Thursday, April 30, 2009

Hadharah dan Daulah

Hadhaari...

kemajuan yang kini dikejar berbondong-bondong manusia, muslim mahupun bukan, mencari dan menyelongkar segala rahsia alam demi menggapai satu kemajuan dari aspek teknologi.

" kita dah jauh ketinggalan dalam arus modernisasi ni" kata seorang sahabat

" kita mesti kerja keras untuk martabatkan islam dari aspek teknologi, lihatlah yahudi, bangga dengan Stanley Cohen, Albert Einstein, Sigmund Freud (just to say a few)"

lantas timbul kesimpulan

"Islam mesti dibina dari aspek modernisasi dan teknologi"

tetapi timbul persoalan

"Bagaimana hendak menonjolkan Islam dari sudut teknologi??"

........
....

Kemunduran kita dari aspek ilmu dan material tidak perlu dinafikan lagi. lihat sahaja tatkala anugerah nobel hendak diberikan. berapa kerat sahaja mereka yang bergelar muslim tampil menerima anugerah ilmu yang diiktiraf seantero dunia tersebut. 180 orang yahudi semenjak 105 tahun dan hanya 3 orang muslim pada tempoh yang sama.

Saya suka hendak berkongsi satu cerita yang terkenal bagi setiap mereka yang bergelar penuntut ilmu, kisah Al-Imam Syafie rahimahullah dan gurunya imam Waqi',

Pada suatu hari Al-Imam Syafie datang kepada gurunya, dan mengadu tentang kesukaran menghafal kitab, sedangkan selama ini beliau tidak menghadapi masalah dalam menghafal apa-apa jenis kitab sekalipun, sehinggakan terdapat riwayat menyebut, Imam Syafie mesti menutup helaian belum dibaca dengan helaian buku yang sedang dibaca lagi, kerana khuatir akan terkeliru dalam hafalan beliau yang sedia maklum pantas dan tangkas itu.

Akhirnya Imam Waqi' menasihatkan, agar Imam Syafie meninggalkan segala bentuk maksiat, kerana ilmu pengetahuan itu merupakan nur ALLAH tidak akan menyinari hati-hati mereka yang berdosa..

Kisah di atas sering dikaitkan dengan perlu dan wajib bagi seorang penuntut ilmu untuk menghindari segala bentuk maksiat yang menghijabkan hati kita dari sinaran hidayah ALLAH s.w.t. dan saya tidak menafikan bahawa hal ini benar..la budda bagi mereka yang menuntut ilmu untuk setiasa muraqabah dengan ALLAH, dan menjaga dan menahan diri dari melakukan dosa dan maksiat.

Tetapi satu aspek penting untuk direnung oleh kita, bahawasanya al-Imam hidup di zaman di mana khilafah islamiyyah tegak berdiri menaungi dunia.

Bukan sahaja Imam Syafie tokoh yang lahir di zaman Daulah Islamiyyah tertegak, Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Ibn Qayyim Al-Jauziyyah, Ibnu Taimiyyah, Ibn Haiyan


dan ramai lagi tokoh-tokoh ilmu yang lahir di zaman ini, disegani dan dihormati oleh muslim mahupun bukan, arab mahupun ajam (bukan arab).

Tetapi tatkala jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah di Turki 100 tahun yang lalu, apakah masih ada tokoh-tokoh seumpama ini lahir dalam masyarakat Islam?

Daulah Islamiyyah adalah prinsip aqidah yang kian dilupakan. fardhu kifayah yang tidak lagi kita ambil cakna. sedangkan kita tahu, fardhu kifayah yang tidak dilaksanakan akan menyebabkan sekalian umat islam mendapat dosa.

Betapa besarnya dosa kita bila qisas dan hudud tidak dilaksanakan
Betapa besarnya dosa kita menzalimi hak-hak mereka yang melakukan kesalahan hudud untuk menuntut kafarah mereka di dunia.
Betapa besarnya dosa kita melihat orang bawahan di kambing hitam kan oleh mereka yang berpangkat.
Betapa besarnya dosa kita menyaksikan kaum hawa bahkan kanaka-kanak menjadi mangsa nafsu dilampiaskan.
Betapa besarnya dosa kita melihatkan kesan-kesan tidak tertegaknya undang-undang Islam semakin merebak..lihat sahaja kes Sharlinie dan Mawi, yang sehingga kini tiada khabar berita..tahun demi tahun peratusan jenayah meningkat


dengan banyaknya dosa kita ini, kita masih mengharapkan ALLAH membuka pintu barakah ilmu kepada kita?

marilah kita renungkan bersama..

2 comments:

Ahmad Firdaus Fuzai said...

askum waraahmatullah...
ehem..

tariq ziad said...

waalaikumussalam...sekadar renungan je..hehe

moga2 timbul kemahuan menuju keredhaanNYA