Sunday, June 21, 2009

Pohon hijau itu....




" wahh, banyaknya durian tok wan! " kata Aman, kagum melihatkan longgokan durian yang baru sahaja dikutip dari Dusun datuknya. minggu ini cuti sekolah, Abdul Rahman mengambil peluang cuti ini untuk balik ke kampung datuknya di Johor.

"Hehe, sekarang ni musim durian kampung, bukan selalu musim ni, kalau kat kelantan tu, durian siam je banyak, takde umphh!" ujar Tok Ayah, sambil mengajuk iklan teh BOH yang dahulu agak popular di kaca tv. .

" Sedap ni, boleh bukak sekarang tak Tok ?" kata Aman lagi, tidak sabar untuk merasai keenakan durian kampung yang asli.

" Sabar lah Aman, kita bawak balik dulu, nanti kat rumah nanti barulah kita makan, lagi sedap kalau makan dengan pulut dan santan" jawab Tok Ayah lagi, masih ingat resepi yang dimakan sebelum merantau 50 tahun dahulu. kini, anaknya pula yang kembali menetap di kelantan dan dia mengambil keputusan untuk menetap sahaja di Johor.



" Ish, tinggi-tinggi pokok durian ni Tok Ayah ek, tak bahaya ke? karang terjatuh masa syok kutip durian tuh, hish, maunye pecah kepala.." kata Aman, sambil mendongakkan kepalanya, melihatkan tingginya pohon durian di dusun Tok Ayahnya. Kagum. Subhanallah..

" Alhamdulillah, setakat ni, tak pernah la pulak buah durian tu kene kepala atok....Hmm...tinggi-tinggi pokok durian ni la yang bagi tazkirah tiap-tiap kali atok datang sini"
ujar tok ayah, sambil mengikat guni yang digunakan untuk membawa balik durian-durian ke rumah.

" Aik, pokok bagi tazkirah ke tok? dia boleh bercakap ke? hish...entah, jin penunggu kot atok?..eeiii...atok tak takut ke??" bertalu-talu soalan ditanya oleh Aman, macam peluru m-16 gamaknya.

tersenyum simpul Tok Ayah

" hish, takdelah, cuma pokok-pokok ni mengingatkan tok tentang dua potong ayat quran...

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللّهُ مَثَلاً كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاء .تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللّهُ الأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat - (surah Ibrahim 24-25)




" Err, tok, kalimah thoyyibah tu apa? camne ayat ni boleh dijadikan tazkirah pula?"
ujar Aman, masih kabur dengan maksud atoknya.

" Para ulamak menafsirkan kalimah thoyyibah itu sebagai syahadatain, dua kalimah syahadah... dua ayat ini memberi perumpamaan yang amat jelas bagaimana pegangan kita pada syahadatain dan aqidah mesti teguh. Seteguh akar yang menunjangkan pohon yang melangit tinggi. kalaulah akar itu goyah, nescaya pohon itu pasti tumbang. begitulah juga kita, kalau pegangan kita pada aqidah kita tidak kukuh dan mudah digoncangkan musuh islam, alamatnya, kita akan jatuh tersungkur kekalahan..dan musuh islam semakin galak menyerang Islam."

"hmm.." dengar Aman penuh khusyuk.

" Daripada aqidah yang mantap dan salim, akan berputiklah amalan-amalan yang ikhlas, peribadi diri yang dihiasi dengan sifat-sifat mahmudah dan budi pekerti yang tinggi"

" Manusia yang kukuh aqidahnya sentiasa cuba menjauhi perkara maksiat dan tidak berguna bagi dia, dan juga sentiasa bermanfaat dalam kalangan manusia, lihatlah, segala tindak tanduk manusia zaman sekarang, kerosakan dan bencana yang terhasil
. Perasaan ragu dan ketidakyakinan bahawa segala perbuatan baik buruk manusia akan dihisab di padang mahsyar kelak., semua disebabkan lemahnya pegangan aqidah seorang muslim.. Contoh terbaik macam sister in islam, pegangannya ajaran islam liberal yang sesat boleh menjejaskan aqidah islam yang suci dan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat Islam di Malaysia"

" keyakinan ini adalah hasil tarbiyyah islamiyyah yang wajib ada bagi melahirkan seorang muslim yang cintakan Islam dan sanggup mengorbankan jiwa dan raga untuk Islam..."
Tok ayah membetulkan cara duduknya di bawah pondok usang di dusunnya.

" Patutlah dulu, sahabat-sahabat Rasulullah sentiasa teguh berjuang dan berjihad ye tok? sampai sanggup mengorbankan harta yang bertimbun, macam Abu Bakar Assiddiq dan Abdul Rahman bin Auf "
kata Aman pula, cuba mengulas serba sedikit.

" Pandai Aman! hehehe" puji Tok ayah pada cucu kesayangannya

" Masuk ujian hari tu la tok, ingat la sikit-sikit" kembang kempis hidung aman mendengar pujian Tok Ayah

" Memang hasil tarbiyyah 13 tahun Rasulullah di Makkah, sebelum berhijrah ke Madinah, intipati tarbiyyah kebanyakannya mengenai tauhid dan hal-hal berkaitan dengan aqidah...iman, hari akhirat, malaikat, dan lain-lain. dan lihatlah, hasil dari lenturan tarbiyyah nabi s.a.w, para sahabat sentiasa bersedia untuk berkorban bukan sahaja harta tetapi nyawa dan jasad mereka di jalan ALLAH. alasannya mudah, kerana mereka yakin, dunia hanyalah ladang akhirat."

" Wahh,,kagum betul la atok, Aman pun nak jadi macam Abdul Rahman bin Auf laaa, nama pun dah sama dah..hehehe" ujar Aman, cuba mengaitkan nama penuhnya dengan nama sahabat Rasulullah yang terulung itu.

" Nak jadi macam Abdul Rahman bin 'Auf, mana boleh takut pada jin jembalang, hehehe, boleh goncang aqidah tu" kata Tok ayah,

" Ye la ye la.."
Aman tersenyum malu

" Nak mantapkan aqidah perlukan tarbiyyah islamiyyah yang jitu dan berterusan, so Aman kena lah rajin pergi usrah kat sekolah, dengar majlis-majlis ilmu,banyakkan anjur program-program yang membina iman. Sampai masa bila Islam perlukan Aman nanti, Aman dan bersedia untuk berkhidmat."

" insyaALLAH tok!" semangat Aman menjawab

"ok, jom, da nak maghrib ni, bising pulak nenek kamu nanti, karang nak bersiap ke masjid pulak." kata Tok Ayah, sambil mengangkat guni durian yang diikat tadi.

"hehe, atok takut kat nenek yah ke? jangan tok..lemah aqidah nanti " jawab Aman cuba mengusik.

"laa..ke situ pulak perginya..hehehe"

3 comments:

cahaya bisikan rahsia said...

cerita yang simple tapi sarat dengan sirah serta tazkirah...

teruskan menulis..

Bagi ana lebih senang nak sampaikan point2 berbentuk sirah serta deeniah dalam bentuk cerita yang santai camnie..

نور شهداء ذوالكفل said...

ada bakat menulis cerpen rupanya. Truskan berpena..=)

tariq ziad said...

alhamdulillah..ilham tu allah yang berikan..syukur kerana dipilih allah utk menyampaikan secebis ilmu yang ada..walau diri ni tak seberapa..

syukran 'ala ziaratikum :)