Thursday, July 7, 2011

Renungan suara dari balik dinding madrasah

SD Muhammadiyah captured from filem Laskar Pelangi

Ralat memikirkan nasib masyarakat yang mengambil enteng persoalan agama
terlalu jelas, tambahan lagi melihatkan nasib subjek agama dalam sistem pendidikan.

Subjek agama menjadi seolah-olah subjek elektif, diajar separuh masak, adanya hanya sekadar mengisi ruang, tenaga pengajarnya hanya mereka yang tahu mengajar bukan mendidik, seolah ia diajar untuk diajar hanya untuk lulus peperiksaan., seminggu hanya dua jam masa untuk pendidikan Islam bagi sekolah kebangsaan. bagaimana mungkin! kami di Maahad Muhammadi Lelaki dahulu, subjek agama sudah melebihi subjek akademik material, memanglah susah, bukan mudah nak menanam kecintaan pada agama, tetapi hasilnya adalah sejahat-jahat pelajar produk maahad, merokok ponteng pun, masih cintakan agama!

Tidak perlu kita pergi jauh untuk mengetahui tahap signifikannya agama bagi masyarakat Islam di negara kita. lihat sahaja bagaimana kedudukan solat dalam masyarakat kita, 
‘Ikatan Islam akan tertanggal satu persatu. Bermula dengan al-Hukm (pemerintahan) dan berakhir dengan as-Salaat’(riwayat Ahmad)
Bila tempang agama dari sanubari sesebuah tamadun, maka yang menanti di hadapan tamadun itu itu hanyalah kehancuran yang nyata. Pelik sungguh manusia! teringat semasa dalam Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan bulan lepas,bilamana sahabat seperjuangan, Ibrahim hussin, membangkitkan soal moral dan nilai agama yang kian terhakis dari masyarakat kita, dengan bertimbun kes-kes gejala sosial,beliau meminta agar  persoalan itu tidak dijawab, dan dibiar sepi tanpa perbahasan. bahkan ada suara sumbang yang berkata' itu soal individu, bukan tanggungjawab kami', jika begitulah, silakan melangkah keluar dari dunia pendidikan, bekerjalah di sektor perindustrian yang 100% masalah teknikal, sepi dari masalah emosi, perangai, akhlak yang pasti menjengah dalam dunia pendidikan, pendidikan itu bukan sahaja memberi ilmu, tetapi membentuk manusia, jika celupan manusia itu tidak betul, maka pasti cacatnya pada bahan celupan yang tidak lengkap, yang mereka yang menggubal sistem ini sepatutnya bertanggung jawab, tetapi mereka berlepas tangan?

Pelik dua kali pelik, bila ada Muslim berbangsa non-malay yang bangkit membawa dakwah, agar kembali masyarakat kepada Islam yang sebenar, mereka bukan sahaja ditohmah oleh mereka yang jahil, tetapi juga mereka yang kononnya ustaz dalam bidang mereka, budaya hentam dan menang. masihku ingat, bagaimana brother Lim Jooi Soon diserang oleh seorang makcik yang kononnya pandai agama, ketika berada di program FCR. kononnya jangan diajar bible ini, berhantu katanya. Ustaz Ann Wan Seng tidak kurang juga. sejak bila Islam ini memilih bangsa dan warna?

Bahkan, institusi yang membawa nama Islam, maahad, sekolah agama, sekolah Islam, dicop dan dimomok-momok pula seolah mereka ini pengganas. kalau ye pun, janganlah dipukul rata dengan membuat kenyataan maahad itu sarang pengganas rujuk(sini). Akhirnya membawa kepada persepsi negatif yang merugikan bangsa dan agama sendiri, mengapa pemimpin masih membuta! terlalu sibuk bermain politikkah! politik ampu dan politik lucah! membuatkan aku rasa nak muntah!

Manifestasi-manifestasi jauhnya agama dari jiwa kita, sepatutnya sudah mengundang waspada yang serius dari kita yang mencintai Islam. apakah peranan kita dalam menyebarluaskan deen yang tercinta ini?

Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia!

marilah bersama kita, takkan gentar, terus mara, mempersada keilmuan Islam, agar kembali ke takhtanya yang mulia. berjuanglah! berjihadlah! medan ilmu inilah medan kita!

Islam Ya'lu wa La yu'la 'Alaih



Aku tidak marah kau mencekau dinding madrasah,
Mencungkil atau mengganti langsir lebih berbunga,
Anak-anak memang merindui iklim penuh bermakna,
Tidak juga kubantah kau simini retak lantai rumah,
Memolekkan sekeliling dan mempercantik taman seada,
Anak-anak amat memerlukan kebijaksanaan orang tua,
Tapi, kau merangsang mereka mengenepi rehal,
Mengganti muqaddam dengan kamus barat yang tebal,
Memuja dunia dan mereputkan kesetiaan sebangsa;
Sanubari anak telah dicerobohi sedemikian lukanya.

Aku tidak pun membantah madrasah memiripi pejabat,
Atau dijemur sejadah pada sidaian yang lebih kuat,
Asalkan sejemaah kita masih setia menghadapi kiblat,
Selamat ke matlamat syadu membahagiakan rakyat,
Dan bertambah teguh iman sesihat dunia akhirat.
Tapi, menggelincirkan tapak, menggoyahi hati nurani,
Kebal mendindingi penyonglap, pendedahnya dihukumi,
Tidak’kan kurela otak dan hati begitu berbalah,
Apalagi pesanan semanisnya hanya dalam pura-pura.
Memang kecewaku sebaik begitu mulanya kau bersuara.

Aku impi jujur kau serahi muqaddam dan sejadah,
Menghadiah selautan pasir dan segunung batu bata,
Bersama khalayak dapatlah kita perbanyak madrasah,
Kemudiannya berkhutbah tentang bahagia lara ummah,
Pernah terjajah, merdeka, tergugat, kini terdera,
Aku ingin kita sentiasa menghargai sekolah agama,
Berfikir dan berazam selari meluhuri suci aqidah.
Apa yang kupinta demi lesterinya sanubari Islami,
Memelihara madrasah dan Jawi yang mula dilupai-
Tidakkah begitu wajarnya laku bakti penganut suci?

A.Samad Said.

1 comment:

zuhair said...

yup.. aku setuju pasal lim joi soon tu. masih ingat lagi time seminar perbandingan agama. tak sangka orang bukan melayu boleh explain islam lagi bagus dari orang melayu dalam bahasa melayu kepada orang melayu! :D