Thursday, September 17, 2009

Bacalah...

"Bagaimana konsep negara bangsa itu hendak dipraktikkan dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia?" soal tariq
" lalu apa cadangan anda tuan Tariq" si muslimah mula mencebik muka
" Negara Islam lah" tersenyum Tariq, berniat untuk menenangkan hati si pembentang konsep negara bangsa di hadapan. Namun, wajah ketidakpuasan hati kerana diserang soalan masih terpamer.
........
Setamatnya kelas hubungan etnik, Tariq dan Lokman masih di dalam bilik kuliah.
.........
Lokman mengajak Tariq berbual.
" Aku tertanya-tanya, kenapa kita tak boleh berpadu menjadi satu bangsa? tak salah kalau kita nak capai perpaduan dengan erti kata menjadi bangsa malaysia?"
" Matlamat perpaduan itu benar dan betul, tapi cara mekanisma yang hendak digunakan tidak berapa tepat dengan masalah kita. Macam mana kau nak bentuk bangsa malaysia, dalam pada masa yang sama taknak lupakan susur galur keturunan diri sendiri? orang Cina takkan berganjak untuk dikenali sebagai orang Cina, orang India juga begitu" jawab Tariq
" Hmmm...betul, macam kau cakap tadi, kita mesti kembali pada islam, cuma aku tertanya-tanya juga, bagaimana islam mengajar kita tentang perpaduan? bagaimana Rasulullah s.a.w dulu boleh bertolak ansur dengan kaum yang pelbagai dan menyatupadukan pula mereka?" Lokman menimbulkan persoalan
" Adakah kau meragui kebenaran islam lokman?" Tariq menduga Lokman
"Ish, bukan macam tu, tapi aku cuma tertanya-tanya, kita sering dengar laungan slogan
'Back to Islam'
' Islam adalah solusi terbaik '
' Islam adalah cara hidup'....
dan memang itu yang kita perjuangkan..." terang Lokman, menyangkal dugaan Tariq.
" Cuma bagaimana caranya? bagaimana caranya Islam itu boleh dijadikan cara hidup? sebagai solusi? itu perlu diperjelaskan lagi, barulah kita boleh mencari penyelesaian yang jelas."
" Hmm, ko benar lokman, tapi sekurang-kurangnya kita tahu yang sepanjang sejarah dunia, tiada satu sistem pun yang berjaya menyatupadukan bangsa manusia yang pelbagai di bawah satu pemerintahan" tariq berpandangan.
"Cukupkah begitu? cukupkah untuk menyelesaikan kemelut perpaduan yang kronik dalam negara kita? cukupkah sekadar yakin untuk selesaikan masalah? di mana tindakannya? sesuatu itu tidak betul sekadar benar tapi tak jelas, penyelesaian sebenar mestilah benar dan jelas!"
bertalu-talu soalan diutarakan Lokman, bak mesingan pula.

Suasana tenang sebentar, di dalam kesejukan aircond bilik kuliah.

" Dari sini lokman, kita memang tak mampu untuk mengutarakan mekanisma penyelesaian yang tepat dengan Islam, Islam itu kan sesuatu yang luas bak kata Sa'id Hawwa, peraturan yang syumul bak kata Hasan Al-Banna, sedangkan kita ni, yang malas membaca ni, yang cetek pengetahuan Islam, tak layak bagi kita untuk mengemukakan solusi yang paling islamik. "
"Namun, di sini kita dapat lihat peri penting untuk kita sentiasa rujuk dan bersama ulamak-ulamak yang betul-betul perjuangkan Islam yang syumul, agar kita sentiasa berjuang pada landasan yang sohih dan tepat berlandaskan Islam. di samping mengelakkan diri dari memperjuangkan Islam dengan mekanisma yang salah atau tidak tepat." Tariq mengemukakan idea.
" Penting juga untuk kita sebagai mahasiswa Islam, memperbanyakkan bacaan ilmiah, kaji agama kita sendiri agar kita juga jelas dengan apa yang kita bawa dalam perjuangan, dan agar kita mempunyai hujah yang mantap bila berdepan musuh Islam."sambung Lokman, tidak ketinggalan untuk sekadar bertanya.
" Hmm, itulah yang sepatutnya, agama kita bukan retorik semata-mata, agama kita cantik kerana praktikalnya, bukan retoriknya" sambung Lokman
" Jadi kata putusnya sudah jelas rasanya"senyum Tariq, lega ada benda baru yang dia dapat."benar kata Lokman, aku sendiri mesti memperbanyakkan bacaan" getus hatinya.
"hmm..jomlah solat zohor" Lokman mengajak
"jom"


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan
96:1


p/s: bersawang habis blog ni tak diupdate, huhu..maafkan kelemahanku..salam itqun minan nar...


2 comments:

fatin said...

salam..
cam kenal je sape si 'muslimah 2'..
anyway, 4 ur info, i agree with ur statement which says there's no other better option to unite malaysians except we r reigned under negara islam. yela, kerajaan bleh cipta seberapa byk pun konsep sprti konsep negara bangsa dll tetapi kt tahu selagi ianya bersifat kebangsaan + nasionalisme + rasisme, selagi itulah usaha untuk satupadukan rakyat hanya tinggal mimpi.. oleh itu, tx 4 ur question that day bcoz i believe, it will trigger our frenz n en azmeer to rethink about it, thus comparing d concept with what islam leads.

wallahualam

tariq ziad said...

fatin - wsalam..hehe..bkan nk attack sesape tuh, tp nk biar cerita nmpak 'hidup' skit..cuma persoalan yang cuba nk diutarakan ialah..kebanyakan kita sedar akan pentingnya negara islam untuk didirikan demi maslahah ummat manusia seluruhnya..namun mekanisma perlaksanaan negara islam itu jarang dapat dijelaskan oleh mahasiswa sekarang..sebab ramai yang berjuang atas dasar 'semangat' bukan 'faham...so cara nk bina kefahaman yang saya fikir berpijak ada dalam post ini..cadangan2 lain adalah amat dialu2kan.. :)