Thursday, January 29, 2009

ba'udhoh - peringatan dari pencipta-NYA

Malam ini aku terpaksa meninggalkan Ipan sekali lagi, kalau semalamnya atas dasar aku harus berkunjung ziarah ke rumah nenekku, malam ini pula tahlil di rumah moyang saudara yang baru meninggal kira-kira seminggu lepas (alfatihah).
terkonyong-konyong Ipan pun pulang, membimbing buku Matematik Tambahan di sebelah tangan kanannya, sori lah ipan, bukan taknak ajar ko, tapi apakan daya, ada tanggungjawab lain harus dilaksanakan. (walaupun matematik tambahan aku pun terbukti sudah berkarat..hu3).

Aku dijemput oleh datuk aku (yang aku gelar tok ayah) dirumah dengan Viva-nya, yang meluncur ke Batu Dua,ke rumah mendiang atok saudara.

Setibanya kami daun pintu rumah atok saudaraku, kami dijemput duduk sambil menanti jemaah-jemaah surau lain untuk hadir ke Majlis tahlil ini.

(
dalam loghat kelantan ye, tak pandai aku nak tulis..huhu)

"banyak jugak nyamuk kat sini ye" ujar datuk aku kepada atok saudaraku

"biasalah tu, hari tu orang jabatan kesihatan ada datang dah, katanya nak kena bersihkan lagi"
"semua dah bersih pun nyamuk ada lagi, sekarang pun macam-macam penyakit kes nyamuk je"
" denggi la, baru-baru ni ada pulak demam baru..nya nya apa dia entah (cikugunya)"
atok saudara aku bercerita



"tengok, orang rumah tinggi-tinggi macam di apartment pun tak terlepas, cuba fikir balik, kenapa agaknya, seolah-olah ada satu mesej yang ALLAH nak sampaikan" ulas atok saudaraku lagi..


“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya). Iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: “apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?” Perbandingan itu akan menjadikan ramai orang sesat (akibat pemikiran mereka), dan akan menjadikan ramai jugaorang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang sememangnya fasiq” [al-Baqarah 2: 26]

isu penyakit demam denggi, cikugunya

isu Palestin-Israel

isu tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

isu kehancuran ekonomi Kapitalis dan pada masa yang sama, sistem ekonomi Islam kian melakar kemajuan

Bukan satu dua peringatan dan tanda yang ALLAH turunkan kepada kita, tetapi barangkali disebabkan wahan yang terlalu mencengkam diri, terlalu jauh kita dengan aqidah kita bahawa islam adalah satu cara hidup, bukan sekadar agama a'abid sahaja, bukan sekadar aqidah yang menjadi retorika tanpa praktikal.

kerana itulah, kita telah membenarkan apa yang Rasulullah s.a.w katakan suatu masa dahulu

kekuatan kita seperti hidangan yang dilahap orang kafir
bilangan kita seperti buih-buih lautan, banyak tapi lemah

bukannya tiada seruan untuk kita kembali kepada Islam, tetapi kita yang tidak pernah ambil peduli

setelah apa yang berlaku di dunia Islam kini, pda umat islam kini

di Thailand
di Timur tengah
di Eropah

di PALESTIN!!






Tidak cukupkah lagi segala tragedi yang berlaku ini untuk membuka mata kita, kita hanyalah muslim retorik bukan muslim hakiki, hanya fantasi bukan realiti. masih lenakah kita dibuai dunia?







Qum Fa Anzhir!
(bangun dan berilah peringatan!)

No comments: