Saturday, September 4, 2010

My beloved Ramadhan (1)

lamanya tak update blog!
(setiap kali pun macam tu)

Bukan taknak update, tapi selalu jari yang menaip kaku, otak pun jadi beku, idea yang tak kunjung tiba, nak update pasal ramadhan pun kesibukan masa agak mengekang, namun rasanya blog sahabat-sahabat lain sudah banyak mengulas tentang bulan tarbiyyah, bulan hadiah, dan bulan barakah ni.

Cuma mengimbas kembali 26 hari berpuasa, rasa masih kerdil diri ini dalam beribadah, namun Alhamdulillah, banyak ruang yang ada dapat dimanfaatkan, tertidur terlelap(walaupun kadang-kadang sampai berjam-jam lamanya), masa untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran itulah antara cabaran yang harus dihadapi. mujur sahaja Lailatul Qadr tidak diletakkan di awal ramadhan, andai ya, rasanya mungkin ramai yang baru nak warm up akan merasai ketegangannya. Alhamdulillah li kulli sya'i, adalah juga hikmah Lailat Qadr diletakkan di akhir Ramadhan, mungkin kerana memahami fitrah manusia yang bersikap 'last minute'?

Kalau begitu hikmahnya mengapa pula ramai yang sudah mula longgar ibadah mereka di akhir ramadhan ini?
mudah sahaja jawapan yang diberi oleh seorang sahabat, kerana mereka ini bukanlah golongan yang ihtisaaban dalam ibadah ramadhan mereka, serasa kejam dan bersifat Qudhoh sangat kenyataan itu tapi kemungkinan itu ada, mungkin juga kerana terpengaruh dengan suasana yang dinuansakan oleh masyarakat agar suka sangat mengawalkan syawal. risau bila meneliti, mungkinkah kita akan ditintakan kalam sejarah sebagai mengulang kembali tragedi kejatuhan baghdad? syok raya sampai solat sunat raya pun terlupa?

31 ogos baru-baru ini, saya ada menyertai program di masjid as-Syakirin, dimulakan pada malam selepas tarawikhnya dengan program Outreach Mad'u di area KLCC diakhiri dengan kuliah subuh oleh tokoh Melayu Islam yang tidak asing lagi, Cikgu Azmi Abd Hamid, Pengasas Harakatul Fajr(Gerakan Subuh).
 Program outreach kali ni takkan saya sia-siakan lagi, pengajaran tahun lepas cukup menoreh satu kekesalan dalam diri, seolah-olah diri ini hanya retorik dalam gerak kerja islam, bila berada di lapangan, kata-kata itu hanya fatamorgana! Alhamdulillah, dapatlah juga berbual dengan beberapa orang, ada yang masih belajar di peringkat sijil, ada yang sudah bekerja di KLCC, yang couple apatah lagi. Namun pendirian yang diingatkan oleh daie-daie program outreach kali ini adalah agar sentiasa menanamkan benih kasih sayang dalam diri, agar ia bercambah menjadi perkataan dan sapaan yang baik bila berhadapan dengan mad'u yang pelbagai ragam dan pesen kehidupannya. menegur dengan sentuhan mesra, memulakan dengan taaruf ringkas, menimbulkan isu untuk perbualan dan diakhiri dengan nasihat ringkas. Ya, segalanya tidak akan bermula andai rasa segan, takut yang entah dari mana datang menjengah, akhirnya yang rugi adalah kita yang mensia-siakan peluang, dan mad'u yang tak dapat mesej Islam, lebih teruk lagi bila ada skeptik yang timbul, orang dakwah ni cakap je berapi, dok dengan geng-geng die ok laa.



dan...bersambung(sebab dah nak kena bertolak ke stesen bas)

p/s: Aik, ada pulak idea nak menulis?

1 comment:

ananumos said...

time to post new entri la anas...speaakk!!!