Friday, March 11, 2011

Baarakallahu Lakum, Pujey and Duang

Hari demi hari, seorang demi seorang ahli rumahku yang melalui fasa baru di dalam hidup mereka

Kusarung tanda terima amanah, sunnah kekasihku..(quoted from PuJ's blog)

most of them are single, i wonder if they are still available? hmm.. :)

Kalau sebulan lepas, Firdaus a.k.a pujey yang melangsungkan perkahwinannya jauh nun di Pulau Mutiara, kini Bandar Pendidikan pula dipayungi rahmat dan barokahNYA, dengan selesainya majlis akad nikah, Muhammad Riduan Deraman a.k.a Duang dengan pasangannya, kak Nur Ain Amirah Mohd Rozi di Masjid Hassanah, Bangi.

 a picture speaks a thousand word, so 1 picture is enough i guess.
Perkahwinan di zaman pembelajaran bukanlah keputusan yang mudah diputuskan bagi seorang mahasiswa, apatah lagi ia bukanlah satu budaya yang popular diamalkan majoriti pemuda-pemudi yang hidup di zaman ini, kebanyakannya lebih senang dengan hidup mereka sendiri, enjoy dengan cara mereka, bahkan jika sudah berasa inginkan teman, cara couple yang lebih disenangi.

Yang lebih pelik, bila seorang pemuda mendekati ibubapanya dengan hajat untuk bernikah, maka pelbagai alasan yang diberi,untuk menidakkan hasrat si pemuda tersebut, tetapi lain pula bila seorang pemuda memberitahu, atau mungkin senyap-senyap melayan cinta monyet bersama teman wanitanya, ibubapa tidak pula banyak mencegah, mungkin kalau adapun sekadar nasihat, jaga baik-baik anak orang tu, lebih kurang begitulah bunyinya.

Memang benar, banyak cabarannya perkahwinan di awal 20-an, usia rata-rata mahasiswa di peringkat universiti, faktor persoalan juga sering ditimbulkan  khususnya tentang bajet ekonomi, pengurusan wang, pengurusan jadual masa antara masa belajar, masa dengan keluarga (dan keluarga yang satu lagi), kematangan membuat keputusan dan lain-lain. Khuatir jika perkahwinan yang sepatutnya syurga dunia, menjadi awal azab sebelum ke neraka. Ditambah lagi dengan bertimbunnya kes-kes penceraian, kes kecurangan, dan salahlaku yang lain yang memjadikan pernikahan waktu belajar, bukanlah satu pilihan yang terlintas di benak masyarakat khususnya mahasiswa alaf baru kini.

Entri kali ini bukan niat hendak berbincang samada wajar atau tidak untuk bernikah awal, cuma untuk aku kagum dengan keberanian mereka yang melangsungkan pernikahan di awal belajar, dan lebih kagum bila ditanya sebabnya, tidak lain adalah untuk menjaga ruh agama dalam diri masing-masing walaupun ia bakal mengorbankan usia bujang yang seronok, menuju ke dunia yang penuh dengan isi tanggungjawab dan amanah untuk dipikul. aku juga cukup kagum dengan keluarga mereka yang supportive yang semestinya, sokongan mereka diperlukan bagi pasangan mahasiswa yang mencabar arus budaya semasa yang memandang rumahtangga dari sudut materialistik, bukan holistik yang mengambil kira soal yang lebih besar, soal rohani, soal tawakal, soal taqwa, soal keterikatan kita dengan Yang Maha Mencipta sekalian alam.

Semestinya, kesusahan dan pelbagai cabaran bakal menerjah,namun itu tidak menjadi halangan bagi mereka, bila Allah sentiasa diletakkan di depan.

Teringat pula kata-kata seorang naqib, your life is all about choosing what is right and what is easy.

Tahniah kerana membudayakan sunnah, semoga sentiasa kekal dalam lembayung rahmat taufiq dan hidayahNYA

Baarakallahu lakuma, wa Jama'a Bainakum Fi khair




2 comments:

sarah said...

so..doc?bleh da kot da mengikut jejak langkah mereka..=)..x saba nak rase nasi myk doc ni..

Tariq Ziad said...

ustazah maisarah la dulu, saya lambat lagi grad, hehe