Tuesday, May 26, 2009

Memastikan berita




"Eh, Firdaus, aku dengar si Padil tu kena tampar dengan Prof Hussin? betul ke?" tanya Hilmi, sambil meneguk air sirap bandungnya yang baru sampai di kafetaria berdekatan kampus.

"
Ish, biar betul hang ni Hilmi, mane hang dengaq?" jawab Firdaus balik, matanya mengerling sebentar Air Bandung sejuk yang diminum Hilmi, "Tak nak hulur ke sikit" getus hati dia yang juga menantikan ABC special yang tak sampai-sampai.

"
Aku dengar si Fahisy tu cerita kat bilik kuliah tadi, popular kejap dia, faham-faham la, dia kan pandai bercerita, habis berkerumun orang mendengar ceritanya" jawab Hilmi pula, sambil menghulurkan sirap bandungnya kepada Firdaus, faham benar dengan sahabatnya itu. Ukhuwwah la katakan.

Firdaus tersenyum
"
Alhamdulillah ni aku sayang si Hilmi ni"
sambil menghirup sedikit sirap bandung sahabatnya itu. cukuplah sekadar mengambil berkat kononnya.
"
Pernah tak baca ayat quran surah Al-Hujurat ayat 6?"

Hilmi tercengang "
Haa, ni mesti nak mula sesi al-Kuliyyah ni" hati kecilnya bersuara "Owh, macam mana bunyinya?" .Faham benar Hilmi dengan Firdaus, bahkan, dia sememangnya suka mendengar apabila sahabatnya itu bersuara, tak lekang dari kisah-kisah sirah dan hujah-hujah agama yang mewarnai percakapannya.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ 49:6

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."

Berfikir sebentar Hilmi....dan ABC pun sampai
"Takkan lah kau cakap si Fahisy tu orang yang fasiq kot?"

Firdaus menyuapkan sedikit ABC yang dinanti-nanti, dia mempelawa untuk menyuap sahabatnya ABC yang baru tiba tersebut, tetapi Hilmi menolak.
" Bukanlah aku nak cakap dia ni fasiq, siapalah aku ni nak cop orang lain fasiq, aku ni pun banyak kekurangan.."

"Dah tu?" Hilmi cuba mengorek hujah dari sahabatnya.

"Cuma, aku nak ceritakan bagaimana Islam ajar kita dalam proses menerima berita ni. Jangan terlalu cepat percaya tanpa bukti yang kukuh, takut tersebar fitnah, kan nanti mengeruhkan lagi keadaan? lepas tu, kalau salah, baru nak menyesal" jawab Firdaus, tenang, setenang tasik di hadapan kampus.

"Owh, betul betul betul" Hilmi megajuk kartun kegemarannya.

"Lagi pun, aib orang ni jangan dicari, kita kena selalu berdoa agar ditutup aib kita dan sahabat kita dari pengetahuan orang, setiap manusia itu berdosa..."

" dan sebaik-baik orang berdosa ialah orang berdosa yang bertaubat" celah Hilmi.


Firdaus hanya tersenyum
" hah, tau pun..
"

p/s: Baru tamat menonton rancangan Hujah di tv9, antara Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff dan Ezam Mohd Noor...

Monday, May 18, 2009

Derma Syaitan?

Petang ni kuliah maghrib agak menarik

Ust Wan Noh menceritakan tentang cara-cara merawat sihir di Masjid Hidayah, indah benar bila berada di Bumi Serambi Mekah ini, sehari-hari masjid diserikan dengan majlis ilmu yang pelbagai, ditambah pula dengan klimaks mingguan bila Tuan Guru MB sendiri turun padang menyampaikan kuliah tafsirnya di Dataran Ilmu Kota Bharu, menjadi rutin bagi rakyat kelantan untuk mengisi pagi jumaat dengan berada di Majlis Ilmu yang diumpamakan sebagai taman syurga bak kata hadith Rasullullah s.a.w.

lantas

" Untuk berlindung dari sihir ni ada banyak, antaranya bacaan surah Al-Falaq dan surah An-Nas, kemudian disusuli pula dengan Surah Al-ahad dan Surah al-Fatihah"

mengangguk-angguk jemaah masjid yang hadir

" Berbekam pun boleh menjadi salah satu cara juga, bukankah syaitan itu halusnya dia sampai diceritakan dalam hadis boleh bergerak di dalam salur darah manusia?"

p/s: bekam d
alam bahasa Arab juga dikenali sebagai 'Al-Hijamah' bermaksud satu kaedah pembersihan darah atau angin dengan megeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan dengan berbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buloh, gelas atau yang paling moden dengan menngunakan alat vakum moden yang bersih dan suci hama.

" Ustaz, bagaimana pula dengan derma darah? boleh halau sihir jugak ke?" tanya pakcik Bakar, suara garaunya bernada tenang sahaja.

tergamam sebentar ustaz, belum sempat ustaz menjawab

" Kesian la orang yang dapat darah tu, dapat darah sekali dengan syaitan, derma syaitan la namanya" jawab Mejar Aziz

aku hanya mampu tersengih
ketawa dalam diam

pulak dah...fikirku..