Monday, June 22, 2009

Suka duka hari bapa


Masih ingat ketika mula-mula masuk ke fakulti perubatan USIM, kami dibawakan melawat ke hospital Kajang, masyaALLAH, sibuknya bukan kepalang. dalam kesempitan masa, ada satu cerita hendak dikongsi...

"Anas, tadi ko ada masuk tak wad yang ada budak anak tahanan ISA tu?"
"owh?, tak sempat lah, group kami pergi melawat bilik forensik tadi, kenapa dengan dia?"
"Kesian dia, dah lah dah sakit tenat, dok mengharap sangat boleh jumpa ayah dia yang kena tahan tu"
"hmm..kesian...dia tak dapat jumpa lagi ke ayah dia?keadaan dia kritikal sangat ke?"
"kritikal jugak, tapi masih berharap sangat agar ditemukan dengan ayah dia"
"apasal tak buat surat? mintaklah pihak penjara bebaskan kejap ayah dia"
"dah hantar surat dah, tapi bila contact dengan pihak penjara, diorang amik mudah je, suruh tunggu entah sampai bila, geram aku dengar"
"hmm..harap-harap ditemukan dia dengan ayah dia.."

...

kami pulang ke kampus, mendoakan agar harapan anak itu dimakbulkan oleh pihak berkuasa
...
tapi harapan tinggal harapan..
anak itu meninggal dunia 2 hari selepas lawatan kami. dan bapanya pula hanya dibenarkan untuk menghadiri pengebumian anaknya sahaja. hadir si bapa dengan kecewa, bukan kerana kematian anaknya, tetapi kerana kegagalan pihak berkuasa yang kurang cakna dan ambil mudah.



siapa masih ingat?
kisah anak tahanan ISA, Allahyarhamha Aina Mardhiah, 17 tahun anak kepada tahanan akta kejam ISA, Shahrial Sirin...
boleh ke tekan sini untuk baca kisah yang menyayat hati ini


Tanggal 22 jun

Hari dimana para insan bergelar bapa, ayah, papa, abi, walid dan macam-macam lagi gelaran, bakal dibanggakan dengan satu hari khusus bagi memperingati setiap keringat dan jasa yang ditumpahkan oleh insan lelaki yang dianugerahkan gelaran ini (mana ada perempuan orang panggil papa..bapok tu len kire lah)

Bermacam-macam sambutan diadakan bagi meraikan hari tersebut,
kek ditempah
hadiah dibeli
jamuan khas dirancang
bahkan bagi yang mempunyai sumber kewangan yang lebih kukuh, mungkin melancong ke mana-mana
segalanya bagi menggembirakan hati seorang bapa

Saya tak berminat untuk menyentuh tentang relevan kita sebagai muslim menyambut hari bapa, kerana semua sudah sedia maklum, insan bergelar bapa ini wajib untuk dhormati dan ditaati. bukan pada hari-hari tertentu sahaja.

Cumanya, saya mahu menghadirkan renungan agar dapat difikirkan bersama.

Ketika bapa yang bergelar pejuang dizalimi di atas muka bumi ini, tak usahlah kita terlalu jauh pergi ke Palestin mengambil contoh, di bumi Malaysia tercinta ini sahaja, berapa ramai bapa-bapa yang dizalimi, dinodai hak kemanusiaannya, dinafikan peranannya sebagai ketua keluarga, dihalang dari berkhidmat kepada kedua orang tuanya.
apakah kita masih mampu bersorak ria tika saat masih ada keluarga yang merindukan kasih sayang insan bernama bapa?

maka buatmu insan berkuasa
lepaskan kebebasan yang kau kurung
kibarkan slogan keadilan yang kau canang
jangan sekadar beromong kosong
atau nantikan masa ketikanya, keadilan islam berkuasa semula
di bawah retak runtuh mahligai kezalimanmu
sedarlah..

buatmu pejuang mimpi
kalian lantang sekali bila melibatkan dengan saudara kita di palestin,
tetapi kalian tinggalkan sepi saudara kita yang merana disini
marilah
bersama dalam satu saff, kita perjuangkan keadilan ilahi
agar mekar mewangi di bumi bertuah ini.

say no to ISA!



(ISA is referred to Internal Security Act 1960.)

p/s: tribute to ayah, bapa berjiwa pejuang...akan ku susuli perjalananmu, walauku tahu ku tak sekuat setabahmu..tapi..tetap ku cuba..

No comments: