Saturday, March 12, 2011

fatabayyanu!

Peristiwa ini berlaku setelah keputusan SPM 2006 keluar, dan kami sedang mengira waktu sebelum menjejak kaki ke menara gading.

"Pehe, boleh tak kau teman aku pergi test motor hari ni? tanya sidqi"

"aik? bukan kau dah lulus ke masa form 4 hari tu? "

"hehe, aku fail la hari tu, ni yang kena ambik semula nih"

"Kau cakap hari tu kau lulus"

tersengih la sidqi..

setelah 2 tahun menunggang motorsikal, baru hari ni kami tau, rupanya kami telah tertipu.

Tapi rilek je, antara sahabat mana ade dendam, cuma ia meninggalkan kami dalam satu keadaan terpinga-pinga, bingung tak terkata. 2 tahun bukan satu jangka masa yang singkat, kiranya 2 tahun tu sangat cukup untuk kita menjadikan satu-satu kepercayaan satu iitikad yang tak berbelah bagi lagi.

Dan hari ni aku terkena lagi, bukan perkara besar pun, cuma transition bingung tu ada la juga. tiada dendam, tiada rasa marah, tiada rasa sedih, cuma bingung untuk benda sekecil ini. Tapi ada juga perkara-perkara yang membabitkan kita, contohnya beberapa fakta dalam sejarah, yang bila kita mengetahuinya, kita rasa bingung, sukar untuk melepaskan satu kepercayaan yang sudah mendarah daging dalam diri kita.

Sebagai contoh, ketika mendengar beberapa kisah tentang Sayyidina Muawiyyah bin Abi Sufyan, sahabat yang masyhur, tetapi yang kita tahu, masyhurnya Muawiyyah bukan kerana jasanya, tetapi sejarah yang ditulis dan dicemari dengan fakta songsang dari puak-puak syiah yang sentiasa mencari ruang untuk memburukkan sahabat, sungguh Sayyidina Muawiyyah punya jasa yang besar dalam perkembangan Islam.

Begitulah juga bila sejarah kita ditelusuri balik, betapa Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, yang mengepalai gerakan jihad menentang penjajah, kini yang kita kenal hanyalah seorang ulamak yang menentang atas dasar tak puas hati kerana perlu bayar cukai kepada penjajah. tertanya-tanya juga, kecil sangatkah harga jihad, hanya kerana tidak mahu membayar cukai? walhal, hakikatnya, beliau lebih berjiwa besar, melancarkan perang jihad kepada penjajah, hanya untuk menjadikan Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam.

Ia memberi satu konklusi jelas kepada kita, leaders are readers, bacalah dan dengarlah kuliah agama atau kuliah ilmiah yang memberi pencerahan semula beberapa sektor minda kita yang dikaburi dengan fakta-fakta yang salah. mungkin kita akan bingung sebentar, tetapi itu jelas lebih baik dari kita menyesal di kemudian hari, kerana ditipu oleh mereka-mereka mempunyai kepentingan peribadi. ibarat penjajah yang dahulunya melabelkan Tok janggut sebagai pengganas, Mustafa kamal attarturk pula diangkat megah seolah-olah beliau itu wali yang menyelamatkan umat islam dari kegelapan.

Allahu akbar, lemah diri ni, mudah sangat tertipu, moga-moga dunia yang ada di sekeliling ni tidaklah menipuku.

p/s: kisah tentang sahabat tadi, takde maksud untuk menyamakannya dengan sejarah yang terpesong ni, cuma, ada satu persamaan...kebingungan..bingung sungguh..dan hanya mampu tersenyum bila teringat kembali

No comments: