Saturday, March 14, 2009

Tahniah dan takziah


Dua ungkapan yang digunakan untuk dua episod hidup yang berbeza, sedangkan sebenarnya kedua-duanya perlu digunakan pada masa yang sama.

“aku dapat 12a1 spm arr!!”

“fuiyoo, tahniah r mamat”

“aku dapat 1a je spm”

“owh..sorry la usop, takpe”

Jarang sekali kita dengar, sebegini

“aku dapat 1a je spm”

“ subhanallah, tahniah ucop!”

“aku dapat 12a1 spm arr!!”

“takziahla untuk ko!”

Janggal sungguh andai keadaan di atas berlaku, walaupun tidaklah dinafikan, terdapat sekelompok manusia yang menggunakannya.

Bukanlah post kali ini untuk saya katakan tak boleh atau haram mengucapkan tahniah untuk kejayaan yang dilakar, dan takziah untuk kegagalan yang dialami. Bukankan sudah menjadi lumrah hidup kita gembira dengan kejayaan dan kita sedih dengan kegagalan. Bagi manusia biasa begitulah kisahnya.

Berlainan dengan kisah hidup seorang manusia mukmin. Ajaibnya sikap orang mukmin digambarkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadithnya

عَجَباً لِأَمْرِ المسلم إنّ أَمْرَهُ كلَّهُ خير إنْ أصابته سَرّاءُ شَكَرَ فكان خيرا له وإن أصابته ضرّاء صبر فكان خيرًا له

“ Ajaib sungguh urusan seorang muslim, sesungguhnya segala urusannya adalah baik. Apabila dia mendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila ia ditimpa kesusahan dia bersabar maka menjadilah baik baginya” – riwayat Bukhari.

Kerana apa yang mendorong setiap muslim mukmin untuk berlaku ‘pelik’ sedemikian rupa

Tidak lain dan tidak bukan kerana yakin dengan ayat Allah dalam ayat 2 surah Al-Mulk


الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ


" Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. "

Hidup adalah ujian. Untuk menguji siapakah di antara orang mukmin itu yang paling baik amalannya. Diuji dengan ketabahan, keredhaan, kesabaran. Mampukah lagi untuk bersyukur? dan jika diberi nikmat, masih bolehkah hamba allah itu dekat dengan Rabb-nya?

Namun, di kala kepahitan itu dipalitkan, kadang-kadang kita sendiri tidak cukup kuat untuk menghadapinya berseorangan, oleh itulah, perlunya teman seperjuangan, aku tahu kerana aku juga masih lemah...

Mujur ada teman seperjuangan

Menyatakan kita harus teruskan

Perjuangan ini

Demi mencari

Keredhaan ilahi


dinyanyikan oleh Brothers - Sepi Perantau

1 comment:

ayu said...

salam. isu markah kasihan semakin mendapat tempat di kalangan mahasiswa kita. jadi saya menjemput kawan2 semua, kita bermuafakat ramai2, saya telah membina sebuah forum, jadi dapat la kita sama2 mencurahkan pandangan dan idea, supaya isu ini menjadi murni kembali…jemput semua ke forum
http://toovia.com/7324ay