Wednesday, May 12, 2010

Kisah Ibrahim Nasser - Muhasabah nikmat sihat dan lapang bersama



Ibrahim Nasser mengidap sejenis penyakit yang menyebabkan dia terlantar di katil dan hanya mampu menggerakkan kepala dan tanganya. Pernafasannya pun memerlukan kepada non-invasive positive-pressure ventilatory support.Mungkin dia mengidap penyakit motor neurone disease ataupun cerebral palsy (tekaan penulis). Memandangkan Ibrahim memerlukan tracheostomy, dia hanya dapat berhubung menggunakan laptop, menaip kata-kata yang ingin dia tuturkan.

Ibrahim hanya mampu menggunakan internet dan laptop untuk berhubung dengan dunia luar. Dia amat menginginkan untuk bertemu dengan Sheikh Nabil al-Wadi, seorang ulama dari Kuwait. Dia selalu mengikuti kuliyah dan perkembangan semasa Sheikh melalui internet.


Ayah Ibrahim telahpun memohon bantuan Sheikh Nabil agar datang melawat anaknya. Akhirnya, Sheikh Nabil pun setuju untuk memenuhi hajat Ibrahim.
Setibanya Sheikh Nabil di lapangan terbang, dia di sambut oleh keluarga Ibrahim; ayah dan bapa saudaranya.



Apabila Sheikh Nabil masuk ke bilik Ibrahim, tergambar kegembiraan di raut mukanya melihakan anak muda yang kurus, terlantar di atas katilnya.
Akhirnya tercapailah hajat Ibrahim setelah sekian lama terkurung di dalam penjara biliknya itu. Mulanya beliau amat terharu dengan kehadiran Sheikh Nabil di dalam biliknya, hinggakan tidak dapat berkata-kaa buat seketika. Alhamdulillah, Allah mengkabulkan doa dan harapannya. Bayangkan, tokoh yang sangat ingin kita temui, hadir di tengah-tengah bilik tidur kita?


Begitu sekali kegembiraan  Ibrahim hinga tergambar keceriaan di riak mukanya. Siapa yang tidak tersenyum melihat gambar ini?



Lantas Sheikh mencium dahi Ibrahim. Allah.... Betapa ku inginkan dahiku di cium oleh al imam wa al allamah, ya Rabb al alameen!




Mereka lantas berdiskusi berkenaan dengan dakwah melalui medium internet. Ayahnya, bapa saudaranya serta Sheikh Nabil asyik berbincang berkenaan dengan perjalanan dakwah, kepentingan dan apakah yang diperlukan untuk kejayaan dakwah melalui internet.





Dalam ralit bersembang, Syeikh ada menyakaan satu soalan kepada Ibrahim. Ibrahim terhenti sejenak.







Hilang terus cahaya kegembiraan yang tadinya terpancar tika menyambut kehadiran Sheikh Nabil. Menitis air mata Ibrahim, tak henti-henti dia menangis. Teresak-esak.




Sheikh cuba membantu dengan mengesat airmata Ibrahim. Namun, dia tetap menangis teresak-esak. Akhirnya Sheikh cuba mujuk ibrahim dengan kata-kata hikmahnya.








Wahai ikhwan dan akhawat!
Setelah Allah memakbulkan doa kita, apakah yang mampu melenyapkan kegembiraan yang datang itu?
Apakah soalan yang membuatkan Ibrahim menangis?
Ibrahim yang sangat gembira, kemudian tidak dapat menahan sedih lantas menangis sepuas-puasnya!

“Sekiranya Allah memberikanmu nikmat kesihatan, sehingga boleh berjalan, apakah yang akan engkau lakukan?”

Mendengarkan soalan ini, Ibrahim lantas menangis teresak-esak.
Ayahnya, bapa saudaranya, dan kemudian, kesemua orang di dalam bilik turut menangis.

“Wallahi! Andai boleh diriku berjalan, maka akan ku tunaikan solat di masjid dengan penuh gembira, dan segala nikmat kesihatan itu akan ku gunakan untuk mendapatkan redha Allah.”











“Dua nikmat hebat yang dipandang enteng oleh manusia ialah nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang”
Hadis riwayat al Bukhari, Tirmidzi dan ibn Majah.

p/s: credit to Dr. Abdul Aziz Marwan, thanks for sharing this wonderful story.  :)

Saturday, May 8, 2010

Syura : Perisai Perpecahan Ummat

Satu pihak berkata

"Kami inginkan kesatuan dalam perjuangan!"

Satu pihak lagi berkata

"Tidak mengapa kita berpecah, matlamat kita tetap sama, cuma wasilah berbeza"

Kedua-dua kenyataan ini betul jika dibaca sekali imbas juga bermakna kedua-duanya mampu membawa ke arah kebaikan dan kemenangan.

Jika dua idea ini timbul dalam satu mesyuarat, tidak mengapa, bahkan bagus kerana itu dapat membentuk pemikiran dinamik dalam ahli satu-satu gerakan agar tidak melahirkan ahli yang hanya bersikap seperti lembu yang hanya menuruti setiap arahan tuannya. Dinamika ahli itulah yang penting dalam mencambahkan lagi idea-idea yang membawa satu-satu gerakan untuk bergerak maju dan berdaya saing di pentas perjuangannya. tidak hairanlah bila firman Allah s.w.t menganjurkan adanya satu perbincangan mesyuarat dalam mencapai keputusan.


Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan salat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan Musyawarah antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka." (As-Syura - 38)

Sirah Rasul s.a.w tercinta juga banyak sekali mengisahkan tentang mesyuarat yang dilaksanakan oleh Nabi s.a.w. Semasa pra-perang Uhud. Satu mesyuarat diadakan bagi membincangkan cara tentera Muslimin untuk berhadapan dengan tentera  Musyrikin Quraisy yang dahagakan pembalasan di medan Badar. ketika Nabi s.a.w mencadangkan kaum Muslimin untuk berkubu di Madinah, namun para sahabat mahu mereka berhadapan dengan kaum musyrikin di luar Madinah. hasilnya dinukilkan pena sejarah dengan peperangan berlaku di  medan Uhud. begitu juga Sirah mencatatkan cadangan Salman Al-Farisi, dipersetujui dalam mesyuarat antara Nabi s.a.w dan sahabat-sahabat, untuk menggali parit sebagai benteng dari menghadapi pasukan Ahzab yang dibentuk oleh kaum Quraisy Makkah, kabilah-kabilah arab, yahudi Bani Nadhir dan Munafiq yang bersatu di bawah panji Taghut dalam menghancurkan Islam.

Namun, pencambahan idea ini tidak pula dilihat membawa kepada satu perpecahan, kerana berlainan dan kepelbagaian idea yang timbul itu adalah perkara lumrah kerana cara berfikir manusia yang berbeza mengikut pendapat dan pengalaman masing-masing. Apa yang penting adalah, ketika satu keputusan dipersetujui, seluruh ahli harus dan wajib menerimanya sebagai satu perkara yang diputuskan dan wajib dilaksanakan, walaupun ada yang berpendapat idea dan cadangan mereka lebih baik. sepertimana Rasulullah s.a.w juga bersetuju untuk keluar berperang semasa perang Uhud walaupun baginda sendiri mencadangkan untuk bertahan di Madinah.

Apa yang dapat dilihat di sini ialah, kesatuan dalam gerak kerja amat penting kerana dalam kesatuan itu wujud kekuatan perpaduan yang utuh dalam kalangan ahli gerakan. Perbezaan pendapat yang berlaku adalah lumrah tetapi yang penting adalah kesatuan bilamana satu keputusan diputuskan oleh mesyuarat ataupun syura. keputusan itulah yang akan dilaksanakan. Atas dasar menyatukan kekuatan inilah Hasan Al-Banna memperkenalkan konsep wehdatul fikr wehdatul amal dalam konsep perjuangan islam secara berjamaah. konsep penyatuan fikrah dan amal ini bakal membuahkan satu kekuatan mapan dalam melaksanakan amal islami bermekanismakan keputusan yang diputuskan syura.

Tatkala perbezaan pendapat yang wujud tidak diberi kata putus. maka timbullah perpecahan atas nama wadah berbeza, baik di dalam mahupun luar, satu-satu gerakan islam. Maka alasan bersatu atas dasar wadah berbeza bermatlamatkan yang sama hanya akan terus menerus menjadi khayalan yang hanya akan menyaksikan perpecahan untuk terus menerus berlaku tanpa kesudahan.

Alasan untuk bersatu hanya akan jadi mimpi, selagi mana jamaah-jamaah islam yang wujud tidak duduk semeja, berbincang, dan mencapai satu kata putus terbaik, ke arah mana ummat islam patut dipacu.

" Kita bersikap berlapang dada sahajalah"

Jalan terakhir adalah membina empangan untuk menyekat kuatnya gelombang perpecahan yang timbul. Semoga empangan berlapang dada ini tidak pecah dan melimpahkan gelombang kehancuran ke atas ummat islam kini. Allahu Musta'an.

Tuesday, May 4, 2010

Lost my keys

kunci kejayaan yang dicari-cari

Agak lama proses mencari kunci kereta yang hilang, terasa bagai diri di dalam kapal yang terumbang ambing dipukul badai, mencari dan terus mencari
di sana sini, tiada terjumpa juga.


akhirnya diri ini terpaksa juga menerima hakikat, kunci itu tiada lagi bakal ku jumpa,walaupun tempoh kehilangannya sudah tiga hari yang lalu, tapi disebabkan bisik hati yang mengatakan mungkin ada di celah-celah timbunan barang yang hendak dikemas sebelum pulang ke kampung, maka ditangguhkan proses pencariannya  (thanks to Muslim Jamian for that..hehe)
setelah bajet duit dikira-kira, lebih kurang rm100++ juga nak menggantikan kunci kereta baru.


tapi akhirnya bertemu juga cara, dan cara ini mungkin lebih menjimatkan daripada membeli kunci kereta yang baru (yang mampu memutuskan carotid arteryku) so post kali ini sekadar berkongsi pengalaman


So what should you do?


1) Usahakan untuk buka kereta anda


2) Bukak bonnet belakang, amik screwdriver dan cabutkan tempat kunci yang terdapat di belakang bonnet itu.(bagi nama tempat kunci je la, taktau nama sebenar dia)


3) Setelah tempat kunci tu didapatkan, cari kedai kunci berdekatan, serahkan tempat kunci tu pada tukang buat kunci dan cakap yang anda mahukan kunci yang baru daripada tempat kunci tu.


4) Kos mungkin sekitar rm40-50. Lebih baik dari usung mekanik datang dan membayar upah yang lebih plus harga kunci kereta yang baru yang pasti lebih mahal.


Apa-apa pun, jangan bersedih hati, insyaallah, ini satu ujian dan pengalaman untuk lebih menjadikan diri lebih rapi dalam pengurusan diri sendiri.


Good luck :)