Tuesday, May 26, 2009

Memastikan berita




"Eh, Firdaus, aku dengar si Padil tu kena tampar dengan Prof Hussin? betul ke?" tanya Hilmi, sambil meneguk air sirap bandungnya yang baru sampai di kafetaria berdekatan kampus.

"
Ish, biar betul hang ni Hilmi, mane hang dengaq?" jawab Firdaus balik, matanya mengerling sebentar Air Bandung sejuk yang diminum Hilmi, "Tak nak hulur ke sikit" getus hati dia yang juga menantikan ABC special yang tak sampai-sampai.

"
Aku dengar si Fahisy tu cerita kat bilik kuliah tadi, popular kejap dia, faham-faham la, dia kan pandai bercerita, habis berkerumun orang mendengar ceritanya" jawab Hilmi pula, sambil menghulurkan sirap bandungnya kepada Firdaus, faham benar dengan sahabatnya itu. Ukhuwwah la katakan.

Firdaus tersenyum
"
Alhamdulillah ni aku sayang si Hilmi ni"
sambil menghirup sedikit sirap bandung sahabatnya itu. cukuplah sekadar mengambil berkat kononnya.
"
Pernah tak baca ayat quran surah Al-Hujurat ayat 6?"

Hilmi tercengang "
Haa, ni mesti nak mula sesi al-Kuliyyah ni" hati kecilnya bersuara "Owh, macam mana bunyinya?" .Faham benar Hilmi dengan Firdaus, bahkan, dia sememangnya suka mendengar apabila sahabatnya itu bersuara, tak lekang dari kisah-kisah sirah dan hujah-hujah agama yang mewarnai percakapannya.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ 49:6

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."

Berfikir sebentar Hilmi....dan ABC pun sampai
"Takkan lah kau cakap si Fahisy tu orang yang fasiq kot?"

Firdaus menyuapkan sedikit ABC yang dinanti-nanti, dia mempelawa untuk menyuap sahabatnya ABC yang baru tiba tersebut, tetapi Hilmi menolak.
" Bukanlah aku nak cakap dia ni fasiq, siapalah aku ni nak cop orang lain fasiq, aku ni pun banyak kekurangan.."

"Dah tu?" Hilmi cuba mengorek hujah dari sahabatnya.

"Cuma, aku nak ceritakan bagaimana Islam ajar kita dalam proses menerima berita ni. Jangan terlalu cepat percaya tanpa bukti yang kukuh, takut tersebar fitnah, kan nanti mengeruhkan lagi keadaan? lepas tu, kalau salah, baru nak menyesal" jawab Firdaus, tenang, setenang tasik di hadapan kampus.

"Owh, betul betul betul" Hilmi megajuk kartun kegemarannya.

"Lagi pun, aib orang ni jangan dicari, kita kena selalu berdoa agar ditutup aib kita dan sahabat kita dari pengetahuan orang, setiap manusia itu berdosa..."

" dan sebaik-baik orang berdosa ialah orang berdosa yang bertaubat" celah Hilmi.


Firdaus hanya tersenyum
" hah, tau pun..
"

p/s: Baru tamat menonton rancangan Hujah di tv9, antara Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff dan Ezam Mohd Noor...

5 comments:

aen_aisyah said...

em.bykk sgt khabar angin dunia sekarang ni.malah da menjadi sebahagian yg 'wajib' dlm kalangan sebahagian dari kita.dunia akhir zaman ini..

..selamatkan kami dari fitnah ini,Allah..


p/s : besnye ABC.teringat ABC shah alam.hu~

Ahmad Firdaus Fuzai said...

akhi.balas dndam ye.. nama ana x sesuai buat cerita, name nta sesuai..huhu

tariq ziad said...

to kak aisyah - petanda akhir zaman, bukankah petanda islam bakal tinggi semula?cuma berdoala agar kita tergolong dari kalangan mereka yang meninggikan islam..huhu..jgn ckp lg ABC tuhh..

to Snr Pujey - hahahaha..yang anta terase apsal??pinjam laa kjap..kih3

Anonymous said...

betul2, stuju2. peringatan utk diri n seme. selidik lah sblm menelan bulat2 khabar2 yg diterima..
melihat msyrkt
kte skrg hti makin sayu. bilakah Islam akn dijulang kembali? aduh, indahnyer andai saat itu tiba. thabatkan dan ikhlaskan kami ya ALLAH pd jln agamaMu..insyaALLAH ameen..

syassakii said...

betul, kadang2 bila ditanya semula dari mana sumber maklumat, yang menyampaikan pun x tau dari mana asalnya khabar tu.

satu pelajaran baik yang boleh diaplikasi dpd pengalaman berdebat : pastikan sumber anda itu sahih dan berkredibiliti