Sunday, July 10, 2011

Nak Nasihat Siapa?

Bila dua orang, si zalim dan si mazhlum(yang dizalimi) bertelagah, dan kita hadir sebagai penenang.

Namun,

Kita lebih selalu menasihati si mazhlum, untuk bersabar, untuk tidak berkata kesat. untuk tdak meninggikan suara tetapi kita jarang sekali, menasihati si zalim itu, untuk menghentikan kezalimannya, menghentikan caci-makinya.

Jalan paling mudah nak melakukan amar makruf nahi munkar, ialah dengan mencari jalan yang paling rendah risikonya, melegakan hati dengan bermonolog " Ah, ini juga dakwah!". kita pun bermatian menasihati si mazlum, untuk menerima kezaliman dengan hati yang sabar, fasbir sobron jameelaa, fuh, siap berdalil lagi. kita juga menasihatinya supaya berkata baik, falyaqul khairan aw yaskut, fuh dalil lagi!, kita juga menasihatinya supaya tidak meninggikan suara, la tarfa'u aswaatakum fauqa sautinn nabiyy..berjuta dalil dilontarkan..kemudian kita berbangga, oh, hebatnya aku, setiap nasihat aku sertakan dengan hadith dan ayat quran.

Bila bersama si zalim, oh...sepi...tak mampu lagi aku nak nasihatinya, baik aku diam sahaja, bukankah mengubah dengan hati itu ada juga dalam Islam, selemah-lemah iman? biarlah, iman aku masih lemah, perjalanan dakwahku masih jauh..biarlah..ini zaman fitnah, baik aku tunggu saja zaman kegemilangan Islam kembali.biarlah..dan biarlah..sekurang-kurangnya aku sudah melakukan dakwah, menasihati si mazhlum tadi agar berakhlak mulia.

Hakikatnya, kita hanya melakukan amar maaruf nahi munkar sekadar melepaskan batuk di tepi tangga.

Ironinya.

p/s: mood boring taktau nak tulis apa.