Tuesday, July 19, 2011

Perkongsian bicara siswa : Dilema Kebanjiran Housemen

Salam, sekadar nak berkongsi sedikit sebanyak apa yang kami dapat dari program bicara siswa bersama timb. dekan UKM (Prof Zaleha Abdullah Mahdy), dan wakil bekas pelajar Dr Muhd Afiq (bekas YDP persiap), moderatornya Capt. Dr. Wan Nuruddin, bekas mpp UKM 08/09. bertempat di Auditorium HUKM Cheras, 19hb Julai 2011.

1. Masalah kebanjiran HO ni sebenarnya bukan masalah sebenar, sebab kalau kita lihat, dia dipengaruhi dua faktor, contohnya kalau hospital yang dihadkan bilangan katil(eg:- HUKM, Putrajaya, Serdang), dan yang tak dihadkan (eg:- HSTAR)
masalah HO ramai sangat lebih prevail dalam hospital yang dihadkan bilangan katil, sebab patient jadi terhad.

2. antara sebab ramainya HO, ialah tumbuhnya institusi perubatan bagaikan cendawan, dan ramainya agent-agent yang menghantar pelajar untuk belajar perubatan di luar negara, masalahnya bila ramai HO dari institusi sebegini, HO yang dilahirkan tak boleh perform dalam klinikal and patient management. eg:- pelajar dari russia, sebab negara tu ada polisi, pelajar luar negara tak boleh buat clinical round kecuali bersama consultant(so bayangkan berapa round je mereka buat dalam seminggu?). dan institusi pengajian dalam negara juga, menghadapi masalah kekurangan lecturer, sehingga ada satu fakulti medic di satu IPTA (bukan lembah klang, so insyaallah bukan kita:) ) hampir ditutup sebab kurang lecturer, dan ramai yang tak mahu kerja di luar klang valley. akhirnya, jadilah banjirnya HO-HO yang kita lihat.

3.  negara kita sekarang kurang specialist dan tenaga pakar yang boleh mengajar dan melatih doktor-doktor,bak kata Prof Za, we dont need general doctors, we need specialist! UKM pernah usulkan untuk kurangkan pengambilan student medic, untuk fokus pada post-graduate, supaya tenaga pakar yang ada boleh dimaksimakan keberadaan mereka, tetapi cadangan itu diambil mudah kerajaan.

4. ada sedikit keraguan bagaimana ipts-ipts, ajen-ajen pendidikan(yang hantar student ke russia, mesir,etc) ini masih boleh bergerak aktif, sedangkan sudah terbukti, student yang pergi ke tempat mereka ini akhirnya tidak melalui sistem latihan untuk menjadi doktor yang terbaik (Prof Za dan Dr.Afiq juga mengatakan kita patut bersyukur kerana belajar di IPTA-IPTA yang ada di Malaysia, even student UK sendiri pun ada masalah dari segi patient management (not to say it generally), sebab IPTA sangat menekankan perkara-perkara yang perlu seperti patient management, aseptic technique etc), policy maker di Malaysia ni banyak buat symptomatic management, tengok HO ramai, kurang praktikal, solutionnya panjangkan tempoh HO, sedangkan the aetiology is not handled(or purposely not handled properly to 'cover up').

Kesimpulan yang saya dapat :-

1. kita patut bersyukur belajar di IPTA apatah lagi USIM, walaupun masih baru, tetapi kita berada di Klang valley, dan masih boleh mendapat bimbingan dari tenaga pakar yang kebanyakkannya berada di kawasan ini, yang mengajar di UM, UKM dan sebagainya, NAMUN, jika kita sekadar bersyukur dan hidup dalam kepompong keselesaan kita, kita akan masih menjadi seperti HO-HO bermasalah yang dinyatakan sebentar tadi. kita perlu keluar dari zon selesa, janganlah kita menjadi seperti katak di bawah balang kaca, kita melihat tetapi kita buat tak tahu saja.

2. Kita perlu berusaha lebih keras dan bijak, mantapkan ilmu-ilmu klinikal dan theory, kerana antara faktor yang membezakan graduan IPTA dan graduan-graduan yang lain ialah, kemantapan ilmu klinikal, sehinggakan pengurusan hospital lebih percayakan patient kepada graduan IPTa (mengikut yang Dr.Afiq ceritakan, walaupun dia 1st poster, dia dah dapat masuk wad paediatric jadi HO, sedangkan polisi asal hospital, tak benarkan 1st poster masuk paediatric). manfaatkan segala peluang yang ada. Be serious in your study, because sooner you will deal with people life, so, always do the best in your study.

3. saya kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar UKM dan UM, tidak kisahlah cina ataupun melayu, masih-masing berlumba untuk bertanya soalan, dan bila tamat forum pun, mereka masih bertemu dengan ahli panel dan bertanya soalan, bila ditanya apa yang memberi mereka semangat, mereka membalas, mereka mahu merancang yang terbaik untuk masa depan mereka. saya berasa semangat ini mesti dicontohi oleh pelajar USIM khususnya, bukankah agama mengajar umatnya berbuat kerja bersungguh-sungguh, maka janganlah mengambil mudah dalam belajar perubatan, bukan tidak boleh buat kerja lain, ada masa untuk kerja lain (terlibat dengan persatuan, NGO, berniaga, baca non-medical book, mendalami ilmu agama ..err..main game?..hehe),ada masa untuk belajar medic. optimize your time management, never forget, you will be asked for the time you spent during your lifetime, what have you done to contribute to Islam?
4. about the policy maker, saya quote apa yang Prof Shahrir katakan, if you want to change the system, you must be someone in the system. kita perlu berusaha dan belajar sehingga ke peringkat tertinggi, dapatkan post-post penting yang sehinggalah kita boleh terlibat menjadi dalam policy making, saya quote juga apa yang Prof Abu Hasan Hasbullah dari Zentrum Studies kata, negara kita ni ramai ahli akademik, cuma masalahnya mereka tidak dirujuk dalam policy making, kerajaan yang sebegini, kalau boleh kita bersihkan, kita bersihkan. (tiada kaitan dengan isu BERSIH baru-baru ni). Mungkin dengan cara, ada antara kita yang boleh jadi menteri kesihatan, terlibat dengan politik, etc. kita mungkin tidak boleh involve dalam politik kerana kita masih pelajar, tetapi jangan sekali-kali membodohkan diri kita dari politik, tak kiralah di peringkat negara, mahupun universiti.

Kebanjiran Housemen atau tidak bukanlah isunya tetapi KEBANJIRAN ILMU PERUBATAN dalam diri kita adalah kuncinya.Jom pakat jadi Pelajar Perubatan yang proaktif dan dinamik.  (Idrul Daud, PMUKM, 11/12)
 Jangan lupa juga, kita doktor yang dilahirkan USIM, antara ruang dakwah yg kita boleh manfaatkan ialah, perkasakan ilmu fiqh perubatan dalam diri, jika HUSM sudah diwar-warkan sebagai hospital mesra ibadah, kita nak jadikan HUSIM hospital dakwah dan tarbiyah,Insyaallah - (Anas Rosedi, MPP USIM 11/12) 



Jutaan terima kasih diucapkan kepada Sdr Ridzuan dari PERSIAP, dan Sdr Idrul Daud, kerana sudi menjemput kami hadir ke wacana ilmiah sebegini, moga-moga, kita boleh perkasakan hubungan antara universiti ini dan berkongsi pengalaman untuk melahirkan doktor yang mampu menyumbang dengan efektif untuk semua.



Wallahualam


p/s: mungkin ada yang kita boleh bincangkan sahabat-sahabat?



Sunday, July 17, 2011

Sayang Allah Pada Hambanya

Umar Alfarouq r.a menceritakan 

Ketika Rasulullah s.a.w. sampai ke tempat tawanan perang. Tiba-tiba ada seorang wanita tawanan itu berjalan dan menemukan seorang anak yang juga termasuk dalam kelompok tawanan tadi. 

Lantas, si Wanita itu terus mengambil anak tersebut lalu diletakkannya pada perutnya dan disusuinya. 

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: 

"Adakah engkau semua dapat mengira-ngirakan
bahawa wanita ini akan sampai hati meletakkan anaknya dalam api?" 

Kita - yakni para sahabat - menjawab: 

"Tidak, demi Allah - maksudnya wanita yang begitu sayang pada anaknya, tidak mungkin akan sampai meletakkan anaknya dalam api." 

Selanjutnya baginda s.a.w. bersabda: 

"Niscayalah Allah itu lebih kasih sayang akan sekalian hamba-hambaNya
daripada kasih sayangnya wanita ini kepada anaknya." 


Sayangnya Allah pada kita, sejauh mana sudah kita membalasnya? atau kita masih senang leka mendustakan perintahnya. Naudzubillah.

Subhanallah wa bihamdih Subhanallahil 'Azim.


(Muttafaqun Alaih, dipetik dari hadith Riyadus Solihin, diolah sedikit ayat agar mudah disampaikan mesejnya.)

Sunday, July 10, 2011

Nak Nasihat Siapa?

Bila dua orang, si zalim dan si mazhlum(yang dizalimi) bertelagah, dan kita hadir sebagai penenang.

Namun,

Kita lebih selalu menasihati si mazhlum, untuk bersabar, untuk tidak berkata kesat. untuk tdak meninggikan suara tetapi kita jarang sekali, menasihati si zalim itu, untuk menghentikan kezalimannya, menghentikan caci-makinya.

Jalan paling mudah nak melakukan amar makruf nahi munkar, ialah dengan mencari jalan yang paling rendah risikonya, melegakan hati dengan bermonolog " Ah, ini juga dakwah!". kita pun bermatian menasihati si mazlum, untuk menerima kezaliman dengan hati yang sabar, fasbir sobron jameelaa, fuh, siap berdalil lagi. kita juga menasihatinya supaya berkata baik, falyaqul khairan aw yaskut, fuh dalil lagi!, kita juga menasihatinya supaya tidak meninggikan suara, la tarfa'u aswaatakum fauqa sautinn nabiyy..berjuta dalil dilontarkan..kemudian kita berbangga, oh, hebatnya aku, setiap nasihat aku sertakan dengan hadith dan ayat quran.

Bila bersama si zalim, oh...sepi...tak mampu lagi aku nak nasihatinya, baik aku diam sahaja, bukankah mengubah dengan hati itu ada juga dalam Islam, selemah-lemah iman? biarlah, iman aku masih lemah, perjalanan dakwahku masih jauh..biarlah..ini zaman fitnah, baik aku tunggu saja zaman kegemilangan Islam kembali.biarlah..dan biarlah..sekurang-kurangnya aku sudah melakukan dakwah, menasihati si mazhlum tadi agar berakhlak mulia.

Hakikatnya, kita hanya melakukan amar maaruf nahi munkar sekadar melepaskan batuk di tepi tangga.

Ironinya.

p/s: mood boring taktau nak tulis apa.

Thursday, July 7, 2011

Renungan suara dari balik dinding madrasah

SD Muhammadiyah captured from filem Laskar Pelangi

Ralat memikirkan nasib masyarakat yang mengambil enteng persoalan agama
terlalu jelas, tambahan lagi melihatkan nasib subjek agama dalam sistem pendidikan.

Subjek agama menjadi seolah-olah subjek elektif, diajar separuh masak, adanya hanya sekadar mengisi ruang, tenaga pengajarnya hanya mereka yang tahu mengajar bukan mendidik, seolah ia diajar untuk diajar hanya untuk lulus peperiksaan., seminggu hanya dua jam masa untuk pendidikan Islam bagi sekolah kebangsaan. bagaimana mungkin! kami di Maahad Muhammadi Lelaki dahulu, subjek agama sudah melebihi subjek akademik material, memanglah susah, bukan mudah nak menanam kecintaan pada agama, tetapi hasilnya adalah sejahat-jahat pelajar produk maahad, merokok ponteng pun, masih cintakan agama!

Tidak perlu kita pergi jauh untuk mengetahui tahap signifikannya agama bagi masyarakat Islam di negara kita. lihat sahaja bagaimana kedudukan solat dalam masyarakat kita, 
‘Ikatan Islam akan tertanggal satu persatu. Bermula dengan al-Hukm (pemerintahan) dan berakhir dengan as-Salaat’(riwayat Ahmad)
Bila tempang agama dari sanubari sesebuah tamadun, maka yang menanti di hadapan tamadun itu itu hanyalah kehancuran yang nyata. Pelik sungguh manusia! teringat semasa dalam Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan bulan lepas,bilamana sahabat seperjuangan, Ibrahim hussin, membangkitkan soal moral dan nilai agama yang kian terhakis dari masyarakat kita, dengan bertimbun kes-kes gejala sosial,beliau meminta agar  persoalan itu tidak dijawab, dan dibiar sepi tanpa perbahasan. bahkan ada suara sumbang yang berkata' itu soal individu, bukan tanggungjawab kami', jika begitulah, silakan melangkah keluar dari dunia pendidikan, bekerjalah di sektor perindustrian yang 100% masalah teknikal, sepi dari masalah emosi, perangai, akhlak yang pasti menjengah dalam dunia pendidikan, pendidikan itu bukan sahaja memberi ilmu, tetapi membentuk manusia, jika celupan manusia itu tidak betul, maka pasti cacatnya pada bahan celupan yang tidak lengkap, yang mereka yang menggubal sistem ini sepatutnya bertanggung jawab, tetapi mereka berlepas tangan?

Pelik dua kali pelik, bila ada Muslim berbangsa non-malay yang bangkit membawa dakwah, agar kembali masyarakat kepada Islam yang sebenar, mereka bukan sahaja ditohmah oleh mereka yang jahil, tetapi juga mereka yang kononnya ustaz dalam bidang mereka, budaya hentam dan menang. masihku ingat, bagaimana brother Lim Jooi Soon diserang oleh seorang makcik yang kononnya pandai agama, ketika berada di program FCR. kononnya jangan diajar bible ini, berhantu katanya. Ustaz Ann Wan Seng tidak kurang juga. sejak bila Islam ini memilih bangsa dan warna?

Bahkan, institusi yang membawa nama Islam, maahad, sekolah agama, sekolah Islam, dicop dan dimomok-momok pula seolah mereka ini pengganas. kalau ye pun, janganlah dipukul rata dengan membuat kenyataan maahad itu sarang pengganas rujuk(sini). Akhirnya membawa kepada persepsi negatif yang merugikan bangsa dan agama sendiri, mengapa pemimpin masih membuta! terlalu sibuk bermain politikkah! politik ampu dan politik lucah! membuatkan aku rasa nak muntah!

Manifestasi-manifestasi jauhnya agama dari jiwa kita, sepatutnya sudah mengundang waspada yang serius dari kita yang mencintai Islam. apakah peranan kita dalam menyebarluaskan deen yang tercinta ini?

Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia!

marilah bersama kita, takkan gentar, terus mara, mempersada keilmuan Islam, agar kembali ke takhtanya yang mulia. berjuanglah! berjihadlah! medan ilmu inilah medan kita!

Islam Ya'lu wa La yu'la 'Alaih



Aku tidak marah kau mencekau dinding madrasah,
Mencungkil atau mengganti langsir lebih berbunga,
Anak-anak memang merindui iklim penuh bermakna,
Tidak juga kubantah kau simini retak lantai rumah,
Memolekkan sekeliling dan mempercantik taman seada,
Anak-anak amat memerlukan kebijaksanaan orang tua,
Tapi, kau merangsang mereka mengenepi rehal,
Mengganti muqaddam dengan kamus barat yang tebal,
Memuja dunia dan mereputkan kesetiaan sebangsa;
Sanubari anak telah dicerobohi sedemikian lukanya.

Aku tidak pun membantah madrasah memiripi pejabat,
Atau dijemur sejadah pada sidaian yang lebih kuat,
Asalkan sejemaah kita masih setia menghadapi kiblat,
Selamat ke matlamat syadu membahagiakan rakyat,
Dan bertambah teguh iman sesihat dunia akhirat.
Tapi, menggelincirkan tapak, menggoyahi hati nurani,
Kebal mendindingi penyonglap, pendedahnya dihukumi,
Tidak’kan kurela otak dan hati begitu berbalah,
Apalagi pesanan semanisnya hanya dalam pura-pura.
Memang kecewaku sebaik begitu mulanya kau bersuara.

Aku impi jujur kau serahi muqaddam dan sejadah,
Menghadiah selautan pasir dan segunung batu bata,
Bersama khalayak dapatlah kita perbanyak madrasah,
Kemudiannya berkhutbah tentang bahagia lara ummah,
Pernah terjajah, merdeka, tergugat, kini terdera,
Aku ingin kita sentiasa menghargai sekolah agama,
Berfikir dan berazam selari meluhuri suci aqidah.
Apa yang kupinta demi lesterinya sanubari Islami,
Memelihara madrasah dan Jawi yang mula dilupai-
Tidakkah begitu wajarnya laku bakti penganut suci?

A.Samad Said.