Saturday, November 28, 2009

Sharing about my usrah life.


Cuti ni aku mencari-cari idea untuk menulis, walaupun sememangnya aku sasarkan cuti ni masa untuk membaca buku non-medic, dan cuba menghuraikannya sedikit sebanyak dalam blog. selalu sahaja artikel itu berhenti sekerat jalan..hmm..idea tiada yang kunjung tiba..

Apa-apa pun di kala kebosanan search nama sendiri dalam Google, terjumpa lah pulak artikel yang ditulis oleh seorang sahabat masa sekolah rendah dahulu kala..Abdul Rahman Paiman, rupanya aku di tag berzaman sudah, huhu, maafkan aku sahabat. terima kasih juga kerana menimbulkan satu idea untuk mengisi ruang blog yang semakin bersawang.

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?
Sejak lahir mungkin.
Sejarah usrah bermula dalam family, arwah ayah sentiasa sahaja dulu buat usrah secara tak formal, kami adik beradik duduk bersama dan mendengar menadah telinga. tak tahu pula duduk-duduk begitu adalah usrah
Sekolah rendah, di Sekolah Rendah Islam Hira', kelas hafazan dan usrah semasa program mingguan Persatuan Syabab dan Fatayat. Naqib masih dari Muallim dan Muallimah (in arabic, referring to male and female teacher)
Sekolah Menengah, di Maahad Muhammadi Lilbanin, bermulanya hidup di sana agak lewat dek kerana daftar lambat, masuk dalam bulan 3 (kalau tak silap), mula-mula di peringkat menengah rendah, giat juga pergi ke usrah yang dibimbing oleh abang-abang senior, namun di awal keterlibatan dalam badan dakwah (kami kenalinya sebagai BALKIS) ketika itu, timbul macam-macam konflik dalaman (atau aku sahaja yang berasa begitu, wallahualam), yang aku rasa tak perlulah diceritakan.. Aku mula mual dengan institusi dakwah.. Agak lama juga tak kembali ke dunia usrah..sehinggalah ketika di tingkatan 5, aku mula kembali ke dunia yang sudah ditinggalkan sekian lama. Atas ajakan seorang sahabat, Mohd Fathi Auni b. Tirmizi, aku kembali, subhanallah, betapa bersyukurnya aku, kagum dengan ajakan Fathi yang tak pernah jemu mengajak kami (Aku, Usamah(Sam),Farhan(Fuzai),Rasydan(sede),Asyraf(matwoh)).
Kini, aku masih dalam institusi dakwah dan usrah. Jazakumullah khair, kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam memasukkan aku dalam dunia ini.

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah??
Oppss..dah jawab di atas..huhu..

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?
Mulanya, sebab merasakan usrah adalah medan tazkirah sahaja. tetapi selepas sekian yang agak lama, baru merasakan nilai usrah sebenar.
sebab menyertai usrah, kerana merasakan diri tidak mampu bergerak berseorangan dalam dunia kejahilan bersistem yang sentiasa wujud untuk menekan dan merosakkan Islam, jika mahukan Islam tertegak sebagai sistem yang mengawal atur kehidupan di dunia, lantas untuk memecahbelahkan sistem jahiliyyah, tidak dapat tidak mesti dimulakan dengan sistem tarbiyyah bertanzim dalam membentuk diri agar menjadi seorang muslim yang wala' pada Allah dan Rasul-NYA dan bergerak sebagai satu saff yang tersusun. Ini perjuangan kita. Perjuangan menegakkan semula kekuasaan dan Undang-undang Allah adalah wajib kerana itu merupakan salah satu aspek dari Tauhid Uluhiyyah. tak sempurna Islam seseorang itu jika tidak beriman yang Kekuasaan dan Kepatuhan pada undang-undang hanyalah hak milik Allah.(rujuk Maalim Fi Thoriq - AsSyahid Syed Qutb)

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
tiga perasaan?..tak terungkap..pahit perit cabaran dan mehnah diiringi manisnya ukhuwwah. rindu pun ada juga kadang-kadang bila sudah lama tidak berusrah..hmm...tak percaya kan?

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
Banyak la pulak..
1. Banyak membantu untuk membentuk diri yang tidaklah seberapa ini.
2. Medan perkongsian, penyampaian ilmu, pencarian ilmu(selepas usrah). Usrah sewajarnya initiate ahlinya untuk membaca dan mencari ilmu pengetahuan, bukan sekadar menerima sahaja (kata-kata seorang naqib)
3. Semakin bertanggungjawab dan peka dengan masalah-masalah umat.
4. Medan untuk melatih dinamik diri dari brainstorming dan perbincangan.
5. Memupuk semangat memperjuangkan Islam dalam diri
6. Futsal dan makan..(hehehe)


Sesungguhnya diri ini tidaklah sehebat manapun(jauhhh sekali..!!), bahkan mungkin lebih banyak kekurangan dari sekalian yang membaca. Cuma tidak terpamer kerana masih dihijab Allah dari pengetahuan manusia, Subhanallah, kerdil sungguh diri ini. Ku bersyukur padamu Ya Allah yang membuka ruang untukku berada di Jalan juang yang dipelopori para Anbiya', Sahabat-sahabat dan pejuang mujahid islam sekalian. Terlalu banyak nikmat untuk disyukuri. terlalu banyak...

p/s: kata Abdul Rahman, Sesiapa yang ditag mesti mem'post'kan jawapan pada soalan yang sama...dengan ini secara rasminya..aku tag, Ahmad Firdaus Fuzai dan Kak Siti Aisyah Salahuddin...Tafaddhol(Tafaddholi) Masykuro(Masykurotan)

2 comments:

keretasorong said...

akhirnye tag nih berbalas.

+mgupdate blog kn :P

huhuhuhu

sknag kt uia gmbk dh ^_^

Tariq Ziad said...

haha..sori ar bro

apa2pun,

memahami segelintir yang ada usrahphobia, rasanya aku pun ada sesuatu utk dikongsi..

its a huge waste to be haunted by that fear and never think of getting rid of it...rugi2