Friday, January 30, 2009

Checkers - checklist diri kita

Pagi Jumaat,
sudah menjadi rutin harian barangkali, bagi pencinta ilmu di negeri Kelantan, untuk turun ke bandar setiap minggu pada hari ini, menghulur telinga menadah ilmu yang disampaikan.

Aku tertarik dengan perumpamaan yang Ustaz Mohd Mustapha, ADUN Demit, ketika mana beliau memberi kuliah pagi Jumaat di Kota Bharu, beliau mengulas tentang kepentingan menjaga waktu, betapa kita setiap ahri tanpa kita sedar telah membuat pembaziran yang paling besar dalam kehidupan kita, dan perlunya kita untuk sedar tentang taklifan atau tanggungjawab kita apabila mengucapkan kalimah syahadah, kalau kita tidak sedar jadilah hidup kita ibarat butir-butir dam haji di atas papan



Hidup dan bergerak untuk makan je, dah tuh, sanggup mengorbankan kawan sebagai umpan untuk menarik musuh menjadi makanan sendiri, bila dah naik haji pula, bukan bertambah baik, tapi selera makan bertambah, kalau sebelum naik haji, boleh makan yang di depan sahaja, lepas naik haji, depan belakang dia lahap.


وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ
" And nothing is the life of this world but a play and a passing delight "

begitulah agaknya bila hidup kita sebagai manusia, hanya tertumpu pada dunia,
terkejar-kejar, terkinja-kinja mengejar dunia,
sehingga ibadat pun tiada fungsi dalam membentuk jiwa, hanya cukup sebagai syarat mengatakan diri ini beragama..

ish3.....beginikah kita?

No comments: