Friday, January 7, 2011

Saya silap...Minta Maaf

summer school just to learn from mistakes?


Terlalu banyak benda baru sepanjang kita melalui kehidupan.

Perkara-perkara yang mana kita terdedah kepada first attempt yang terkadang menjurus kepada kita buat kesalahan kesilapan yang pelbagai, ada kesalahan yang minor yang boleh dipandangsipikan, ada pula kesalahan yang major, yang sangat perlu dititikberatkan.

Apapun ia membuka kita kepada satu dimensi kenyataan, yang kita hanyalah hamba yang lemah, yang sentiasa bermula dari kosong segala apa yang kita mulakan.

Namun bila kita sudah menguasai sesuatu perkara, kebolehan itu adalah anugerah Allah pada kita, namun adakah kita bersyukur dengan anugerah itu?

Kita lebih banyak mengeluh dengan kelemahan kita, lebih banyak mempersoalkan mengapa begini dan begitu, lebih merasakan kononnya kita lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Kita lebih banyak berbangga kononnya segala yang kita peroleh adalah 110% hasil titikpeluh, hasil gerak kerja kita, dan kita pun mengata mereka yang kurang sempurna dari kita, aku boleh, takkan kau tak boleh, ujarnya dengan nada riak dan bangga!

Biarkan!!

Biarlah jika kita salah! biarlah jika kita masih lemah! biarlah jika kita masih jauh dari menguasai bidang kita!

Lebih baik kita melakukan sesuatu yang kurang sempurna, dari kita berlagak sempurna dengan tidak melakukan apa-apa

yang lebih penting kita mencuba, dan terus mencuba

sehinggalah Allah mengizinkan anugerahnya kepada kita

dan on our part, kita sudah belajar erti dua perkara, iaitu cara yang betul tentang sesuatu, untuk diambil iktibar pengajaran di masa-masa mendatang, dan cara yang salah, untuk dihindari pengulangannya.

yang lebih penting kita maju!