ayah lagi, masih ingat resepi yang dimakan sebelum merantau 50 tahun dahulu. kini, anaknya pula yang kembali menetap di kelantan dan dia mengambil keputusan untuk menetap sahaja di Johor.



" Ish, tinggi-tinggi pokok durian ni Tok Ayah ek, tak bahaya ke? karang terjatuh masa syok kutip durian tuh, hish, maunye pecah kepala.." kata Aman, sambil mendongakkan kepalanya, melihatkan tingginya pohon durian di dusun Tok Ayahnya. Kagum. Subhanallah..

" Alhamdulillah, setakat ni, tak pernah la pulak buah durian tu kene kepala atok....Hmm...tinggi-tinggi pokok durian ni la yang bagi tazkirah tiap-tiap kali atok datang sini"
ujar tok ayah, sambil mengikat guni yang digunakan untuk membawa balik durian-durian ke rumah.

" Aik, pokok bagi tazkirah ke tok? dia boleh bercakap ke? hish...entah, jin penunggu kot atok?..eeiii...atok tak takut ke??" bertalu-talu soalan ditanya oleh Aman, macam peluru m-16 gamaknya.

tersenyum simpul Tok Ayah

" hish, takdelah, cuma pokok-pokok ni mengingatkan tok tentang dua potong ayat quran...

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللّهُ مَثَلاً كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاء .تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللّهُ الأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat - (surah Ibrahim 24-25)




" Err, tok, kalimah thoyyibah tu apa? camne ayat ni boleh dijadikan tazkirah pula?"
ujar Aman, masih kabur dengan maksud atoknya.

" Para ulamak menafsirkan kalimah thoyyibah itu sebagai syahadatain, dua kalimah syahadah... dua ayat ini memberi perumpamaan yang amat jelas bagaimana pegangan kita pada syahadatain dan aqidah mesti teguh. Seteguh akar yang menunjangkan pohon yang melangit tinggi. kalaulah akar itu goyah, nescaya pohon itu pasti tumbang. begitulah juga kita, kalau pegangan kita pada aqidah kita tidak kukuh dan mudah digoncangkan musuh islam, alamatnya, kita akan jatuh tersungkur kekalahan..dan musuh islam semakin galak menyerang Islam."

"hmm.." dengar Aman penuh khusyuk.

" Daripada aqidah yang mantap dan salim, akan berputiklah amalan-amalan yang ikhlas, peribadi diri yang dihiasi dengan sifat-sifat mahmudah dan budi pekerti yang tinggi"

" Manusia yang kukuh aqidahnya sentiasa cuba menjauhi perkara maksiat dan tidak berguna bagi dia, dan juga sentiasa bermanfaat dalam kalangan manusia, lihatlah, segala tindak tanduk manusia zaman sekarang, kerosakan dan bencana yang terhasil
. Perasaan ragu dan ketidakyakinan bahawa segala perbuatan baik buruk manusia akan dihisab di padang mahsyar kelak., semua disebabkan lemahnya pegangan aqidah seorang muslim.. Contoh terbaik macam sister in islam, pegangannya ajaran islam liberal yang sesat boleh menjejaskan aqidah islam yang suci dan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat Islam di Malaysia"

" keyakinan ini adalah hasil tarbiyyah islamiyyah yang wajib ada bagi melahirkan seorang muslim yang cintakan Islam dan sanggup mengorbankan jiwa dan raga untuk Islam..."
Tok ayah membetulkan cara duduknya di bawah pondok usang di dusunnya.

" Patutlah dulu, sahabat-sahabat Rasulullah sentiasa teguh berjuang dan berjihad ye tok? sampai sanggup mengorbankan harta yang bertimbun, macam Abu Bakar Assiddiq dan Abdul Rahman bin Auf "
kata Aman pula, cuba mengulas serba sedikit.

" Pandai Aman! hehehe" puji Tok ayah pada cucu kesayangannya

" Masuk ujian hari tu la tok, ingat la sikit-sikit" kembang kempis hidung aman mendengar pujian Tok Ayah

" Memang hasil tarbiyyah 13 tahun Rasulullah di Makkah, sebelum berhijrah ke Madinah, intipati tarbiyyah kebanyakannya mengenai tauhid dan hal-hal berkaitan dengan aqidah...iman, hari akhirat, malaikat, dan lain-lain. dan lihatlah, hasil dari lenturan tarbiyyah nabi s.a.w, para sahabat sentiasa bersedia untuk berkorban bukan sahaja harta tetapi nyawa dan jasad mereka di jalan ALLAH. alasannya mudah, kerana mereka yakin, dunia hanyalah ladang akhirat."

" Wahh,,kagum betul la atok, Aman pun nak jadi macam Abdul Rahman bin Auf laaa, nama pun dah sama dah..hehehe" ujar Aman, cuba mengaitkan nama penuhnya dengan nama sahabat Rasulullah yang terulung itu.

" Nak jadi macam Abdul Rahman bin 'Auf, mana boleh takut pada jin jembalang, hehehe, boleh goncang aqidah tu" kata Tok ayah,

" Ye la ye la.."
Aman tersenyum malu

" Nak mantapkan aqidah perlukan tarbiyyah islamiyyah yang jitu dan berterusan, so Aman kena lah rajin pergi usrah kat sekolah, dengar majlis-majlis ilmu,banyakkan anjur program-program yang membina iman. Sampai masa bila Islam perlukan Aman nanti, Aman dan bersedia untuk berkhidmat."

" insyaALLAH tok!" semangat Aman menjawab

"ok, jom, da nak maghrib ni, bising pulak nenek kamu nanti, karang nak bersiap ke masjid pulak." kata Tok Ayah, sambil mengangkat guni durian yang diikat tadi.

"hehe, atok takut kat nenek yah ke? jangan tok..lemah aqidah nanti " jawab Aman cuba mengusik.

"laa..ke situ pulak perginya..hehehe"

Saturday, June 13, 2009

Kenangan 2 malam 2 dinihari di FRESH

" Anas,kak amy sini, bley tak klu awk dtg ke fresh ptg esok, jam 5.30 ptg? kedai perlukan orang, li yg rekomen awak untuk keje di sini" kata sorang wanita di gagang handset 3310i aku

FRESH

serta-merta aku berfikir balik, esok ade majlis anugerah pelajar cemerlang anjuran Yayasan Islam Kelantan, ye, walaupun aku tau aku bukanlah tergolong di kalangan pelajar2 elit,tp alhamdulillah aku terplih utk terima pemberian kerajaan negeri kelantan sbyk rm500 dlm majlis berkenaan, dan dlm keadaan masih tertanye2 sapekah gerangan wanita di gagang..

"orait je, tp mungkin sy tpakse dtg lewat sikit esok,sbb ade majlis utk plaja cemerlang esok" balas aku dgn perasaan excited yg bercampur baur.

"takpe asalkan sblm malam, datang ye" balas kak amy, sedikit lega.

maka bermulalah satu permulaan kehidupan baru aku, rupenye li aka awwab yg rekomenkan aku keje sbg sorang waiter kat restoran FRESH located sblm jmbatan baung (klu org kelate panggil ghetok baung..hoho)...mse mule2 dtg aku mmperkenalkan diri aku kat pekerja2 kat restoran tuh..dan aku pun mule la menolong skit sbyk cam susun meja kerusi..

aku pun stat r knal dgn chef2 kat dapur, baru aku tau most of the
workers came from thailand, kak na,kak mi,kak sah n nang... but they are able to speak in malays
(kelantanese malay la) as normally people from golok n kelantan keep
coming in n out to shop n work, the workers, all of them are a very nice n supportive
person....hoho...best gak kwn baru nih..

bile pelanggan dtg, aku gabra r skit dah tak pnah amik order dgn org, slalunye aku ar yg meng'order' (hahaha..)...tp alhamdulillah wadi,one of the worker(waiter) there keep giving hands to me whenever i need any help...hoho..and slowly i dont feel rigid anymore, even sumtimes i did enjoy taking and sending meal to the customers...hoho....i feel deep inside my heart untranslated satisfactions by the time i reach the customer with their meal on my hand and give it to them...the satisfaction grew fonder..donno why...ok keep on the story...
cam bese arr....dunia nih bukan sume org baik..bukan sume org polite...bukan sume org straight-forwad dan tak kisah...ade gak yg jenis hampeh..wat waiter cam badut..panggil cam panggil kuli...perli tak tentu psl...order cam taknak order.....pakaian pelik2....huhu...macam2 ragam!!!...wlupun first2 tuh ade gak terbit rse cam perasaan org-ni-nk-mkn-penyepak-ke atau baik-aku-lyn-kambing-dari-lyn-die-nih dlm hati aku..tp aku maniskan roman muke aku yg cover baik nih..layan je ar ape yg diorang nk ckp..keep on being polite (not used to it though..hahaha..wut a miracles)...

first nite aku keje mmg memenatkan gile..dah rr mlm khamis aku keje..malam yg di'cop' sbg mlm paling sibuk dlm byk2 mlm oleh pkerja FRESH..sbb bese arr kan..mlm jumaat kat sini cam mlm sabtu ar kat kl...stat weekend..org ramai arr kuar lepaking....tambah plak dgn aku freshies dlm bidang peng'waiter'an nih...dtg plak customer baru tanye ape lauk best...ape minuman best...memule aku ckp ar aku bdak baru...taktau ape...tp 2nd day tuh kau tibai je bg ape yg ade dlm menu..hoho..tp ok arr...sume makanan mantap2...trutamanye roti bakar yg aku rse terliur je bile tgk...hehe...tp first nite aku nasib baik dpt keringanan balik awal dari kak amy sbb die kesian dgn aku ade majlis ptg td..pnat2 dtg keje...koragn teke ar habis pkol brape....pkol 2.30 pagi...aku pun ape lg...brambos je ar....huhu...trimas kak amy..

esoknye plak...lpas solat jumaat aku lyn je tido sampai ptg....bgn, solat asar n tross ke tmpat keje aku..FRESH..

mlm kedua agak berbeza dgn mlm sblmnye..tak brape sibuk dgn bilangan customer ttp byk..tp tak seramai smalam...dan aku pun btambah dua org lg knalan...kak yah dgn kak ya...huhu dua org yg nme nk dkat serupe...kak yah aku tak byk sgt story yg aku tau psl die...tp kak ya(hoho..muke cam hermione dlm filem HP..korang judge sendiri ar muke camne)...dia tunggu nk sambung blaja kat universiti kat thailand...dlm bidang perguruan english (TESL r kot)...so proceed arr dgn keje nih sampai habis (dah tkaleh blk awal ..hoho)...make habis arr keje aku pkol 4 pagi..

huhu..aku rse cukup arr 2 mlm 2 dinihari aku keje kat FRESH tuh..mmg dah meletihkan sgt....tp aku ttp terhutang budi dgn kak amy n abe sbb bg aku peluang utk keje kat situ....gaji aku tak hrp sgt pun sbenarnye (nk gak cume ikut je brape nk bg..asalkan dua angka..hoho)..yg penting pengalaman.....experience.....

WAITER DAN DOKTOR

keje sbg waiter nih aku bley gak kaitkan dgn future keje aku nnti sbg sorang doktor (insyaALLAH)...sbbnye keje sbg sorang waiter nih memerlukan interaksi yang baik antara waiter dan pelanggan...hati diorang kne jage...percakapan..tingkah laku....pendek kate....kite jgn bg diorang trase ati dgn kite...klu tak mne diorang nk dtg lg kat cafe niehh....komunikasi....ibarat jambatan yg menghubungkan hati seseorang dgn seseorang yg laen....so klu takde komunikasi...hati tak bertaut...camne nk ade persefahaman?..

itulah cabaran terbesar bg sorang doktor....penah aku teringt mse interview medical scholarship ARB....interviewer tuh tanye kat aku....what is ur own definition about a good doctor...??

aku jwh camni...a good doctor is of coz someone who knows clearly everything about medical knowledge n treatment..and also someone who knows the right way to communicate wif patient...

sepanjang mse ayah aku ade dlu, mse aku ikut ayah aku wat treatment ape2...mmg ade aku jmpe doktor yg sombong...yg jenis taknak-layan...yg jenis takde fell dgn keje diorang...yg lebih trok lg...yg jenis marah2 patient..yg ade pangkat tinggi tp berlagak...panas hati bile teringat kembali...

to be a doctor...bukanlah satu pekrjaan yg hanye memerlukan kepandaian dlm ilmu medik smata2...tp juga ilmu komunikasi dgn pesakit....sbb dlm alam karier sorang doktor nnti....pesakit lbh kurang same dgn pelanggan....mcm2 ragam..mcm2 reaksi...mcm2 komen..mcm kritikan...MACAM-MACAM!!!!
jd sorang doktor yg berkarisma dan berkaliber msti tau...how to deal with patient..no matter wut behavior..wut attitude...wut comments....they dump out right onto our face...sudah tentu ia memerlukan kesabaran dan ketabahan di samping budi bahasa yg elok dan tinggi.....kerana itu pekerjaan doktor dipandang tinggi di mata masyarakat....kerana NILAInye amat tinggi...

dan aku berstuju amat dgn coretan Ust Hasrizal dlm blog http://saifulislam.com ...try ar bukak...

mungkin org bley kate....ko tak jd doktor lg....ko taktau btape pyhnye jd doktor...BETUL...aku tak nafikan bnde tuhh...dan aku taip nih pun bukan sbbnye aku nk kritik org..jauh skali mmbanggekan diri aku konon nye aku nih Mr-know-everythin...tp juga satu peringatan utk diri aku nnti.....dan korang pun..igt2kan lah aku...berilah dorongan dan peransang kat aku so dat aku bley jd sorang doktor yg islamik, berkaliber dan bersahsiah tinggi...itulah impian aku yg sbenar...bukan skadar doktor...

fastaqim kama umirt...

Ya ALLAH...Istiqamahkanlah diriku....

ameennn...

chaiyok n ganbatte!!!!

mirai e mukatte!!!


p/s: i've taken this story from my old friendster blog...feel like reading it again..miss the old days where i was 'burning' to enter medical faculty... hopefully the gas wont run out..(handset pun 3310i lagi..huhu...alhamdulillah dah maju skit skang)

Tuesday, May 26, 2009

Memastikan berita




"Eh, Firdaus, aku dengar si Padil tu kena tampar dengan Prof Hussin? betul ke?" tanya Hilmi, sambil meneguk air sirap bandungnya yang baru sampai di kafetaria berdekatan kampus.

"
Ish, biar betul hang ni Hilmi, mane hang dengaq?" jawab Firdaus balik, matanya mengerling sebentar Air Bandung sejuk yang diminum Hilmi, "Tak nak hulur ke sikit" getus hati dia yang juga menantikan ABC special yang tak sampai-sampai.

"
Aku dengar si Fahisy tu cerita kat bilik kuliah tadi, popular kejap dia, faham-faham la, dia kan pandai bercerita, habis berkerumun orang mendengar ceritanya" jawab Hilmi pula, sambil menghulurkan sirap bandungnya kepada Firdaus, faham benar dengan sahabatnya itu. Ukhuwwah la katakan.

Firdaus tersenyum
"
Alhamdulillah ni aku sayang si Hilmi ni"
sambil menghirup sedikit sirap bandung sahabatnya itu. cukuplah sekadar mengambil berkat kononnya.
"
Pernah tak baca ayat quran surah Al-Hujurat ayat 6?"

Hilmi tercengang "
Haa, ni mesti nak mula sesi al-Kuliyyah ni" hati kecilnya bersuara "Owh, macam mana bunyinya?" .Faham benar Hilmi dengan Firdaus, bahkan, dia sememangnya suka mendengar apabila sahabatnya itu bersuara, tak lekang dari kisah-kisah sirah dan hujah-hujah agama yang mewarnai percakapannya.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ 49:6

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."

Berfikir sebentar Hilmi....dan ABC pun sampai
"Takkan lah kau cakap si Fahisy tu orang yang fasiq kot?"

Firdaus menyuapkan sedikit ABC yang dinanti-nanti, dia mempelawa untuk menyuap sahabatnya ABC yang baru tiba tersebut, tetapi Hilmi menolak.
" Bukanlah aku nak cakap dia ni fasiq, siapalah aku ni nak cop orang lain fasiq, aku ni pun banyak kekurangan.."

"Dah tu?" Hilmi cuba mengorek hujah dari sahabatnya.

"Cuma, aku nak ceritakan bagaimana Islam ajar kita dalam proses menerima berita ni. Jangan terlalu cepat percaya tanpa bukti yang kukuh, takut tersebar fitnah, kan nanti mengeruhkan lagi keadaan? lepas tu, kalau salah, baru nak menyesal" jawab Firdaus, tenang, setenang tasik di hadapan kampus.

"Owh, betul betul betul" Hilmi megajuk kartun kegemarannya.

"Lagi pun, aib orang ni jangan dicari, kita kena selalu berdoa agar ditutup aib kita dan sahabat kita dari pengetahuan orang, setiap manusia itu berdosa..."

" dan sebaik-baik orang berdosa ialah orang berdosa yang bertaubat" celah Hilmi.


Firdaus hanya tersenyum
" hah, tau pun..
"

p/s: Baru tamat menonton rancangan Hujah di tv9, antara Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff dan Ezam Mohd Noor...

Monday, May 18, 2009

Derma Syaitan?

Petang ni kuliah maghrib agak menarik

Ust Wan Noh menceritakan tentang cara-cara merawat sihir di Masjid Hidayah, indah benar bila berada di Bumi Serambi Mekah ini, sehari-hari masjid diserikan dengan majlis ilmu yang pelbagai, ditambah pula dengan klimaks mingguan bila Tuan Guru MB sendiri turun padang menyampaikan kuliah tafsirnya di Dataran Ilmu Kota Bharu, menjadi rutin bagi rakyat kelantan untuk mengisi pagi jumaat dengan berada di Majlis Ilmu yang diumpamakan sebagai taman syurga bak kata hadith Rasullullah s.a.w.

lantas

" Untuk berlindung dari sihir ni ada banyak, antaranya bacaan surah Al-Falaq dan surah An-Nas, kemudian disusuli pula dengan Surah Al-ahad dan Surah al-Fatihah"

mengangguk-angguk jemaah masjid yang hadir

" Berbekam pun boleh menjadi salah satu cara juga, bukankah syaitan itu halusnya dia sampai diceritakan dalam hadis boleh bergerak di dalam salur darah manusia?"

p/s: bekam d
alam bahasa Arab juga dikenali sebagai 'Al-Hijamah' bermaksud satu kaedah pembersihan darah atau angin dengan megeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan dengan berbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buloh, gelas atau yang paling moden dengan menngunakan alat vakum moden yang bersih dan suci hama.

" Ustaz, bagaimana pula dengan derma darah? boleh halau sihir jugak ke?" tanya pakcik Bakar, suara garaunya bernada tenang sahaja.

tergamam sebentar ustaz, belum sempat ustaz menjawab

" Kesian la orang yang dapat darah tu, dapat darah sekali dengan syaitan, derma syaitan la namanya" jawab Mejar Aziz

aku hanya mampu tersengih
ketawa dalam diam

pulak dah...fikirku..

Thursday, April 30, 2009

Holiday : konkrit atau hipokrit

Dah seminggu rupanya cuti,

Setelah tiga minggu bertungkus lumus membaca dan menelaah buku-buku perubatan. Physiology, Anatomy, Biochemistry dan tak ketinggalan juga Lughah al-Arabiyyah (yang tahap kesusahannya masyaALLAH, tahap gaban!!), akhirnya segala kesusahan dan kesempitan hidup dek terhimpit dengan ratusan helaian buku rujukan yang perlu dihabiskan pembacaan tamatlah sudah.

Sepanjang tempoh peperiksaan sungguh indah, bukan kerana diberi soalan yang mudah untuk dijawab dan jawapan yang mudah diungkapkan, tetapi melihatkan jumlah pelajar yang turun bersolat jemaah melebihi hari-hari yang biasa, qiamullail tidak lagi suatu kejanggalan, rapat sungguh pautan hubungan dengan Tuhan ketika saat-saat tersebut. aku jugak tak terkecuali. Alhamdulillah...

24 haribulan April menyaksikan tamatnya peperiksaan final semester tahun pertama sesi 2008/2009. Alangkah leganya peperiksaan sudah habis, tentang keputusan peperiksaan, serahkan sahajalah pada ALLAH..
namun tarikh ini juga bakal menyaksi bermulanya ujian baru untuk kami

Cuti 2 bulan, tempoh yang panjang..

Tempoh yang agak baik juga untuk menguji samada Iman yang seakan-akan kukuh di sepanjang peperiksaan adalah benar-benar telah kukuh ataupun kita bakal menyaksikan iman kita dikalahkan nafsu dunia yang mencengkam di saat-saat cuti yang tenang dan stress-free

Iman kita sekuat dan seteguh konkrit ataupun hanyalah bayangan nafsu yang hipokrit...

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة
Apakah kamu sangka kamu akan masuk syurga?

peringatan ikhlas untuk diri yang serba kekurangan ini...........

Hadharah dan Daulah

Hadhaari...

kemajuan yang kini dikejar berbondong-bondong manusia, muslim mahupun bukan, mencari dan menyelongkar segala rahsia alam demi menggapai satu kemajuan dari aspek teknologi.

" kita dah jauh ketinggalan dalam arus modernisasi ni" kata seorang sahabat

" kita mesti kerja keras untuk martabatkan islam dari aspek teknologi, lihatlah yahudi, bangga dengan Stanley Cohen, Albert Einstein, Sigmund Freud (just to say a few)"

lantas timbul kesimpulan

"Islam mesti dibina dari aspek modernisasi dan teknologi"

tetapi timbul persoalan

"Bagaimana hendak menonjolkan Islam dari sudut teknologi??"

........
....

Kemunduran kita dari aspek ilmu dan material tidak perlu dinafikan lagi. lihat sahaja tatkala anugerah nobel hendak diberikan. berapa kerat sahaja mereka yang bergelar muslim tampil menerima anugerah ilmu yang diiktiraf seantero dunia tersebut. 180 orang yahudi semenjak 105 tahun dan hanya 3 orang muslim pada tempoh yang sama.

Saya suka hendak berkongsi satu cerita yang terkenal bagi setiap mereka yang bergelar penuntut ilmu, kisah Al-Imam Syafie rahimahullah dan gurunya imam Waqi',

Pada suatu hari Al-Imam Syafie datang kepada gurunya, dan mengadu tentang kesukaran menghafal kitab, sedangkan selama ini beliau tidak menghadapi masalah dalam menghafal apa-apa jenis kitab sekalipun, sehinggakan terdapat riwayat menyebut, Imam Syafie mesti menutup helaian belum dibaca dengan helaian buku yang sedang dibaca lagi, kerana khuatir akan terkeliru dalam hafalan beliau yang sedia maklum pantas dan tangkas itu.

Akhirnya Imam Waqi' menasihatkan, agar Imam Syafie meninggalkan segala bentuk maksiat, kerana ilmu pengetahuan itu merupakan nur ALLAH tidak akan menyinari hati-hati mereka yang berdosa..

Kisah di atas sering dikaitkan dengan perlu dan wajib bagi seorang penuntut ilmu untuk menghindari segala bentuk maksiat yang menghijabkan hati kita dari sinaran hidayah ALLAH s.w.t. dan saya tidak menafikan bahawa hal ini benar..la budda bagi mereka yang menuntut ilmu untuk setiasa muraqabah dengan ALLAH, dan menjaga dan menahan diri dari melakukan dosa dan maksiat.

Tetapi satu aspek penting untuk direnung oleh kita, bahawasanya al-Imam hidup di zaman di mana khilafah islamiyyah tegak berdiri menaungi dunia.

Bukan sahaja Imam Syafie tokoh yang lahir di zaman Daulah Islamiyyah tertegak, Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Ibn Qayyim Al-Jauziyyah, Ibnu Taimiyyah, Ibn Haiyan


dan ramai lagi tokoh-tokoh ilmu yang lahir di zaman ini, disegani dan dihormati oleh muslim mahupun bukan, arab mahupun ajam (bukan arab).

Tetapi tatkala jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah di Turki 100 tahun yang lalu, apakah masih ada tokoh-tokoh seumpama ini lahir dalam masyarakat Islam?

Daulah Islamiyyah adalah prinsip aqidah yang kian dilupakan. fardhu kifayah yang tidak lagi kita ambil cakna. sedangkan kita tahu, fardhu kifayah yang tidak dilaksanakan akan menyebabkan sekalian umat islam mendapat dosa.

Betapa besarnya dosa kita bila qisas dan hudud tidak dilaksanakan
Betapa besarnya dosa kita menzalimi hak-hak mereka yang melakukan kesalahan hudud untuk menuntut kafarah mereka di dunia.
Betapa besarnya dosa kita melihat orang bawahan di kambing hitam kan oleh mereka yang berpangkat.
Betapa besarnya dosa kita menyaksikan kaum hawa bahkan kanaka-kanak menjadi mangsa nafsu dilampiaskan.
Betapa besarnya dosa kita melihatkan kesan-kesan tidak tertegaknya undang-undang Islam semakin merebak..lihat sahaja kes Sharlinie dan Mawi, yang sehingga kini tiada khabar berita..tahun demi tahun peratusan jenayah meningkat


dengan banyaknya dosa kita ini, kita masih mengharapkan ALLAH membuka pintu barakah ilmu kepada kita?

marilah kita renungkan bersama..

Saturday, March 14, 2009

Tahniah dan takziah


Dua ungkapan yang digunakan untuk dua episod hidup yang berbeza, sedangkan sebenarnya kedua-duanya perlu digunakan pada masa yang sama.

“aku dapat 12a1 spm arr!!”

“fuiyoo, tahniah r mamat”

“aku dapat 1a je spm”

“owh..sorry la usop, takpe”

Jarang sekali kita dengar, sebegini

“aku dapat 1a je spm”

“ subhanallah, tahniah ucop!”

“aku dapat 12a1 spm arr!!”

“takziahla untuk ko!”

Janggal sungguh andai keadaan di atas berlaku, walaupun tidaklah dinafikan, terdapat sekelompok manusia yang menggunakannya.

Bukanlah post kali ini untuk saya katakan tak boleh atau haram mengucapkan tahniah untuk kejayaan yang dilakar, dan takziah untuk kegagalan yang dialami. Bukankan sudah menjadi lumrah hidup kita gembira dengan kejayaan dan kita sedih dengan kegagalan. Bagi manusia biasa begitulah kisahnya.

Berlainan dengan kisah hidup seorang manusia mukmin. Ajaibnya sikap orang mukmin digambarkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadithnya

عَجَباً لِأَمْرِ المسلم إنّ أَمْرَهُ كلَّهُ خير إنْ أصابته سَرّاءُ شَكَرَ فكان خيرا له وإن أصابته ضرّاء صبر فكان خيرًا له

“ Ajaib sungguh urusan seorang muslim, sesungguhnya segala urusannya adalah baik. Apabila dia mendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila ia ditimpa kesusahan dia bersabar maka menjadilah baik baginya” – riwayat Bukhari.

Kerana apa yang mendorong setiap muslim mukmin untuk berlaku ‘pelik’ sedemikian rupa

Tidak lain dan tidak bukan kerana yakin dengan ayat Allah dalam ayat 2 surah Al-Mulk


الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ


" Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. "

Hidup adalah ujian. Untuk menguji siapakah di antara orang mukmin itu yang paling baik amalannya. Diuji dengan ketabahan, keredhaan, kesabaran. Mampukah lagi untuk bersyukur? dan jika diberi nikmat, masih bolehkah hamba allah itu dekat dengan Rabb-nya?

Namun, di kala kepahitan itu dipalitkan, kadang-kadang kita sendiri tidak cukup kuat untuk menghadapinya berseorangan, oleh itulah, perlunya teman seperjuangan, aku tahu kerana aku juga masih lemah...

Mujur ada teman seperjuangan

Menyatakan kita harus teruskan

Perjuangan ini

Demi mencari

Keredhaan ilahi


dinyanyikan oleh Brothers - Sepi Perantau

Saturday, January 31, 2009

Mabruk Erdogan..!!!

Hebat..!

Seorang presiden negara yang menjadi pemisah dua dunia, timur tengah dan barat, Recep Tayyib Erdogan telah melakar sebuah kejayaan. kejayaan yang kemanisannya dirasai dan dikongsi oleh setiap mereka yang mengucap syahadah dan juga setiap mereka yang cintakan kedamaian

Jika selama ini serata pemimpin dunia hanya tunduk ketikusan di hadapan Israel, Erdogan telah menyuarakan pendirian dengan nada Singa yang bergema di Forum Ekonomi Dunia di Davos..



"Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus."

"Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah."

RACEP TAYYIB ERDOGAN

Suka betul bila melihat Shimon Peres ternganga, bila sekalian panel tergamam dengan tindakan presiden Turki tersebut, tindakan yang membuktikan kepada Israel..

Masih wujud mereka yang cintakan kebenaran di dunia akhir zaman ini..!!

Sayangnya, tindakan berani Erdogan dalam menyuarakan keadilan di mata dunia, disambut pula oleh pihak Media terutama CNN yang masih cuba menegakkan benang yang basah, memutarbelitkan situasi yang berlaku di Davos dengan lemparan fitnah dan tohmahan atas tindakan Erdogan, menyifatkannya kononnya memburukkan imej Turki di mata dunia, walhal Masyarakat Turki sendiri menyambut catatan sejarah ini dengan gembira dan bangga atas tindakan berani Erdogan. Dasar munafik..!

Macam mana pemimpin 'negara Islam' yang lain?
tak terasa hinakah?
tak terasa malukah?

Erdogan..
thanks for sharing such an honourable moment with us..Muslims all over the world..


مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا

"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya),"

33:23


Friday, January 30, 2009

Checkers - checklist diri kita

Pagi Jumaat,
sudah menjadi rutin harian barangkali, bagi pencinta ilmu di negeri Kelantan, untuk turun ke bandar setiap minggu pada hari ini, menghulur telinga menadah ilmu yang disampaikan.

Aku tertarik dengan perumpamaan yang Ustaz Mohd Mustapha, ADUN Demit, ketika mana beliau memberi kuliah pagi Jumaat di Kota Bharu, beliau mengulas tentang kepentingan menjaga waktu, betapa kita setiap ahri tanpa kita sedar telah membuat pembaziran yang paling besar dalam kehidupan kita, dan perlunya kita untuk sedar tentang taklifan atau tanggungjawab kita apabila mengucapkan kalimah syahadah, kalau kita tidak sedar jadilah hidup kita ibarat butir-butir dam haji di atas papan



Hidup dan bergerak untuk makan je, dah tuh, sanggup mengorbankan kawan sebagai umpan untuk menarik musuh menjadi makanan sendiri, bila dah naik haji pula, bukan bertambah baik, tapi selera makan bertambah, kalau sebelum naik haji, boleh makan yang di depan sahaja, lepas naik haji, depan belakang dia lahap.


وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ
" And nothing is the life of this world but a play and a passing delight "

begitulah agaknya bila hidup kita sebagai manusia, hanya tertumpu pada dunia,
terkejar-kejar, terkinja-kinja mengejar dunia,
sehingga ibadat pun tiada fungsi dalam membentuk jiwa, hanya cukup sebagai syarat mengatakan diri ini beragama..

ish3.....beginikah kita?

Thursday, January 29, 2009

ba'udhoh - peringatan dari pencipta-NYA

Malam ini aku terpaksa meninggalkan Ipan sekali lagi, kalau semalamnya atas dasar aku harus berkunjung ziarah ke rumah nenekku, malam ini pula tahlil di rumah moyang saudara yang baru meninggal kira-kira seminggu lepas (alfatihah).
terkonyong-konyong Ipan pun pulang, membimbing buku Matematik Tambahan di sebelah tangan kanannya, sori lah ipan, bukan taknak ajar ko, tapi apakan daya, ada tanggungjawab lain harus dilaksanakan. (walaupun matematik tambahan aku pun terbukti sudah berkarat..hu3).

Aku dijemput oleh datuk aku (yang aku gelar tok ayah) dirumah dengan Viva-nya, yang meluncur ke Batu Dua,ke rumah mendiang atok saudara.

Setibanya kami daun pintu rumah atok saudaraku, kami dijemput duduk sambil menanti jemaah-jemaah surau lain untuk hadir ke Majlis tahlil ini.

(
dalam loghat kelantan ye, tak pandai aku nak tulis..huhu)

"banyak jugak nyamuk kat sini ye" ujar datuk aku kepada atok saudaraku

"biasalah tu, hari tu orang jabatan kesihatan ada datang dah, katanya nak kena bersihkan lagi"
"semua dah bersih pun nyamuk ada lagi, sekarang pun macam-macam penyakit kes nyamuk je"
" denggi la, baru-baru ni ada pulak demam baru..nya nya apa dia entah (cikugunya)"
atok saudara aku bercerita



"tengok, orang rumah tinggi-tinggi macam di apartment pun tak terlepas, cuba fikir balik, kenapa agaknya, seolah-olah ada satu mesej yang ALLAH nak sampaikan" ulas atok saudaraku lagi..


“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya). Iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: “apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?” Perbandingan itu akan menjadikan ramai orang sesat (akibat pemikiran mereka), dan akan menjadikan ramai jugaorang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang sememangnya fasiq” [al-Baqarah 2: 26]

isu penyakit demam denggi, cikugunya

isu Palestin-Israel

isu tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

isu kehancuran ekonomi Kapitalis dan pada masa yang sama, sistem ekonomi Islam kian melakar kemajuan

Bukan satu dua peringatan dan tanda yang ALLAH turunkan kepada kita, tetapi barangkali disebabkan wahan yang terlalu mencengkam diri, terlalu jauh kita dengan aqidah kita bahawa islam adalah satu cara hidup, bukan sekadar agama a'abid sahaja, bukan sekadar aqidah yang menjadi retorika tanpa praktikal.

kerana itulah, kita telah membenarkan apa yang Rasulullah s.a.w katakan suatu masa dahulu

kekuatan kita seperti hidangan yang dilahap orang kafir
bilangan kita seperti buih-buih lautan, banyak tapi lemah

bukannya tiada seruan untuk kita kembali kepada Islam, tetapi kita yang tidak pernah ambil peduli

setelah apa yang berlaku di dunia Islam kini, pda umat islam kini

di Thailand
di Timur tengah
di Eropah

di PALESTIN!!






Tidak cukupkah lagi segala tragedi yang berlaku ini untuk membuka mata kita, kita hanyalah muslim retorik bukan muslim hakiki, hanya fantasi bukan realiti. masih lenakah kita dibuai dunia?







Qum Fa Anzhir!
(bangun dan berilah peringatan!)