Saturday, July 10, 2010

Muslim dan Macrophage

Sesi baru tahun 3 perubatan sudah bermula.



Dengan subjek-subjek baru yang memerah otak sang pelajar perubatan, boleh sahaja putus fius dibuatnya kalau hari-hari bergelumang dengan buku-buku medical yang tebal-tebal belaka. Kalau tahun 2 dahulu, hanya dibebankan dengan 3 subjek (yang tahap kesusahannya sehingga menyebabkan seorang pelajar accident dan beberapa yang lain, putus fius, demam dan sebagainya) kali ini, kami ada 5 subjek untuk dihabisin.Microbiology, Pharmacology, Parasitology(diwar-warkan berpotensi untuk menyebabkan pelajar menghantukkan kepala ke dinding kelasnya kerana menyesal amik medic kat USIM), Community health, dan Pathology (the famous Prof Kannan Kutty)

Benar, dalam kesusahan itu, jika tiada pengisian rohani, alamatnya kita jadi seperti robot yang hanya tahu belajar dan lulus periksa. tiada langsung rasa kagum dengan hebatnya penciptaan Allah yang maha sempurna, bak kata Prof Kannan Kutty, the greatest engineer and architect of all.

Masakan? Jika hati dan lumrah kita sebagai manusia yang sentiasa terdedah untuk berlaku dosa dan bermaksiat kepada Yang Maha Keras siksaannya, tetapi tiada satu backup ataupun refresh rohani untuk roh yang meronta mahukan penyucian jiwa dari kekotoran kehitaman dosa yang terpalit.

Majlis tazkirah seminggu sekali pun jadilah.

Inisiatif yang timbul semenjak zaman tamhidi lagi, Alhamdulillah sehingga kini masih berkesinambungan, segalanya untuk membawa jiwa yang tertekan dengan paku tekan-paku tekan bernama stress dan dosa, kembali kepada fitrah, segalanya melalui sesi tazkirah yang masanya tidak sampai 15 minit per session (bola 90 minit boleh tahan, tazkirah 15 minit apala sangat?)

Lebih menarik bila sesi tazkirah itu dikaitkan dengan kehidupan pelajar muslim, atau perkara yang dipelajari dalam kelas. segalanya mengandungi pengajaran atau ibrah yang tersembunyi. dan bagi mereka yang membuka hati mereka untuk menatap ibrah-ibrah tersebut. pasti Allah memudahkan mereka untuk menemukannya hikmah di sebaliknya.

Macrophage

Rasulullah s.a.w pernah bersabda
       
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia(yang lain)"


Anda kenal Macrophage?

Secara ringkasnya, Macrophage adalah sebahagian dari sel-sel sistem pertahanan badan yang bertindak menyahkan segala toksin dan unsur asing yang membawa kepada penyakit di dalam badan.

Ya, Macrophage itu hanyalah nama umum, setiap organ hampir kesemuanya mempunyai nama khusus bagi Macrophage yang mendiami kawasan tersebut, sebagai contoh, di dalam Hati (liver) ia dinamakan Kupffer cell, di dalam buah pinggang (kidney) peranannya dimainkan oleh Mesangial cell, di dalam sistem saraf pula, Glial cell yang bertindak, dan yang paling umum dan common sekali ialah monocyte, di dalam sistem peredaran darah yang bertukar menjadi macrophage apabila ada stimulus tertentu.

Apa yang menarik lagi tentang macrophage? Apabila infectious agent terlalu kuat dan besar untuk dikalahkan oleh seekor (ape penjodoh bilangan yang sesuai ek?) Macrophage, macrophage ini akan bergabung tenaga membentuk Giant cell yang menyatukan tenaga setiap Macrophage untuk mengalahkan infectious agent tersebut.(atau dengan kata lain, Giant cell ini akan memakan infectious agent yang bermaharajalela merosakkan empunya badan).

Jika diambil iktibar dari Macrophage, yang sentiasa jelas dan aktif dalam menjalankan peranannya sebagai polis badan manusia, menghalang wujudnya unsur-unsur yang membawa kerosakan dalam tubuh badan manusia. Andai kata, Macrophage ini leka dalam menjalankan tugas, maka pasti banyak tissue damage dan multiple organ failure yang akan berlaku dek kerana penjenayah infectious agent yang bermaharajalela membuat kefasadan di dalam badan manusia. Macrophage juga sentiasa proaktif, tiadalah dia buat sesuatu dengan sambil lewa, apabila sedar diri sendiri tidak sedar dengan keupayaan Jamaah Macrophage bernama Giant cell untuk bersatu berdepan dengan infectious agent tersebut.

Apa kaitannya dengan kehidupan seorang Muslim?

Kebanyakan umat Islam masa kini, hanyut dalam tugasan dunia, ada yang langsung tidak memikirkan akhirat, dan kalau ada pun, hanya bersikap sambil lewa, dan tiadalah amal mereka disertakan dengan jihad dan itqan agar bersungguh-sungguh dalam amal ibadah yang mereka laksanakan (ibadah disini termasuk ibadah umum dan khusus). Bukankah kita selalu membaca ayat-ayat dakwah di dalam quran? Ayat-ayat yang menyatakan tugas kita sebagai pendakwah, penyuruh kepada ma'aruf dan pencegah kepada yang munkar. Akibat kita meninggalkan amanah ini, kita melihat Islam diinjak-injak, dihina, difobiakan seolah-olah ia agama yang ganas! Ibarat Macrophage yang meninggalkan tugasannya, akibatnya badan binasa!

Mungkin disebabkan terlalu banyak fitnah, kita melihat hampir tidak mungkin kita menggapai kegemilangan Islam yang dahulu, kezaliman yang tersusun, maksiat yang berleluasa sentiasa menggoda kita ke kancah dosa yang gelap gelita.

Allahyarham Ust. Fathi Yakan sudah memuatkan di dalam buku ' Apa Ertinya Saya Menganut Islam', satu bab khusus di mana kita wajib meyakini akan kembali masa kegemilangan islam tersebut. bertepatan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Hudzaifah Al-Yamani yang mengatakan khilafah di atas minhaj kenabian itu akan hadir kembali, selepas zaman diktator yang menggigit. Ustaz Hassan Al-banna telah memperkenalkan mekanisma dakwah masa kini, arah tuju dakwah Islam sebenar yang perlu digerakan oleh semua lapisan ummat, dakwah secara berjamaah ke arah pembentukan negara yang melaksanakan hukum-hukum Allah, untuk menyatukan kekuatan ummat melawan taghut moden masakini. Janji Allah pasti akan tiba, cuma apa saham yang kita laburkan untuk kemenangan Islam?

Terima kasih Macrophage, ada hikmah besar dari sekecil-kecil makhluk sepertimu!


Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk Yang sebaik-baik ciptaan ( dan lengkap sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur dan menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan Dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang Yang rendah, Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala Yang tidak putus-putus. (jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula Yang menjadikan Engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil Yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu? Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?

( Surah at Tiin : Ayat 4 – 8 )



p/s: credit to Umairah bt. Esa for the idea =)

3 comments:

IN-faz said...

salam...
wah, lam x update blog...
skali menuls brovo!!!
well, keep on writing....=)

mujahid said...

subhanallah! prkongsian yg menarik bagi mereka diluar dunia medic, lebih menarik apabila relate dgn diri Muslim. terima kasih anas! @ least student engineering pun bleh tau apa itu macrophage..hehe

Ahmad Firdaus Fuzai said...

credit kepada sape anas?

ada plk masa nta menulis ya...

ana rasa parasit antara yg mudah.. apa lah .. lagi susah microb ngn pharmaco..huhu