Thursday, January 28, 2010

Perkongsian liqa nuqaba BALKIS 28/1/2010

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang esa, yang membuka ruang untukku beramal, Malam semalam agak bermakna.

Buat pertama sekali dijemput untuk berkongsi dengan adik-adik dalam satu Liqa Nuqaba' yang diadakan bertempat di bumi tarbiyyah diri, bumi Maahad Muhammadi. bersama-sama diri ini dua orang pemimpin mahasiswa di Maaruf Club UIAM iaitu saudara Zaki Shukery dan Ridhuan Husin. sesungguhnya diri ini tiba hanya untuk menggantikan Firdaus Fuzai, (senior di USIM) yang mungkin lebih ariff untuk membicarakan hal ehwal tarbiyyah, tetapi dek kerana beliau terpaksa pulang ke Kuala Lumpur secepat mungkin, aku la yang terpaksa menggantikannya.

Aku tiba agak lewat, namun mujur liqa baru sahaja bermula, melihat adik nuqaba, terbit rasa kagum pada mereka, di kala orang mengatakan Maahad semakin parah, mereka tampil menunjuk arah, kerana impian kita serupa iaitu untuk mengembalikan sebuah kegemilangan yang kian terkubur dimamah usia. kagum kerana aku dahulu tidak seperti mereka, kesedaran dakwah pernah terputik, tetapi kecelaruan diri waktu zaman remaja dan sedikit masalah dalaman agak menjauhkan aku daripada BALKIS (Badan Lajnah Kepimpinan Islam) di Maahad Muhammadi Lelaki.

Walaupun aku mungkin tidaklah berkelayakan sangat untuk berbicara, aku bukanlah sehebat mereka sezaman denganku, Abdullah long, Saiful Rahman, Syazwan etc. namun insyaallah, aku hadir dengan harapan untuk berkongsi, Alhamdulillah, aku pun banyak acquire input, dan berharap agar mereka juga sama.

perbincangan berbentuk dua hala, berbentuk soalan dan jawapan secara tidak formal. lebih mudah untuk mengeluarkan ayat dan persoalan.

Disebabkan susah sangat nak mengolah ayat, aku compactkan terus perbincangan berbentuk pantun (pandai ke aku berpantun nih?)


bertandang ke bumi tarbiyyah diri,
Maahad muhammadi, bumi annamudzaji,
bersama adik-adik bagi berkongsi
sedikit pengalaman dan motivasi.

sejuk hati melihat adik-adik
wajah berseri sinaran iman
tua muda tinggi dan pendek
turut sama dalam perbincangan

gandingan diri dua mahasiswa
dari Maaruf club, pemimpin berwibawa
Zaki sukery, Ridhuan Husin diberi nama
di hadapan adik berpencak bicara

dakwah dan tarbiyyah tajuk utama
maka bermula sesi bicara
selepas taaruf, berkongsi idea
tentang pengalaman yang berharga

tunjang dakwah adalah tauhid
Allah saja yang layak padanya
cabaran dugaan memangnya pahit
sudah sunnah pejuang agama

produk terbaik hendak dipasarkan
penolakan orang dipersoalkan
salahkan pada si pemasarnya
pemasarnya siapa kalau bukan kita?

dakwah dilaksana secara terbuka
strategi dan waqi diambil kira
paling penting wahai pemuda
berdakwah bukan kerana nama

dakwah dipikul tanggungjawab bersama
setiap muslim hidup di dunia
dakwah bukan menghukum tugasnya
baru Islam bertapak di hati semua


jatuh bangun semangat iman
hendak dicari bahan bakarnya
rukun baiah pertamanya faham
tepat warisan, Hassan Al-banna

tarbiyyah pelajar dan perkaderan
mana satu patut diutamakan?
jawapan satu berpadanan
usrah sistematik dan berterusan

dakwah dan belajar menjadi dilemma
tak usah khuatir mahupun gentar
kita perjuangkan islam yang sempurna
dakwah dan belajar penting keduanya

adapun akhirat menjadi matlamat
tak usah diikutkan kehendak dunia
jika keduanya bertembung tempat
maka utamakanlah yang lebih utama.(akhirat lah)

maka terbanglah wahai adikku
kalian harapan senior-seniormu
kembalikan gemilang maahad yang dulu
tarbiyyah islamiah subur selalu

p/s: jazakallahu khair kepada abang@ustaz zaki sukery dan ridhuan husin atas perkongsian berharga. dan kepada adik-adik nuqaba BALKIS sesi 2010, semoga kalian sentiasa dinaungi hidayah Allah, dan dithabatkan di jalan perjuangan dakwah ini. kami sentiasa mendoakan kalian, semoga berjaya menapakkan kembali kegemilangan dahulu yang sudah lama terkubur.
Maahad Muhammadi Annamudzaji..rindu padanya



وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: ""Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?

No comments: