Sunday, January 31, 2010

Ku Mencari Cinta


Semua orang mencari cinta,
Benar!
Kerana cinta itu suatu fitrah kemanusiaan yang terpahat lama sudah, sejak kemanusiaan itu wujud sebagai entiti khalifah dan abid di muka bumi ini.

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).
(Ali Imran - 14)


Apatah lagi di akhir zaman, dunia di mana cinta diselaputi dosa, maka bagi orang yang ingin mencari jalan ketenangan hati dan kedamaian jiwa, semestinya sentiasa timbul keinginan untuk mencari di manakah atau siapakah cinta yang suci itu.

Ada yang mencarinya pada harta,
maka berusaha dia berkerja siang dan malam, berpenat lelah untuk mengumpulkan 'cinta'nya itu, bakhil dan kedekut mengetatkan tangan dari memberi infaq, zakat dan sedeqah.
Bahkan ada yang sanggup pula melonggokkan harta dengan cara yang binasa, dan membinasakan. Riba, Rasuah, wang khianat, curi, rompak dan sewaktu dengannya.

Ada pula yang mencari 'cinta'nya dari sudut pangkat,
kononnya pangkat itu memberinya pengaruh, yang membolehkan dia berdiri megah dan gah di mata mereka disekelilingnya, agar mereka boleh menerimanya dan mengagungkannya, terselit impian untuk dijulang sebegitu rupa, maka berusahalah dia, membanting tulang 4 kerat, menuju matlamat yang ingin digapai, melobi diri sehingga lupa pada adab-adab ilahi, cara haram juga yang menjadi pilihan, pijak kepala orang, perkara khianat menjadi kebiasaan bila kuasa menjadi idaman tertinggi untuk membongkak diri.

'Cinta' itu buta, kononnya bila hati sudah tertarik, maka dibutakan segala cacat cela sang pasangan manusia, seolah-olah dunia ini hanya dialah sahaja, dikorbankan segalanya, nasihat sahabat diabaikan, teguran ibubapa jadi mainan, agama diperkotakkatikkan, yang dulu haram menjadi halal, alasannya mudah, kerana sudah dibius cinta bak kata Agnes Monica.

tidak kurang juga yang terlalu cintakan diri, atau kata lainnya pentingkan diri, sehingga lupa pada tanggungjawab seorang muslim pada muslim yang lain, hal muslim yang lain tidak diambil kisah, "apa gunanya itu hidup mereka!" kata mereka, maka hilang diri mereka rasa untuk menyampaikan risalah islam, untuk menolong sahabat dalam kesusahan, luntur akhlak jihad untuk mempertahankan saudara sesama aqidah dan agama islam tercinta, "apa kesah, itu diorang punya pasallah!" ujar mereka lagi.

Segala 'cinta' yang dicita akhirnya hampa.

Segala di atas tidak juga memberi kesenangan hati yang diidamkan, bahkan sebenarnya lebih menyerabutkan jiwa, kerana usaha-usaha manusia setakat manalah sangat, takkan selamanya mencoret manisnya kejayaan, pasti ada pahit kegagalan yang bakal ditempuh.

Tatkala gagal menimpa, rasa sedih hinggap, seolah-olah cintanya tiada lagi, maka hidup tanpa cinta katanya tiada makna, baik aku bunuh diri!

Mujur sinar itu datang dari warisan kitab Riadhus solihin,

>Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Jikalau Allah Ta'ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril untuk
memberitahukan bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu - hai Jibril - si Fulan itu.

Jibril lalu mencintainya, kemudian ia mengundang kepada seluruh penghuni langit memberitahukan bahawa Allah mencintai si Fulan,
" maka cintailah olehmu semua - hai penghuni-penghuni langit - si Fulan itu."

Para penghuni langitpun lalu mencintainya. Setelah itu diletakkanlah penerimaan baginya - yang dimaksudkan ialah kecintaan padanya - di kalangan penghuni bumi." (Muttafaq 'alaih)



Persoalan yang timbul, berapa kerat sangatlah di zaman kita ini, yang mencari ketenangan di sebalik warisan berharga Rasulullah s.a.w kepada kita ummatnya yang tercinta? al-Quran dan as-Sunnah yang mulia.

"Katakanlah: ""Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?"" Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan (mereka dikaruniai) istri-istri yang disucikan serta keridaan Allah: Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.
(Ali Imran - 15)"


O Allah, Lead me to the greatest happiness and love in this world and hereafter, i'm not worth it, but only upon you, i put this hope of mine... (-,-)

Thursday, January 28, 2010

Perkongsian liqa nuqaba BALKIS 28/1/2010

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang esa, yang membuka ruang untukku beramal, Malam semalam agak bermakna.

Buat pertama sekali dijemput untuk berkongsi dengan adik-adik dalam satu Liqa Nuqaba' yang diadakan bertempat di bumi tarbiyyah diri, bumi Maahad Muhammadi. bersama-sama diri ini dua orang pemimpin mahasiswa di Maaruf Club UIAM iaitu saudara Zaki Shukery dan Ridhuan Husin. sesungguhnya diri ini tiba hanya untuk menggantikan Firdaus Fuzai, (senior di USIM) yang mungkin lebih ariff untuk membicarakan hal ehwal tarbiyyah, tetapi dek kerana beliau terpaksa pulang ke Kuala Lumpur secepat mungkin, aku la yang terpaksa menggantikannya.

Aku tiba agak lewat, namun mujur liqa baru sahaja bermula, melihat adik nuqaba, terbit rasa kagum pada mereka, di kala orang mengatakan Maahad semakin parah, mereka tampil menunjuk arah, kerana impian kita serupa iaitu untuk mengembalikan sebuah kegemilangan yang kian terkubur dimamah usia. kagum kerana aku dahulu tidak seperti mereka, kesedaran dakwah pernah terputik, tetapi kecelaruan diri waktu zaman remaja dan sedikit masalah dalaman agak menjauhkan aku daripada BALKIS (Badan Lajnah Kepimpinan Islam) di Maahad Muhammadi Lelaki.

Walaupun aku mungkin tidaklah berkelayakan sangat untuk berbicara, aku bukanlah sehebat mereka sezaman denganku, Abdullah long, Saiful Rahman, Syazwan etc. namun insyaallah, aku hadir dengan harapan untuk berkongsi, Alhamdulillah, aku pun banyak acquire input, dan berharap agar mereka juga sama.

perbincangan berbentuk dua hala, berbentuk soalan dan jawapan secara tidak formal. lebih mudah untuk mengeluarkan ayat dan persoalan.

Disebabkan susah sangat nak mengolah ayat, aku compactkan terus perbincangan berbentuk pantun (pandai ke aku berpantun nih?)


bertandang ke bumi tarbiyyah diri,
Maahad muhammadi, bumi annamudzaji,
bersama adik-adik bagi berkongsi
sedikit pengalaman dan motivasi.

sejuk hati melihat adik-adik
wajah berseri sinaran iman
tua muda tinggi dan pendek
turut sama dalam perbincangan

gandingan diri dua mahasiswa
dari Maaruf club, pemimpin berwibawa
Zaki sukery, Ridhuan Husin diberi nama
di hadapan adik berpencak bicara

dakwah dan tarbiyyah tajuk utama
maka bermula sesi bicara
selepas taaruf, berkongsi idea
tentang pengalaman yang berharga

tunjang dakwah adalah tauhid
Allah saja yang layak padanya
cabaran dugaan memangnya pahit
sudah sunnah pejuang agama

produk terbaik hendak dipasarkan
penolakan orang dipersoalkan
salahkan pada si pemasarnya
pemasarnya siapa kalau bukan kita?

dakwah dilaksana secara terbuka
strategi dan waqi diambil kira
paling penting wahai pemuda
berdakwah bukan kerana nama

dakwah dipikul tanggungjawab bersama
setiap muslim hidup di dunia
dakwah bukan menghukum tugasnya
baru Islam bertapak di hati semua


jatuh bangun semangat iman
hendak dicari bahan bakarnya
rukun baiah pertamanya faham
tepat warisan, Hassan Al-banna

tarbiyyah pelajar dan perkaderan
mana satu patut diutamakan?
jawapan satu berpadanan
usrah sistematik dan berterusan

dakwah dan belajar menjadi dilemma
tak usah khuatir mahupun gentar
kita perjuangkan islam yang sempurna
dakwah dan belajar penting keduanya

adapun akhirat menjadi matlamat
tak usah diikutkan kehendak dunia
jika keduanya bertembung tempat
maka utamakanlah yang lebih utama.(akhirat lah)

maka terbanglah wahai adikku
kalian harapan senior-seniormu
kembalikan gemilang maahad yang dulu
tarbiyyah islamiah subur selalu

p/s: jazakallahu khair kepada abang@ustaz zaki sukery dan ridhuan husin atas perkongsian berharga. dan kepada adik-adik nuqaba BALKIS sesi 2010, semoga kalian sentiasa dinaungi hidayah Allah, dan dithabatkan di jalan perjuangan dakwah ini. kami sentiasa mendoakan kalian, semoga berjaya menapakkan kembali kegemilangan dahulu yang sudah lama terkubur.
Maahad Muhammadi Annamudzaji..rindu padanya



وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: ""Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?

Wednesday, January 27, 2010

Aku cuba mencanai otak di sebalik timbunan nota untuk selembar idea post kali ini.

tiada yang terbit.

sesungguhnya segalanya datang dari Allah, dan aku tetap insan yang lemah di

pejalanan kehidupan, adapun jika ada terbit sekelumit kehebatan dipertontonkan jasad

hina ini,

semata-mata kerana terhijabnya segunung maksiat dan dosa yang dilakukan sebelum ini.

maka tiada idea dapat dirungkaikan menjadi satu post ilmiah, mungkin tiada lagi ilham

yang kunjung tiba. dek kerana hitamnya hati dari pancaran ilham dari ilahi rabbi.

aku kagum dengan sahabat-sahabat sekalian, kalian mampu menulis dan bersyukurlah

untuk itu.


Subhanallah wa bi hamdihi Subhanallah hil 'Azim

p/s: aku tengah cuti sekarang, hehehe, memang takde idea nak post apa, andai ini boleh jadi satu tazkirah ringkas, maka aku panjatkan syukur pada Zat yang mentakdirkan begitu. Zat yang maha satu tiada sekutu.