Saturday, January 31, 2009

Mabruk Erdogan..!!!

Hebat..!

Seorang presiden negara yang menjadi pemisah dua dunia, timur tengah dan barat, Recep Tayyib Erdogan telah melakar sebuah kejayaan. kejayaan yang kemanisannya dirasai dan dikongsi oleh setiap mereka yang mengucap syahadah dan juga setiap mereka yang cintakan kedamaian

Jika selama ini serata pemimpin dunia hanya tunduk ketikusan di hadapan Israel, Erdogan telah menyuarakan pendirian dengan nada Singa yang bergema di Forum Ekonomi Dunia di Davos..



"Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus."

"Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah."

RACEP TAYYIB ERDOGAN

Suka betul bila melihat Shimon Peres ternganga, bila sekalian panel tergamam dengan tindakan presiden Turki tersebut, tindakan yang membuktikan kepada Israel..

Masih wujud mereka yang cintakan kebenaran di dunia akhir zaman ini..!!

Sayangnya, tindakan berani Erdogan dalam menyuarakan keadilan di mata dunia, disambut pula oleh pihak Media terutama CNN yang masih cuba menegakkan benang yang basah, memutarbelitkan situasi yang berlaku di Davos dengan lemparan fitnah dan tohmahan atas tindakan Erdogan, menyifatkannya kononnya memburukkan imej Turki di mata dunia, walhal Masyarakat Turki sendiri menyambut catatan sejarah ini dengan gembira dan bangga atas tindakan berani Erdogan. Dasar munafik..!

Macam mana pemimpin 'negara Islam' yang lain?
tak terasa hinakah?
tak terasa malukah?

Erdogan..
thanks for sharing such an honourable moment with us..Muslims all over the world..


مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا

"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya),"

33:23


Friday, January 30, 2009

Checkers - checklist diri kita

Pagi Jumaat,
sudah menjadi rutin harian barangkali, bagi pencinta ilmu di negeri Kelantan, untuk turun ke bandar setiap minggu pada hari ini, menghulur telinga menadah ilmu yang disampaikan.

Aku tertarik dengan perumpamaan yang Ustaz Mohd Mustapha, ADUN Demit, ketika mana beliau memberi kuliah pagi Jumaat di Kota Bharu, beliau mengulas tentang kepentingan menjaga waktu, betapa kita setiap ahri tanpa kita sedar telah membuat pembaziran yang paling besar dalam kehidupan kita, dan perlunya kita untuk sedar tentang taklifan atau tanggungjawab kita apabila mengucapkan kalimah syahadah, kalau kita tidak sedar jadilah hidup kita ibarat butir-butir dam haji di atas papan



Hidup dan bergerak untuk makan je, dah tuh, sanggup mengorbankan kawan sebagai umpan untuk menarik musuh menjadi makanan sendiri, bila dah naik haji pula, bukan bertambah baik, tapi selera makan bertambah, kalau sebelum naik haji, boleh makan yang di depan sahaja, lepas naik haji, depan belakang dia lahap.


وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ
" And nothing is the life of this world but a play and a passing delight "

begitulah agaknya bila hidup kita sebagai manusia, hanya tertumpu pada dunia,
terkejar-kejar, terkinja-kinja mengejar dunia,
sehingga ibadat pun tiada fungsi dalam membentuk jiwa, hanya cukup sebagai syarat mengatakan diri ini beragama..

ish3.....beginikah kita?

Thursday, January 29, 2009

ba'udhoh - peringatan dari pencipta-NYA

Malam ini aku terpaksa meninggalkan Ipan sekali lagi, kalau semalamnya atas dasar aku harus berkunjung ziarah ke rumah nenekku, malam ini pula tahlil di rumah moyang saudara yang baru meninggal kira-kira seminggu lepas (alfatihah).
terkonyong-konyong Ipan pun pulang, membimbing buku Matematik Tambahan di sebelah tangan kanannya, sori lah ipan, bukan taknak ajar ko, tapi apakan daya, ada tanggungjawab lain harus dilaksanakan. (walaupun matematik tambahan aku pun terbukti sudah berkarat..hu3).

Aku dijemput oleh datuk aku (yang aku gelar tok ayah) dirumah dengan Viva-nya, yang meluncur ke Batu Dua,ke rumah mendiang atok saudara.

Setibanya kami daun pintu rumah atok saudaraku, kami dijemput duduk sambil menanti jemaah-jemaah surau lain untuk hadir ke Majlis tahlil ini.

(
dalam loghat kelantan ye, tak pandai aku nak tulis..huhu)

"banyak jugak nyamuk kat sini ye" ujar datuk aku kepada atok saudaraku

"biasalah tu, hari tu orang jabatan kesihatan ada datang dah, katanya nak kena bersihkan lagi"
"semua dah bersih pun nyamuk ada lagi, sekarang pun macam-macam penyakit kes nyamuk je"
" denggi la, baru-baru ni ada pulak demam baru..nya nya apa dia entah (cikugunya)"
atok saudara aku bercerita



"tengok, orang rumah tinggi-tinggi macam di apartment pun tak terlepas, cuba fikir balik, kenapa agaknya, seolah-olah ada satu mesej yang ALLAH nak sampaikan" ulas atok saudaraku lagi..


“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya). Iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: “apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?” Perbandingan itu akan menjadikan ramai orang sesat (akibat pemikiran mereka), dan akan menjadikan ramai jugaorang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang sememangnya fasiq” [al-Baqarah 2: 26]

isu penyakit demam denggi, cikugunya

isu Palestin-Israel

isu tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

isu kehancuran ekonomi Kapitalis dan pada masa yang sama, sistem ekonomi Islam kian melakar kemajuan

Bukan satu dua peringatan dan tanda yang ALLAH turunkan kepada kita, tetapi barangkali disebabkan wahan yang terlalu mencengkam diri, terlalu jauh kita dengan aqidah kita bahawa islam adalah satu cara hidup, bukan sekadar agama a'abid sahaja, bukan sekadar aqidah yang menjadi retorika tanpa praktikal.

kerana itulah, kita telah membenarkan apa yang Rasulullah s.a.w katakan suatu masa dahulu

kekuatan kita seperti hidangan yang dilahap orang kafir
bilangan kita seperti buih-buih lautan, banyak tapi lemah

bukannya tiada seruan untuk kita kembali kepada Islam, tetapi kita yang tidak pernah ambil peduli

setelah apa yang berlaku di dunia Islam kini, pda umat islam kini

di Thailand
di Timur tengah
di Eropah

di PALESTIN!!






Tidak cukupkah lagi segala tragedi yang berlaku ini untuk membuka mata kita, kita hanyalah muslim retorik bukan muslim hakiki, hanya fantasi bukan realiti. masih lenakah kita dibuai dunia?







Qum Fa Anzhir!
(bangun dan berilah peringatan!)