Sunday, June 19, 2011

Selamat hari bapa Awan Nanoku


Kita selalu lupa, mungkin juga tidak endah akan sesuatu yang sudah berada bersama kita. Tatkala ia hilang, barulah diri sedar, betapa berharganya masa-masa bila ketika masih bersama. 

Andai yang hilang itu barang, maka tidak susah untuk dicari ganti. tapi bila yang hilang itu manusia?
 
Tiada lagi ganti, kenangan bersama, nasihat yang diberi, kisah-kisah perjalanan kehidupan yang dicoret dan dikongsi, gelak tawa bersama. kesemuanya hanya tinggal memori.

Ibarat awan nano, keberadaannya sentiasa di sana untuk memberi sebanyak-banyaknya, walaupun terkadang diri tidaklah selalu menghargai ( atau mungkin terlalu muda untuk mengenal erti penghargaan?). tetapi seolah-olah tiada perkataan jemu  dan putus asa dalam kamus kehidupannya. 

Awan nano itu kecil, tetapi jiwa awan nano itu besar. bahkan lebih besar dari awan kumulonimbus.

Kini, awan nano itu tiada lagi, tetapi ruh perjuangannya masih mekar di hati, 16 tahun zaman pentarbiyahannya masih lekat di hati. dan baton perjuangannya akan disahut semampu diri. 
Ya..semampu diri (masih jauh lagi untuk menjadi seperti dirinya..namun... Insyaallah..semoga diri ini mampu meneroka lebih hebat!)


Impian beliau ialah syaheed fi sabilillah..segala usaha hidupnya ditujukan ke arah matlamat itu..moga Allah kurniakan pahala syaheed untuk beliau..

Selamat Hari Bapa

Al-Fatihah..Allahyarham Rosedi B. Hj Yusoff..seorang mujahid..seorang bapa..yang sentiasa memperjuangkan fikrahnya, dan menginspirasikan islamisasi keluarganya..1960-2005

Allahummaaghfirlahu warhamhu, wa'aafiihi wa'fu 'anhu 

kredit to asiah rosedi for editing the picture..(walaupun agak segan sebenarnye..huhu..)





p/s: tidak dilupa juga kepada awan nano yang lain, selamat hari bapa, semoga kalian terus istiqamah menjadi inspirasi :)

Saturday, June 4, 2011

Maafkan..

Salam alayk sahabat semua,

**post kali ini tiada apa hendak dikongsi, sekadar untuk menyatakan rasa bersalah di hati. satu kronologi..

Semalam merupakan hari bersejarah buat diri, kerana diizinkan Allah untuk menghadiri suatu Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan di PWTC.
Alhamdulillah..
Banyaklah kiranya mampu dikongsi, tapi perkongsian itu bukan di post ini, Insyaallah lain kali.

Cumanya, setamatnya dari program itu, jam sudah menunjukkan pukul 6.00, mujurlah masih sempat (sudah bersolat jamak qasar) untuk pulang.

"ngam ngam je sampai ni, insyaallah" getus hati menenangkan perasaan.

Namun, takdir Allah menentukan sebaliknya, jalan sepanjang lebuhraya sebelum ke tiba di Lebuhraya sungai besi, jammed teruk, sehingga driver (Abang Amran) terpaksa mengambil jalan yang agak jauh untuk tiba ke lebuhraya sungai besi, harapan masih ada.. (jam sudah menunjukkan 7.20 pm)

Terima kasih touch n go, anda memudahkan perjalanan kami dari beratur panjang di lorong kad biasa, sejurus itu, Abang amran memecut!

Sepanjang perjalanan, rupanya sebelum kami menghampiri  exit tol Nilai, jalan kembali sesak, bergerak perlahan sehingga kami terpaksa berhenti solat di RnR Nilai. usai bersolat maghrib, 

Jam menunjukkan 8.15, sedangkan tiket sepatutnya 8.30 di Semarak, lantas, apabila lepas sahaja Plaza Tol Nilai, jam sudah menunjukkan 8.30, masa yang tepat untuk aku naik bas di Semarak.

Maka...

Terlepas tiket itu tidaklah menyedihkan sangat, bukannya mahal harga tiket hendak dibeli semula, cumanya harga hari ini, yang menjadi taruhan..

Hari ini bahagia seorang sahabat, yang semasa sekolah menengahnya, menjadi teman berbasikal ke sekolah, teman bersama di pusat tiusyen, teman sekelas (3 Makkah, 4 Sc Makkah). Perbincangan dengan beliau sentiasa membawa diri ini berfikir, berkongsi peringatan, berkongsi pendapat. Diri beliau dijadikan benchmark buat diri ini untuk cemerlang dalam pembelajaran, maklumlah dia pelajar yang hebat, Hafiz Quran dan namanya sentiasa meniti di bibir guru-guru. biarpun tidaklah sehebat beliau, (tetapi sekurang-kurangnya, masih terkelompok dalam kalangan mereka.)

Seorang sahabat yang andai berjumpa, pasti ada sahaja yang dibualkan, dari topik peribadi, pelajaran sehinggalah ke topik perjuangan sebagai muslim, khususnya seorang mahasiswa muslim dari perjuangan dakwah, dan halatuju masa depan yang bermacam mehnah. Bukanlah perbualan itu sebentar,dan kadang-kadang tak habis dengan sekali perbualan.

jika sebelum ini, hari perkahwinan senior agung yang aku terlepas, Pujey a.k.a Ahmad Firdaus Fuzai. kali ini, sahabat jiran pula yang terlepas....

Maafkan diri yang lemah ini  Selamat pengantin baru Abdul Rahman bin Fauzi, moga berbahagia bersama teman sehidup, seperjuangan, sehingga ke akhir hayat...Baarakallahu lakuma wa baaraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair..teman mu itu, aku yakin yang terbaik untukmu..maka jadilah yang terbaik untuknya..yang terlebih penting, bersama-samalah menjadi yang terbaik di hadapan yang Maha Esa.

Tambahan pula..

Al-Fatihah buat ayah Dr. Abd Aziz Marwan, yang kembali ke rahmatullah pada 1hb Jun baru-baru ini, maafkan tidak dapat menghadiri pengebumian beliau, mendengar kisah perjuangan beliau, pastinya beliau mengimpikan syaheed. Moga ruh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang mendapat syahid dan keredhaan Allah disisinya.


"Katakanlah: ""Sekali-kali tidak akan menimpa kamimelainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal." (At-Tawbah : 51)


**sungguh tanggungjawab itu melebihi masa yang ada, semoga Allah mengampunkan apa-apa yang diri ini terlepas pandang..